Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: KeADILan terus perkukuhkan Pakatan Rakyat - Anwar

23 Jun 2009

KOTA BHARU - Parti Keadilan Rakyat akan terus memperkukuhkan hubungan dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat biar pun terpaksa berhadapan dengan pelbagai halangan.Ketua umum parti itu, Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata, semua pihak dalam Pakatan Rakyat mahu memperkasakan pakatan tersebut supaya bertambah mantap.

"Soal isu kerajaan perpaduan telah dibincangkan sebelum ini bersama Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Dato' Harun Din."Mesyuarat yang diadakan lebih menumpukan soal kesepakatan dan perpaduan dalam Pakatan," katanya ketika ditemui selepas mengunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di sini, kelmarin.Beliau yang juga ketua pembangkang di parlimen berkata, perbincangan dengan Barisan Nasional (BN) hanya lebih tertumpu krisis di Perak, di mana kerajaan Pakatan bercadang bertemu Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak menyelesaikan isu berkenaan.


untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Video: Isu Khas | Penjelasan Isu Penternakan Babi Moden | Selangor

Video khas harakah online: Isu Khas | Penjelasan Isu Penternakan Babi Moden | Selangor




sekiranya tidak dapat lihat video ini di emel anda, sila klik disini

Harakah Online Preview: Kenyataan media Nik Aziz terhadap Nasharuddin

23 Jun 2009

KUALA LUMPUR - Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan menarik balik kenyataannya menggesa Timbalan Presiden, Ustaz Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan ahli parlimen Bachok jika menyokong cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno.Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dibaca selepas satu perjumpaan khas hampir dua jam, mulai 5 petang semalam di pejabat agung PAS di ibu negara.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan perihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Versi Video

Harakah Online Preview: Dosa, sikap Umno sulitkan usaha perpaduan

Tidak syak lagi punca utama pertikaian dan penolakan banyak pihak terhadap sebarang usaha mana-mana pemimpin PAS merundingkan perpaduan dengan Umno adalah disebabkan sejarah dan pengalaman pahit membabitkan hubungan antara kedua-dua parti itu.
Iklan




Selain dosa-dosa silam Umno yang tidak mudah dilupakan ahli-ahli PAS, sikap dan layanan buruk parti pemerintah itu terhadap PAS dalam menangani situasi politik terkini memburukkan lagi hubungan antara pendokong masing-masing.

Di sebalik itu semua, Umno tidak pernah menampakkan sebarang penyesalan atas kedurjanaan yang pernah dilakukannya terhadap PAS. Sebagai parti pemerintah, ia menangkap dan menyeksa para pemimpin dan ahli PAS, sama ada di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau lain-lain peruntukan undang-undang.

Umno sebagai teraju negara dan negeri-negeri dikuasainya sejak merdeka terlibat menyisih dan mendiskriminasi para penyokong PAS dalam segala macam bentuk dan urusan. Sebegitu ramai penjawat awam dari kalangan penyokong PAS ditindas, ditukar kerja ke tempat yang jauh, disekat kenaikan pangkat dan dikongkong setiap gerak-geri.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview: Tidak ada lagi bincang kerajaan perpaduan - Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihaknya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendieri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.

Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini.ImageTurut hadir ialah, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview: Kejayaan PAS Cawangan Kg. Delek perlu dicontohi

SHAH ALAM - PAS Cawangan Kampung Delek, Klang perlu dijadikan contoh kepada ahli PAS seluruh negara kerana kejayaan dalam pembinaan ukuhwah, ekonomi di samping mempunyai organisasi yang baik.Demikian menurut penjelasan, Timbalan Pengerusi Lajnah Tarbiyah dan Dakwah PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam ucapan penggulungan Muktamar Agung Tahunan PAS.

Beliau berkata, di atas kesungguhan ahli PAS di cawangan itu mereka telah berjaya membina bangunan PAS `Dewan Putra' dengan harga RM1/2 juta dan mempunyai tiga Pusat Asuhan Kanak-kanak Islam (Pasti).Katanya, kejayaan PAS Cawangan itu disebabkan ahli-ahli mereka setia menghadiri usrah sejak tahun 1980-an.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview: Pemuda bertekad pelihara ketulinan manhaj perjuangan

SHAH ALAM - Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan menaruh kepercayaan dan harapan terhadap Ucapan Dasar Presiden PAS yang menggalakkan Pemuda PAS memainkan peranan sebagai semak dan imbang agar landasan perjuangan PAS dan kerajaan Pakatan Rakyat terus berjalan sebagaimana tuntutan Islam dan harapan rakyat.Beliau yang berucap dalam membahaskan penggulungan muktamar berkata 103 perkara penting yang disebut dalam Ucapan Dasar Presiden itu memerlukan buruh untuk berkerja.

Justeru katanya, barisan Pemuda PAS bersedia menjadi pejuang-pejuang dan petugas yang akan membawa Islam memimpin perubahan."Saya ingin menegaskan tentang harapan Presiden itu. Harapan tersebut telah diikat oleh Rasulullah. Pemuda pada zaman Rasulullah bersama-sama berjuang dengan Baginda."Pemuda PAS sentiasa menjadi penyokong yang hebat dalam perjuangan Rasullullah. Mereka menyatakan, kami tidak akan menjatuhkan air muka Rasullullah. Justeru Pemuda juga tidak akan mencemar wajah Presiden dan Mursyidul Am.

untuk berita lanjut, sil klik disini

Harakah Online Preview: Jangan guna nama Islam jika mahu bertentangan dengan syarak

Sisters in Islam (SIS) lebih baik menukarkan perkataan Islam pada pertubuhan itu kepada nama lain jika lebih banyak berperanan menentang syariat Islam, kerana ia boleh mengelirukan orang Islam.Ulama Islam sudah letih dengan golongan bernama Islam dan berpersatuan menggunakan perkataan Islam sebaliknya lebih banyak mencari kesalahan dalam Islam daripada bertindak sebagai kumpulan yang menegakkan syariat Islam.Tidak ada persatuan yang menggunakan nama agama mereka dan bertindak memburukkan serta mencari kesalahan kepada agama mereka sendiri sebalik kumpulan yang meletakkan Islam pada nama pertubahan itu boleh bertindak mencerca dan menghina peraturan Islam.

Islam mempunyai syariatnya tersendiri dan sesuai diterima mengikut arus zaman bagi melahirkan masyarakat, negara serta keluarga dan individu yang harmoni mengikut had dan batas yang ditentukan.Jika peranan syariat ini tidak diguna pakai ia akan melahirkan manusia seumpama binatang dan ini nyata berbeza serta bertentangan dengan apa yang diperjuangkan pada `zaman pencerahan� iaitu menanam kebencian terhadap peranan agama Kristian bagi mendapatkan kebebasan mutlak.

untuk berita lanjut, sila klik disini