Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: Umno dijangka guna perkauman di Bagan Pinang

Sudah MENCECAH 3000 ORANG yang mendapatkan LAPORAN KHAS PERCUMA yang WAJIB diketahui pada masa kini...ANDA BILA LAGI?



Perkauman sempit dijangka akan menjadi isu utama Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang apabila pilihan raya di adakan di situ, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Pilihan raya kecil dijangka akan diadakan bagi kerusi tersebut berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan itu dari BN, Allahyarham Azman Mohd Noor semalam.

"Sudah disepakati umum bahawa sejak pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, isu perkauman adalah satu-satunya isu yang mampu menyambung nafas Umno untuk meneruskan cengkaman kekuasaannya," kata beliau.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu bimbang isu tersebut akan memburukkan keadaan yang semakin runcing kini akibat tindakan Umno mengapi-apikan isu perkauman sempit.

"Sejak pilihan raya umum tahun lalu, Umno mengapi-apikan perkauman dengan tunjuk-tunjuk perasaan yang diperhatikan sahaja oleh polis seperti yang berlaku di Pulau Pinang, Selangor dan Perak.

"Daripada isu mempertahankan Dasar Ekonomi Baru (DEB) kononnya, isu babi sehinggalah kepada perbuatan mengheret, meludah dan memijak-mijak kepala lembu di Shah Alam baru-baru ini, semuanya mengapi-apikan sentimen perkauman sempit," kata beliau.

Menurut beliau, seorang blogger Umno yang juga bekas ADUN Pulau Manis, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (sakmongkol.blogspot.com) membayangkan Umno tidak boleh menggunakan isu ekonomi, demokrasi dan kedaulatan undang-undang.

"Jika digunakan isu ekonomi, rakyat akan bertanya mengapa hanya kroni tertentu sahaja yang mengaut sebahagian yang amat besar dari kek ekonomi?

"Jika digunakan isu demokrasi dan kedaulatan undang-undang, rakyat akan mempersoalkan adakah Umno menjunjung nilai-nilai demokrasi dan kedaulatan undang-undang?

"Satu-satunya isu yang boleh digunakan oleh Umno ialah menakut-nakutkan orang Melayu kononnya kepentingan mereka terancam," Salahuddin menjelaskan.

Sebab itulah, kata beliau, Umno mengapi-apikan perkauman.

"Sambil itu, Umno terus menyembunyikan hakikat bahawa Tanah Rezab Melayu susut kira-kira 44 peratus sepanjang pemerintahannya, RM52 bilion dari RM54 bilion saham yang diperuntukkan kepada bumiputera dari 1984 sehingga 2005 hilang entah ditelan kroni siapa, nasib malang orang-orang Melayu di Pulau Pinang, setinggan-setinggan Melayu dizalimi seperti yang berlaku di Kampung Berembang ketika Umno memerintah Selangor dan pelbagai pengkhianatan lain ke atas orang-orang Melayu ketika di bawah pemerintahan Umno dan BN," kata beliau.

untuk berita lanjut, sila klik disini

No comments: