Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: Pakatan akan perjuang gaji minima RM900 untuk pekerja estet

Pakatan Rakyat (PR) mendakwa gaji buruh ladang di Malaysia, termasuk di beberapa estet di sini adalah tidak adil dan akan memperjuangkan gaji minima RM900 untuk mereka.Sehubungan itu, Ahli Parlimen Telok Kemang Datuk Kamarul Baharin Abbas semalam mendesak kerajaan Malaysia melaksanakan polisi gaji minima RM900 untuk rakyat, bukannya memberika duit raya bermotif politik kepada peneroka Felda semata-mata.

�Duit raya yang Najib (Perdana Menteri) umum itu gula-gula politik untuk ambil hati pengundi estet di sini. Sedangkan rakyat mahu polisi (gaji),� tegas Kamarul selepas bertemu rakyat Ladang Atherton, disini.

Tambahnya lagi, isu gaji minima tersebut telah lama dibangkitkan penduduk setempat, bersama-sama badan bukan kerajaan JERIT, tetapi kerajaan dan anak syarikatnya (GLC) iaitu Sime Darby tidak pernah ambil peduli.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar mempersoal tindakan tergesa-gesa kerajaan negeri menurunkan para pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk meredakan isu gaji minima itu.

Image(Gambar:Penduduk Ladang Atherton dan petugas Pakatan berjanji akan menyokong Pakatan dalam pilihan raya ini)

�Mengapa hari ini (waktu pilihanraya kecil), baru pegawai-pegawai mereka turun nak selesaikannya, sedangkan rakyat mempersoal gaji yang tidak adil ini sejak sebelum 1999 lagi,� katanya.

Beliau turut meminta kerajaan jujur menyelesaikan isu-isu kebajikan tersebut, bukannya asyik bermain wayang dengan slogan 1Malaysia sahaja.

Adun Port Dickson Bandar, M. Ravi (PKR) menegaskan bahawa gaji pekerja estet di Negeri Sembilan rata-ratanya di bawah paras kemiskinan.

�Dari tinjauan yang dibuat, rata-rata pekerja estet bergaji RM400, sedangkan kita (PR) tuntut dari Sime Darby (serta) kerajaan Umno dan BN gaji maksimum RM900 sebulan,� jelas M. Ravi.

Katanya lagi, sistem bayaran upah mengikut hari mengakibatkan buruh-buruh estet pernah mendapat gaji RM80 sebulan, apabila musim hujan berlaku.

Adun Rahang M. K. Arumugam (DAP) yang menyertai aktiviti turun bertemu rakyat tersebut pula berkata, isu gaji minima ini perlu disampaikan secara dari rumah ke rumah kerana buruh terbabit hanya didedahkan dengan media arus perdana sahaja.

untuk berita lanjut, sila klik disini

No comments: