Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: Zulkefly calon terbaik Pakatan - Presiden PAS

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Zulkefly Mohamad Omar adalah calon terbaik dari PAS dan Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Beliau yakin rakyat akan terus menyokong calon terbaik PAS, sebagaimana yang dapat dilihat dalam tujuh siri pilihanraya kecil sebelum ini.

�Kita sudah melihat perubahan (dalam) tujuh (pilihanraya kecil) sebelum ini. InsyaAllah, kita yakin rakyat berkehendak perubahan di Bagan Pinang juga,� ujar Hadi.

Hadi turut berkeyakinan perubahan yang diramalkan berlaku di Bagan Pinang akan merebak ke seluruh negri yng banyak mengamalkan adat perpatih itu.

Sementara itu, Pakatan Rakyat mahu menjadikan Bagan Pinang sebagai pemangkin perubahan rakyat mewakili Selatan Semenanjung, sebagaimana yang telahpun ditunjukkan rakyat Pantai Barat Semenanjung dalam Thunami Politik 8 Mac lalu.

ImagePesuruhjaya PAS Negeri Sembilan yang juga calon Pakatan di sini, Zulkefly Mohamad Omar menganggap pencalonannya bukan sekadar mewakili PAS dan Pakatan, sebaliknya mewakili kehendak perubahan rakyat Negeri Sembilan, khususnya penduduk tempatan, di sini sendiri.

�Kita mewakili Pakatan Rakyat untuk buat perubahan. Kita masuk (sertai pilihanraya) kerana bersama kehendak rakyat,� katanya.

Mengakui pencabarnya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad lebih dikenali ahli-ahli Umno tempatan, Zulkefly mengaku beliau juga sebenarnya anak jati Negeri Sembilan.

untuk berita lanjut, sila klik disini

No comments: