Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: 100 ekar tanah untuk penternak lembu Sungai Kertas

Mesyuarat Exco kerajaan negeri Selangor hari ini mengenalpasti tapak seluas 100 ekar di Hulu Selangor untuk dijadikan tapak penternakan untuk penternak di Kampung Sungai Kertas yang tertimbus lembu mereka baru-baru ini.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kedua-dua penternak Kampung Sungai Kertas berkenaan akan dipindahkan ke kawasan tersebut untuk sementara waktu.

Bagaimanapun, mereka boleh membuat permohonan untuk menyewa tapak berkenaan secara tetap. Tanah seluas 100 ekar ini juga boleh disewakan kepada penternak Selangor lain yang berminat.

Baru-baru ini, 70 penternak lembu berhimpun di perkarangan bangunan SUK Selangor dengan membawa sekali lembu mereka bagi menuntut bantuan kerajaan negeri ekoran dari lapan lembu mereka tertimbus oleh timbunan sampah yang runtuh.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini telah diberi penerangan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Pegawai Daerah Gombak berhubung runtuhan tapak pelupusan haram diKampung Sungai kertas, Gombak pada 23 September 2009 serta kerosakan kepada dua ladang ternakan yang berdekatan.

ImageEXCO juga dimaklumkan bahawa tapak pelupusan seluas 20 ekar itu telah beroperasi lebih dari lima tahun.

Kawasan tersebut telah diisytihar sebagai �kawasan bencana� semenjak 4 September 2009 dan usaha memadamkan kebakaran sampah yang telah mencecah ketinggian 300 kaki.

MPS juga memaklumkan beberapa kompaun telah dikeluarkan kepada pemilik tanah dalam usaha menghentikan kegiatan pelupusan sampah haram ini, dan dalam usaha membawa kes ini ke mahkamah bagi mendapatkan injuksi menghentikan aktiviti pelupusan ini.

EXCO juga telah dimaklumkan bahawa pada 25 Januari 2007, Pegawai Daerah Gombak telah mengemukakan Borang 7A (Notis Untuk Memulihkan Syarat) dibawah Seksyen 128, Kanun Tanah Negara kepada pemilik tanah untuk memulihkan pelanggaran syarat kegunaan tanah tersebut.

untuk berita lanjut, sila klik disini

No comments: