Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview : Polis belanja besar di Kuala Terengganu, jauh melebihi RM15 juta

Dunia Harakah Online -> Info Alternatif Anda



Sabtu 21 Februari 2009

KUALA LUMPUR-Jumlah RM15.153 juta yang telah dibelanjakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membiayai anggotanya pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu 17 Januari lalu diragui.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut tidak menolak kemungkinan jumlah yang dinyatakan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Chor Chee Heung dalam sesi soal jawab sidang Parlimen baru-baru ini kurang daripada jumlah sebenar yang elah dibelanjakan.Abdul Wahid juga beranggapan polis telah menjadi alat kepada BN sewaktu pilihan raya kecil itu.

Untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Kerajaan Sabah tukar Perdana kepada Volvo, tiada yang 'bising'

Sabtu 21 Februari 2009

KUALA LUMPUR-"Tiada akhbar yang akan laporkan", begitulah yang diluahkan oleh seorang pemberi maklumat berhubung tindakan kerajaan BN Sabah menukar kenderaan rasmi Perdana kepada Volvo 2.5 cc.Pemberi maklumat yang enggan namanya disiarkan berkata, Ketua Menteri Sabah Dato' Seri Musa Haji Aman dikatakan telah menukar dari Proton Perdana V6 ke Volvo 2.5 yang baru atas alasan kos senggeraan yang tinggi untuk Perdana.

Untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Video(Berita) - Penjelasan Nizar saman Zamri

Video tentang Penjelasan Nizar kenapa saman kepada Zamri dilakukan
















Harakah Online Preview : BN-Umno dicabar, depani PAS dalam pilihan raya terbuka

Dunia Harakah Online -> Info Alternatif Anda




Isnin 15 Februari 2009

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mencabar Umno-BN agar berdepan dengan segala masalah apatah lagi kini mereka berada di ambang kejatuhan."Sepatutnya berdirilah seperti seorang lelaki untuk berdepan dengan PAS melalui pilihan raya terbuka, PAS tidak ada masalah kerana kita bersedia untuk berdepan dengan Umno," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.Menteri Besar Kelantan itu turut menyelar tindakan Umno yang terus membabitkan pihak istana Perak bagi menjayakan agenda rampas kuasa mereka."Saya melihat Umno-BN memang tidak gentleman kerana terus melibatkan istana dan berselindung di sebalik kuasa kekebalan istana," tegasnya.Beliau enggan mengulas mengenai kenyataan Sultan Selangor yang murka kepada mereka yang terlibat dengan demonstrasi jalanan.

Untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : 'Kita sendiri punahkan bahasa Melayu'

Dunia Harakah Online -> Info Alternatif Anda



Isnin 15 Februari 2009

ENAM tahun sudah berlalu sejak Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) 'dipaksakan' di sekolah.Suara bantahan terus bergema, malah makin lantang dan bertenaga, terutama melalui Gabungan Mansuh PPSMI (GMP). Sokongan rakyat dan masyarakat intelektual terhadap GMP begitu memberangsangkan sekali.Ikuti wawancara wartawan Harakah, AHMAD LUTFI OTHMAN, ANIS NAZRI dan IRWAN MUHAMMAD ZAIN, bersama jurugambar WAN ZAHARI WAN MD SALLEHdengan Pengerusi GMP, Dato' Dr Hassan Ahmad, yang juga bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, di pejabatnya, Yayasan Karyawan di Pusat Bandar Damansara, baru-baru

Untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Adun Kulim, Pelabuhan Klang tidak lompat - Azmin Ali

Dunia Harakah Online -> Info Alternatif Anda



Jumaat 13 Februari 2009

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Hrkh) - Naib Presiden Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), Mohamed Azmin Ali menafikan dua Ahli Dewan Undangan Negerinya (Adun) daripada Kulim Lim Soo Nee dan Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah telah keluar daripada pakatan itu dan menyertai Barisan Nasional(BN).Beliau berkata spekulasi bahawa Lim akan melompat parti adalah mainan politik pihak-pihak tertentu kerana perbuatan Lim menegur Menteri Besar Kedah Dato' Seri Azizan Abdul Razak memang tidak menjadi masalah di dalam Pakatan Rakyat untuk kebaikan negeri tetapi telah di salah anggap oleh pihak lain sebagai satu pergeseran dan mungkin Lim akan melompat keluar parti."Kita kena berhati-hati sebab itu kita nasihatkan Ahli Parlimen dan Adun pastikan mereka teruskan khidmat mereka untuk rakyat kerana kita tidak ada wang, kita tidak ada sogok, kita tidak ada culik orang, kita tak ugut orang,"katanya yang dipetik daripada sebuah akhbar online.

Untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Kajian ke-2: Penduduk mahu DUN Perak bubar

Jumaat 13 Februari 2009

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Hrkh) - Kini tampil pula kajian pendapat umum kendalian Merdeka Cente selepas kajian dibuat Penganalis Politik dan Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, berhubung kemelut yang berlaku di Perak dan memperolehi keputusan yang sama - majoriti penduduk Perak mahu DUN dibubarkan.Dua pertiga pengundi Perak mahu Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya tergempar diadakan di negeri itu ekoran krisis politik sejak penghujung bulan lalu.Kajian pendapat umum kendalian Merdeka Center, yang dikeluarkan hari ini, menunjukkan hampir 74 peratus mahukan DUN dibubarkan manakala 76 peratus pengundi juga ingin melihat "pilihan raya menerusi rakyat" diadakan untuk menentukan kerajaan pilihan mereka.

Untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Umno guna 'talian hayat' istana, polis

Dunia Harakah Online -> Info Alternatif Anda



Jumaat 13 Februari 2009

TASEK GELUGOR, 13 Feb (Hrkh)- Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu menggangap 'talian hayat' Umno kini bergantung pada pasukan keselamatan dan pihak istana ketika membantu peristiwa rampasan kuasa Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.Tambah beliau, Umno sebenarnya takut berhadapan dengan realiti untuk bertanding dalam pilihan raya kecil di mana rakyat yang menjadi hakimnya.Pakatan Rakyat seperti PAS, KeADILan dan DAP senantiasa menanti untuk bersemuka dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi mengatakan yang hak untuk rakyat menilai yang mana betul dan yang mana dikatakan rakus, katanya "Tragedi yang melanda Kerajaan Perak minggu lalu adalah pintu untuk Umno menuju ajal sebenar dalam masa singkat."Jika mereka tidak bertindak merampas kemungkinan usia Umno lebih panjang tetapi kini nak bernyawa pun dah tersekat-sekat, " ujarnya dalam program ceramah perdana anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor baru-baru ini.

Untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Umno guna strategi kotor kucar-kacir Pakatan Rakyat Selangor

Dunia Harakah Online -> Info Alternatif Anda



Khamis 12 Februari 2009

SHAH ALAM-Umno-BN sebagai pembangkang di Selangor terus berusaha menimbulkan kekeliruan dan mengucarkacirkan kepercayaan rakyat negeri ini terhadap kesepaduan kerajaan Pakatan Rakyat dengan menyebarkan berita palsu kononnya Adun KeADILan telah keluar daripada partinya.Sehubungan itu, salah seorang tokoh yang difitnah, Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdul sedang berbincang dengan panel peguam dan penasihat undang-undang parti (KeADILan) untuk mengambil tindakan terhadap media yang membuat laporan palsu.Dalam sidang media yang turut dihadiri oleh Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali di Dewan Annex, Shah Alam hari ini, beliau menegaskan pendiriannya masih tetap bersama dengan Pakatan Rakyat.

Untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Hamas hargai Harakah, terima sumbangan RM500,000

Khamis 12 Februari 2009

KUALA LUMPUR-Hamas, pertubuhan Islam yang berjuang menentang keganasan rejim Zionis Israel dan berusaha memerdekakan bumi Anbia, Palestin merakamkan ucapan terima kasih kepada Harakah yang menjadi penganjur Tabung Kemanusiaan Harakah yang berjaya mengumpulkan dana sejumlah RM500,000 untuk diserahkan bagi tujuan membantu penduduk Gaza.Rakaman penghargaan itu disampaikan sendiri oleh pemimpin Hamas Sami Abu Zuhri yang menjadi tetamu kehormat dalam Majlis Rayuan Gaza yang dianjurkan Harakah di Hotel Putra, Kuala Lumpur tengah hari tadi.
Turut Hadir dalam Majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS Ustaz Ahmad Awang, Pengerusi Harakah, Dato' Mustafa Ali, Pengarah Urusan Harakah Dato' Kamaruddin Jaffar, Ketua Muslimat PAS Ustazah Nuridah Salleh, Ahli Parlimen PAS Dr Hatta Ramli dan Dr Lo' Lo' Ghazali.Selain itu, majlis turut dihadiri para penyumbang dana terdiri daripada NGO Islam, pemimpin PAS kawasan, Kelab Penyokong PAS, Kijang Care dan individu-individu, tidak terkecuali lapisan masyarakat bukan Islam yang turut bersimpati dengan penderitaan rakyat Palestin.

Untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : MPMUM tolak tindakan tidak demoktratik di Perak

Dunia Harakah Online -> Info Alternatif Anda



Khamis 12 Februari 2009

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Hrkh) - Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) menolak tindakan yang tidak demokratik mana-mana parti politik dalam kemelut politik yang melanda negeri Perak sekarang ini.Yang DiPertuanya, Mohamad Ridzuan Mohamad berkata, MPMUM menolak sebarang tindakan yang tidak demokratik yang menjejaskan keharmonian dan kestabilan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat sejak 11 bulan yang lalu."Kami menolak tindakan tidak demokratik yang diambil sesetengah pihak untuk tujuan tertentu sehingga mencetuskan suasana yang tidak stabil serta mengundang kemarahan banyak pihak," katanya pada sidang media di Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya baru-baru ini.

Untuk berita lanjut, sila klik lanjut

Harakah Online Preview : Najib dianggap 'gila meroyan' jatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Intan Abdullah

Dunia Harakah Online -> Info Alternatif Anda



Khamis 12 Februari 2009

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Hrkh) - Tindakan Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Razak berusaha keras untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak dianggap sebagai 'gila meroyan' untuk mengisi kepentingan pemilihan Umno Mac depan.Perkara ini ditegaskan Pensyarah Sains Politik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr Ghazali Mahyudin ketika dihubungi Harakahdaily."Pergolakan yang berlaku di Perak sekarang, bukanlah tindak balas dendam Umno ke atas Pakatan Rakyat, tetapi hakikatnya mereka masih tidak dapat menerima realiti kekalahan dalam pilihan raya umum ke-12 Mac lalu menyebabkan mereka masih berharap agar dapat menebus malu," katanya.Tegasnya lagi, pergolakan politik yang melanda Perak sekarang ini adalah berpunca daripada sikap pihak tertentu yang ingin mengambil kesempatan menonjolkan diri menjelang pemilihan kepimpinan baru Umno Mac depan.

Untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Kajian: 97 peratus rakyat Perak mahu DUN dibubarkan

Dunia Harakah Online -> Info Alternatif Anda



Khamis 12 Februari 2009

KUALA LUMPUR-Sebanyak 97 peratus rakyat Perak mahukan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan iaitu sebagai cara terbaik mengatasi kemelut politik di negeri itu serta memberi peluang mereka 'meraikan' demokrasi.Demikian hasil kajian yang dilakukan oleh Penganalis Politik dan Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah terhadap penduduk di negeri itu yang bermula di Pasir Salak sehingga ke Kuala Gula.Abu Hassan menjelaskan, peratusan tersebut yang menunjukkan desakan rakyat Perak yang merupakan natijah gerakan massa rakyat yang merasa tertekan, penghidupan terganggu serta seluruh sistem ekonomi, politik dan sosial yang sudah punah."Bagi mereka, rakyat harus bangkit semula memperbetulkan keadaan bagi memberi peluang kepada rakyat memilih tokoh-tokoh politik yang mereka inginkan. Rakyat mengatakan bagi peluang kepada kedua-dua pihak. Jika rakyat memilih salah satu pihak, maka pihak itulah pilihan rakyat Perak. Kata mereka, sebagaimana sebuah acara kematian, begitulah acara demokrasi.

Untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Kerajaan BN Perak haram, segala dasar baru boleh dicabar - Husam

Dunia Harakah Online -> Info Alternatif Anda



Rabu 11 Februari 2009

KOTA BHARU-Kerajaan Barisan Nasional (BN) Perak tetap haram walau pun telah mempunyai enam anggota Exco baru, kata Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa.Katanya, apabila kerajaan yang memerintah sebuah negeri itu haram maka akan timbul pebagai masalah khususnya dari aspek pembayaran gaji, perbelanjaan dan dasar-dasar lain."Orang ramai yang tidak berpuas hati boleh mencabar di mahkamah. Pelantikan sebagai Menteri Besar atau anggota Exconya masih lagi tidak sah kerana Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin belum lagi melepaskan jawatannya."Lagi pun masih belum ada undi tidak percaya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri. Dalam kes ini, Tengku Razaleigh Hamzah juga mempertikaikan pelantikan Menteri Besar baru di Perak," katanya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Bertarung cara 'anak jantan',Pemuda Umno dicabar

Rabu 11 Februari 2009

PULAU PINANG-Pemuda Umno dicabar bertarung di gelanggang sebagai 'anak jantan' bukan berselindung di belakang Sultan dalam isu membabitkan kemelut di Perak sekarang ini kata, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusuf Rawa.Beliau ketika berceramah di Dataran PAS Teluk Kumbar semalam menegaskan, isu yang berlaku di Perak bukan berpunca daripada Kerajaan Pakatan Rakyat atau Menteri Besar, Dato' Seri Nizar Jamaludin yang enggan berundur daripada jawatan yang disandangnya kini sebaliknya dari tangan hitam kepimpinan Umno sendiri."Umno tak payah buat demontrasi kerana apa yang mereka buat memakan diri sendiri. Kita kenal muka siapa yang buat demontrasi. Mereka juga adalah perampas hak orang melayu di Pulau Pinang serta kroni yang megenepikan kontraktor yang berkebolehan, " tegasnya dengan laungan 'Kerajaan haram Perak' oleh ribuan hadirin.

Untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Penduduk Bangi sumbang RM158,508.30 pada Hamas

Dunia Harakah Online -> Info Alternatif Anda


Rabu 11 Februari 2009

BANGI-Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi melalui Ahli Dewan Undangan Negeri, Dr Shafie Abu Bakar menyumbangkan RM158,508.30 kepada kerajaan pilihan rakyat Palestin, Hamas.Sumbangan ini diserahkan terus kepada wakilnya, Naj'l Al-Sarhi dalam satu Majlis 'Malam Save Gaza & Solat Hajat 10,000 umat Bangi' yang telah diadakan di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi, Seksyen 15 baru-baru ini.Lebih kurang 10,000 hadir membanjiri padang bola di Kompleks Sukan tersebut untuk solat berjemaah dan solat hajat yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi melalui penubuhan Sektretariat Save Gaza.Program ini juga mendapat kerjasama dari Aman Palestin, Mini Kabinet Dun Bangi, Masjid dan Surau sekitar Bandar Baru Bangi, Jaringan Siswazah Malaysia (Jasa), Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Persatuan Peniaga Kompleks PKNS Bangi, Ikatan Stadi Islam (ISIUKM) dan banyak lagi.

Untuk berita lanjut, Sila klik disini

Harakah Online Preview :'Lompat parti tidak akan berlaku di Selangor' - Khalid Ibrahim

Dunia Harakah Online -> Info Alternatif Anda


Rabu 11 Februari 2009

SHAH ALAM-Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor masih utuh ketika perbuatan melompat parti semakin menjadi-jadi seperti yang hangat diperkatakan sekarang."Di Selangor, tiga parti Pakatan rakyat iaitu PAS, DAP dan KeADILan semuanya memberi komitmen. Memahami perbuatan ini hanya memberi kesan kepada parti dan Pakatan," katanya.Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas Majlis Penyerahan Sijil Simpanan Tawas AmBank dan Kad Si Manja Tawas di Kediaman Menteri Besar, Bukit Megawati baru-baru ini.Turut menghadiri sidang media itu, pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail dan Xavier Jayakumar yang merupakan Exco Kesihatan.

Untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : PAS kecam tindakan rampas Harakah dan Suara Keadilan

Rabu 11 Februari 2009

KUALA LUMPUR-PAS mengecam tindakan merampas akhbar Harakah dan Suara Keadilan di seluruh negara khususnya melibatkan Perak, Kedah dan Selangor.Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menyifatkan tindakan tersebut sebagai pencabulan ke atas prinsip demokrasi."Kita yakin tindakan itu diambil ekoran daripada laporan krisis yang berlaku di Perak."Tindakan tersebut telah menyekat kebebasan media dan menghina rakyat kerana hak mereka untuk mendapatkan maklumat yang tepat telah dinafikan," tegas beliau.Mahfuz juga kesal kerana dalam masa yang sama media arus perdana terus menerus dibenarkan melaporkan berita-berita yang telah diputar-belitkan semata-mata untuk mengaburi mata rakyat.

Untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Tahniah V Arumugam kerana pertahan prinsip - Nik Aziz

Selasa 10 Februari 2009

KOTA BHARU-PAS merakamkan ucapan tahniah kepada bekas Adun Bukit Selambau, V Arumugam kerana sanggup menolak tawaran Barisan Nasional (BN) dengan meletak jawatan sebagai Adun."Bukan senang nak melepas tekanan daripada Umno dan BN yang mengugut dengan macam-macam perkara," ujar Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika ditemui pemberita di pejabat Menteri Besar di sini, hari ini.Kata beliau pada mulanya beliau kesal dengan tindakan bekas Adun terbabit yang mengambil tindakan melepaskan jawatan hanya kerana menghadapi tekanan politik.Bagaimanapun menurutnya tekanan diterima Arumugan begitu hebat sehingga tidak tertanggung lagi."Oleh itu tindakan beliau mengosongkan kerusi Dun yang dipegang sebelum ini wajar sekali.

Untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Umno: Dulu menderhaka kini taat setia

Selasa 10 Februari 2009

Malaysiakini melaporkan hampir seribu orang ahli pemuda Umno dan pertubuhan bukan kerajaan berkumpul di Padang Majlis Bandaraya Ipoh di Jalan Sultan Abdul Jalil dalam apa yang didakwa sebagai perhimpunan menyokong Sultan Perak.Utusan Malaysia yang dimiliki Umno dan Bernama yang diterajui Dato' Seri Anuar Zaini (yang diketahui peranannya dalam pergolakan politik Perak) mendakwa perhimpunan itu dihadiri lebih 5,000 rakyat pelbagai kaum.'Perhimpunan haram' yang berlangsung selama satu setengah jam itu tidak diganggu polis. Malah demonstrasi jalanan itu diadakan hanya beberapa hari selepas beberapa pemimpin Umno mendakwa BN tidak akan menggunakan kaedah 'demonstrasi jalanan' bagi menyelesaikan krisis politik yang berlaku di Perak.Seperti biasa, orang yang menjadi hero kepada bantahan anjuran gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro-Umno negeri ini bersama BN Perak ialah Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin. Khairy disertai Ketua Pemuda Umno Perak, Zainol Padzi Paharuddin dan Ketua Pemuda MIC, G. Shamugavelu.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Bukit Gantang: Medan sokongan rakyat, hukum tindakan BN

Selasa 10 Februari 2009

KUALA LUMPUR-Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang akan menjadi medan dan 'benchmark' sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat yang sedang menghadapi krisis Perak yang dicipta oleh Barisan Nasional (BN).Malah rakyat keseluruhannya sudah tidak sabar lagi untuk menunjukkan isyarat jelas kepada BN yang secara biadap merampas Perak daripada Pakatan Rakyat tanpa mengikut lunas undang-undang dengan 'berselindung' di sebalik kuasa Istana.Demikian reaksi awal Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Ahmad Awang ketika dihubungi Harakahdaily bagi mengulas kekosongan kerusi Parlimen tersebut akibat kembalinya Ahli Parlimen Roslan Shaharom ke rahmahtullah tengah hari semalam.

Untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Diancam keselamatan, diugut & kereta disimbah cat

Selasa 10 Februari 2009

ALOR SETAR-Atas faktor rasa tertekan dan diancam keselamatan keluarga menyebabkan Arumugam Vengatarakoo, meletakkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau.Demikian kata Menteri Besar, Dato� Seri Ustaz Azizan Abdul Razak di sidang medianya itu yang diadakan di kediaman rasminya, Sri Mentaloon, di sini semalam.Turut dihadiri oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Dato' Dr Abdul Isa Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Syed Unan Mashri Syed Abdullah dan Pengerusi Badan Perhubungan KeADILan Kedah, Ahmad Kassim."Dukacita saya maklumkan Arumugam juga meletakkan jawatannya sebagai Adun Bukit Selambau berkuatkuasa serta merta dan surat perletakan jawatan itu bertarikh 8 Februari 2009. Dia telah menghantar dua surat, satu kepada Speaker memaklumkan perletakan jawatannya sebagai Adun dan satu kepada saya memaklumkan perletakan jawatannya sebagai Exco dan Adun.

Untuk berita lanjut, sila klik sini

Harakah Online Preview : 'Nizar orang pertama cuba dirasuah...'

IPOH, 9 Feb (Hrkh) - Di sebalik tabir, sejak awal lagi sudah ada perancangan jahat untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak sekaligus membelakang mandat yang telah diberikan oleh rakyat. Episod 'rampasan' kuasa BN yang tidak beradab di Perak membuktikan lagi keangkuhan dan kebiadapn parti itu dalam melakukan apa saja untuk berkuasa.Penolong Pengarang Harakahdaily AZAMIN AMIN dengan ditemani Jurugambar MUNIZAM bertemu Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Ahmad Awang di pejabat PAS Perak di Ipoh 4 Februari lalu untuk mendapatkan butirannya.

HARAKAH:Apa reaksi awal Ustaz berhubung keputusan Suruhajaya Pilihan Raya(SPR) yang tidak mengisyhtiharkan pilihan raya kecil di Dun Behrang dan Changkat Jering?

Ustaz Ahmad Awang:PAS bersama Pakatan Rakyat mencela keputusan yang dibuat SPR kerana ianya membelakang Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri yang menyatakan SPR mesti terima notis pengosongan Speaker dan adakan pilihan raya kecil. 'Beyond Jurisdiction' mereka untuk menyiasat sama ada surat letak jawatan itu sahih atau sebaliknya. Yang penting akur dengan kuasa Speaker.

Untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Tabung Gaza Harakah kini RM498,174.36: Serah pada pimpinan Hamas Khamis ini

Isnin 9 Februari 2009

KUALA LUMPUR-Bagi pencinta keamanan dan kedamaian di Gaza yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama diseru supaya terus menyumbang dana dan bantuan melalui Tabung Kemanusiaan Harakah yang dilancarkan sejak wilayah itu dilanda sengketa dan diganasi rejim zalim Zionis Israel.Pengarah Urusan Harakah Dato' Kamarudin Jaffar memaklumkan bahawa sejumlah RM498.174.36 berjaya dikutip melalui Tabung terbabit dan berharap agar sumbangan terus diterima daripada masyarakat prihatin di Malaysia.Beliau menjelaskan dana kutipan tersebut akan diserahkan kepada kepada dua pemimpin Hamas iaitu Sami Abu Zuhri dan Dr. Abu Husam yang akan menemui PAS dan Harakah pada hari Khamis 12 Februari ini di Hotel Putra jam 12 tengah hari."Satu majlis akan diadakan di Hotel Putra, Kuala Lumpur jam 12.00 tengah hari bagi meraikan kehadiran kedua-dua pemimpin Hamas itu dan penyerahan sumbangan dana tabung itu

untuk berita lanjut, sila klik di sini

Harakah Online Preview : Ahli Parlimen Bukit Gantang meninggal dunia

Isnin 9 Februari 2009

BATU GAJAH-Ahli Parlimen Bukit Gantang, Haji Roslan Shaharum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 12.00 tengah hari tadi ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah.Beliau yang tinggal di Changkat Larang, Batu Gajah menghadapi masalah kesihatan sekembalinya daripada luar negara, demikian menurut Pegawai Khas beliau, Shaharudin Ahmad Sani kepada Harakahdaily sebentar tadi.Shaharudin mengendalikan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Bukit Gantang di Markas PAS Air Kuning, Taiping.Parlimen Bukit Gantang mempunyai tiga DUN iaitu Changkat Jering, Trong dan Sepetang."Dalam lawatan beliau ke Taiwan sebelum ini, beliau pernah dimasukkan ke hospital Taiwan atas masalah gula yang tinggi."Apa-apa maklumat terkini saya akan sampaikan," kata Shaharudin ketika dihubungi semasa dalam perjalanannya ke Batu Gajah.

untuk maklumat lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : BN kuat dengan 3 Adun lompat?

Ahad 8 Februari 2009

IPOH-Adun Titi Serong,Drs Idham Lim menafikan kenyataan Menteri BesaR yang baru dilantik secara haram, Dato' Dr Zamry Abdul Kadir yang menyatakan kerajaan kudeta Perak cukup kuat."Saya menafikan kenyataan Zammry yang menyatakan kerajaan kudeta Perak cukup kuat, sebenarnya ia sangat lemah, cuma bergantung kepada tiga Adun yang melompat yang tidak bermaruah," tegasnya.Penegasan itu dibuat beliau sebagai mengulas kenyataan Zamry yang baru sahaja mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baru, yang sama sekali tidak diiktiraf oleh seluruh Adun Pakatan Rakyat.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Temuramah khas stesen TV Al-Jazeera dengan MB Perak

IPOH-pada 7 Februari 2009, sekitar jam 11.35 pagi, stesen TV Al-Jazeera baru menyelesaikan sessi temuramah khas bersama Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin di kediaman rasmi menteri Besar, dekat ini.Dalam temuramah yang memakan masa 20 minit itu, Nizar telah menjelaskan kedudukan terkini politik Perak selepas berlaku rampasan kuasa oleh pihak BN.Walaupun Menteri Besar Perak yang baru dilantik semalam, Nizar masih dianggap menteri besar yang sah dari segi undang-undang dan Perlembagaan Negeri._

Harakah Online Preview : Nizar MB Perak - Tengku Razaleigh

Ahad 8 Februari 2009

KUALA LUMPUR-Sambil menyifatkan kejadian di Perak memalukan, bagi veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Besar Perak ialah Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin."Menurut Perlembagaan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sehinggalah beliau meletak jawatan secara sukarela, atau dijatuhkan melalui undi tidak percaya di dalam sidang Dewan (Undangan Negeri) yang rasmi."Perlembagaan tidak membuat sebarang peruntukan untuk membolehkan beliau dijatuhkan dengan sebarang cara lain,termasuk petisyen atau arahan dari manmana pihak berkuasa yang lain," tegas Ahli Parlimen Gua Musang itu.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Himpunan 100 ribu rakyat bantah PPSMI

Sabtu 7 Februari 2009

KUALA LUMPUR-Satu himpunan 100 ribu rakyat untuk menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong di Istana Negara akan diadakan bagi membantah pelaksanaan Pengajaran & Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.Himpunan yang akan diadakan pada 7 Mac bermula jam 2 petang itu anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat bersama Lajnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat & Gerakan Memansuh PPSMI.Demikian menurut Setiausaha Gerakan Memansuh PPSMI (GMP), Hasni Abas dalam majlis penerangan bantahan terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di Taman Melewar.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Reformasi Kedua di Kuala Kangsar

Setelah lebih sepuluh tahun reformasi berkaitan pemecatan Anwar Ibrahim, kali ini berlaku peristiwa seumpamanya berkaitan pemecatan tidak sah Nizar Jamaluddin.Jika gelombang reformasi tahun 1998 berlaku di Kuala Lumpur kemudian merebak ke seluruh negara, reformasi kali ini berlaku di Kuala Kangsar dan bakal merebak ke seluruh Perak, malah mungkin ke seluruh negara. Sekiranya reformasi sebelum ini kerana tidak puas hati dengan Dr Mahathir Mohamad, reformasi kali ini disebabkan tidak puas hati dengan Sultan Perak dan pimpinan Umno. Yang sama, kedua-dua reformasi itu tercetus disebabkan rasa tidak puas hati rakyat yang membuak-buak terhadap ketidakadilan.Dalam reformasi tahun 1998, Dr Mahathir yang mengukir nama baiknya hampir 18 tahun sekali tersalah tindakannya, nama beliau menjadi busuk dan dibenci oleh ramai rakyat Malaysia.

untuk berita lengkap, sila klik disini

Harakah Online Preview : Bubar Dun Perak, beri peluang rakyat memilih

Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah parti yang sah berdaftar dan senantiasa mendukung prinsip rukunegara termasuklah prinsip kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.Kami sepenuhnya percaya bahawa kedudukan kesemua prinsip-prinsip rukunegara ini haruslah dihormati oleh seluruh warga di dalam negara kita ini untuk memastikan keharmonian dan keadilan yang menyeluruh terus terpelihara. Oleh yang demikian, PAS berpendapat bahawa suasana kekalutan yang sedang berlaku di negeri Perak Darul Ridzuan pada masa kini boleh dielakkan dari menjadi lebih buruk sekiranya prinsip asas yang merujuk kepada undang-undang negeri dan perlembagaan persekutuan dijadikan rujukan.

untuk berita lengkap, sila klik disini

Harakah Online Preview - "Pertahan Perak hingga titisan darah terakhir"

Jumaat 6 Februari 2009

IPOH, 6 Feb (Hrkh) - "Kita akan mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat Perak sehingga ke titisan darah terakhir," demikian penegasan Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohd Nizar Jamaludin di hadapan kira-kira 10,000 penyokongnya yang membanjiri kediaman rasmi malam tadi.Beliau yang memberi ucapan yang berapi dan penuh semangat demi mempertahankan kerajaan rakyat daripada dirampas oleh kerajaan BN.Nizar dalam ucapan penutupnya itu berjanji akan berjuang habis-habisan untuk merobohkan Umno dan BN yang telah membuat rakyat negeri ini huru-hara.Beliau juga berkali-kali membuat penegasan tidak akan meletak jawatan Menteri Besar biarpun sudah mendapat arahan daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak.

untuk berita lengkap, sila klik disini

Harakah Online Preview - Protes angkat sumpah Adun di Masjid Ubudiyyah hari ini

Jumaat 6 Februari 2009

IPOH-Rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat diseru datang bersolat Jumaat di Masjid Ubudiyyah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar hari ini untuk melakukan protes membantah upacara angkat sumpah Adun Umno-BN di Istana Iskandariah hari ini.
Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Nor Azli Musa menyeru demikian di majlis Himpunan 100,000 orang yang membajiri setiap ruang di Kediaman Menteri Besar Perak, Dato� Seri Muhammad Nizar Jamaluddin di sini malam tadi.

untuk berita lengkap, sila klik disini

Harakah Online Preview - MB, 28 Adun Pakatan Rakyat mengadap Sultan Perak

Jumaat 6 Februari 2009

IPOH-Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin bersama 28 Adun Pakatan Rakyat dipanggil mengadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah kira-kira setangah jam yang lalu.Mereka kini masih berada di Istana Kinta. Jalan menuju ke Istana Kinta ditutup untuk semua kenderaan bermula awal pagi tadi.Pagi tadi, kesemua mereka keluar dari kediaman rasmi Menteri Besar dan menuju ke SUK untuk menjalankan tugas seperti biasa.

Terkini Kerajaan Perak...

Dikemaskini 2.33pm
Bernama melaporkan Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak perkenan dewan undangan negeri dibubarkan. Laporan itu juga menyebut baginda telah menitahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin supaya meletak jawatan sebagai menteri besar Perak berkuatkuasa serta merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap dikosongkan.

Dikemaskini 2.14pm
Tempat perhimpunan 100,000 orang untuk menyokong kerajaan Pakatan Rakyat telah dipindahkan dari kediaman menteri besar ke Stadium Ipoh.

Dikemaskini 2pm
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di kediaman Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Beliau dijadual mengadakan sidang akhbar bersama menteri besar dan Lim Kit Siang pada 3 petang. Naib presiden PKR, Azmin Ali turut sama.

kemaskini 1:33pm
Difahamkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin enggan melepaskan jawatannya selepas menghadap Sultan Perak kira-kira jam 1 tengah hari tadi.Malaysiakini difahamkan DUN Perak tidak akan dibubarkan.Keputusan lanjut kedudukan beliau dan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak belum jelas.

sumber luar harakah online- malaysiakini

Harakah Online Preview - Bubar Dun Perak langkah terbaik - pensyarah

Khamis 5 Februari 2009

NAMPAKNYA berjayalah akhbar membantu Dato' Seri Najib Razak sehari dua ini. Pagi ini banyak orang mengelek akhbar. Di mana-mana sahaja orang mencari akhbar, tak kiralah berbahasa Melayu, Cina, India atau Inggeris.Di tepi jalan, dekat pasar dan di gerai akhbar semua orang membelek surat berita. Mengapa mereka berlakuan aneh seperti itu.Pertamanya sayang kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, kedua melihat kelibat sebenar Najib, belum berkuasa penuh sudah melatah dan ketiga menteri yang menjaga agama berkelakuan tidak sepadan dengan jawatan.

Untuk berita lanjut. sila klik disini

Harakah Online Preview - 'Badut-badut politik jangan 'sarkaskan' amanah rakyat'

Rabu 4 Februari 2009

TAIPING-"Siasat segera kematian Kugan.Ini soal hak seorang manusia.Sama ada orang Cina ataupun India, Islam suruh pemimpinnya berlaku adil kepada mereka."Demikian antara petikan mukadimah Ustaz Halim Naser, 45 sewaktu menyampaikan kuliah agama di Masjid Telekom, Taiping malam tadi dan Harakahdaily mendapati adalah sesuatu yang mengagumkan bilamana isu bangsa lain yang teraniaya dan perlukan pembelaan disuarakan di mimbar masjid.Halim yang lantang dan jelas hujahnya itu memberitahu bahawa amanah merupakan satu tanggungajawab agama dan suruhan Allah yang tidak boleh dikesampingkan atau dipermainkan sama sekali malah akan dipersoalkan di akhirat kelak.

Untuk berita lengkap, sila klik disini

Harakah Online Preview - Pakatan Rakyat bantah SPR, ketepikan kuasa Speaker

Selasa 4 Februari 2009

IPOH-PAS bersama Pakatan Rakyat sepakat membantah keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang secara jelas mengenepikan bidang kuasa Speaker yang termaktub dalam Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan SPR di mana perlu mengadakan pilihan raya kecil setelah keputusan Speaker menghantar notis makluman kekosongan kerusi dua Dun kepada badan itu.Setiausaha Agung PAS Dato' Kamaruddin Jaffar ketika dihubungi Harakahdaily lewat tengah malam tadi memberitahu bahawa bidang kuasa Speaker sudah jelas dan SPR tidak mempunyai kuasa untuk menolak notis pengosongan tersebut.

untuk berita lengkap, sila klik disini

Harakah Online Preview - PAS Perak sedia hadapi dua pilihan raya kecil serentak

KUALA LUMPUR 3 Feb (Hrkh) - PAS Perak telah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan pilihan raya kecil di Dun Behrang dan Changkat Jering jika sah dua adun kawasan itu melepaskan jawatan mereka.Demikian kata Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang semasa mengulas keadaan terkini di Perak berikutan isu surat perletakan jawatan Adun Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu.Mengulas lanjut Ahmad berkata, pihaknya sentiasa bersedia memandangkan PAS Perak telah mengadakan seminar dalamannya pada 31 Januari lalu berhubung persediaan bagi menghadapi pilihan raya ke-13.

Untuk berita lengkap, Sila Klik disini

Harakah Online Preview - PAS sokong kosongkan kerusi Behrang dan Changkat Jering

Selasa 3 Februari 2009

IPOH-PAS menyokong apa jua keputusan yang diputuskan oleh Pakatan Rakyat termasuk mengosongkan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Behrang dan Changkat Jering berikutan tindakan kedua-dua ADUN yang dikatakan melompat parti.
Perkara ini ditegaskan oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa pada sidang media khas jam 12.00 tengah malam, yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Perak, sejurus selesai Mesyuarat Bersama Lajnah Politik dan Pilihan Raya PAS Pusat bersama Dewan Harian PAS Perak, dekat sini, tengah malam tadi.

untuk berita lengkap, sila klik disini

Harakah Online Preview - Tingkat keselamatan elak terperangkap strategi kotor BN

Isnin 2 Februari 2009

KUALA LUMPUR-Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Negeri Selangor perlu mempertingkatkan keselamatan diri dan keluarga untuk mengelak terperangkap dengan strategi kotor pimpinan BN.Demikian peringatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Perancangan Bandar dan Setinggan, Iskandar Abd Samad berikutan perkembangan terkini politik di Perak yang melibatkan dua Adun dari KeADILan.Mengulas situasi itu katanya, pada tahun 1960an Adun-Adun PAS Kelantan pernah diculik dan dipaksa untuk menyokong Umno dan ia merupakan satu usaha untuk menumbangkan kerajaan PAS Kelantan ketika itu.

untuk berita lengkap, sila klik disini

Harakah Online Preview - Dua Adun KeADILan letak jawatan, pilihan raya kecil dalam masa 60 hari

1 Februari 2009

KUALA LUMPUR-Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dari KeADILan yang didakwa "hilang" dan "tidak dapat dihubungi" sejak lima hari lalu, telah meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat berkuat kuasa hari ini dan pilihan raya kecil dijangka berlaku dalam masa 60 hari.Kedua-dua Adun berkenaan ialah Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering).Jamaluddin, 52, adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan manakala Osman, 57, pula pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.

untuk berita lengkap, sila klik disini

Harakah Online Preview : A Samad Said angkat sepanduk 'Jangan bunuh bahasa ibunda'

KUALA LUMPUR, 1 Feb (Hrkh) - Selain kehadiran pejuang bahasa dan lebih 500 orang dalam program pelancaran Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) petang semalam di Sogo dekat sini, kedatangan Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said mencuri perhatian ramai akhirnya muncul buat pertama kali dalam program sebegitu.Beliau bagaimanapun tidak memberikan sebarang kenyataan kepada media, sebaliknya hanya bergambar sambil memegang sepanduk kecil bertulis "Jangan bunuh bahasa ibunda".Beberapa tokoh utama bahasa seperti Prof. Awang Sariyan, Dato' Dr Anwar Ridhuan,penyair Dinsman, bekas profesor bahasa Dr Abdullah Hassan dan bekas profesor falsafah sains Dr Shahrir Md Zain, Hasni Abas serta penulis Ainon Mohd turut serta seperti dijadualkan.

untuk berita lengkap, sila klik disini