Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: 3 penyebab Umno terus ditolak di Pmtg. Pasir

Bersandarkan rekod kekalahan tipis 65 undi pada pilihan raya Manek Urai, Umno meletakkan keyakinan mereka mampu menang di PRK Permatang Pasir.Mereka juga berpendapat, penyumbang kepada kekalahan tipis di Manek Urai adalah faktor kredibiliti dan emej calon yang dilihat sedikit "bersih" berbanding calon mereka pada PRK sebelum ini. Namun di N11, terbukti sandaran keyakinan Umno BN itu tetap silap.

Pengarah Strategik PKR Tian Chua berpendapat kekalahan Barisan Nasional di N11 itu berpunca oleh stretegi kempen Umno sendiri yang terlalu menekankan politik perkauman yang sempit.

"Umno mendominasi kempen di Permatang Pasir dengan agenda-agenda Melayu serta perkauman yang sempit, sedangkan mereka tidak sedar bahawa (calon) lawan mereka juga adalah melayu dan seorang yang berpegangan agama Islam yang benar."

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu berkata teknik berkempen secara "cauvinisme" (perkauman melampau) Umno dengan berpandukan demografi 70 peratus undi Melayu dan 25 peratus undi Cina bukanlah suatu langkah yang strategik.

"Umno tidak boleh begitu cauvenis walaupun pengundi Melayu 70 peratus, sedangkan pengundi Cina hanya 25 peratus. Rakyat sudah bijak menilai kejujuran parti serta calon. Baik Melayu atau Cina, mustahil rakyat akan pilih parti yang tidak jujur (atau) calon yang tiada kredibiliti," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

"Satu Malaysia (tajaan) Umno sebenarnya tidak ikhlas. Hari ini, dia kata Malaysia untuk semua bangsa. Bila datang pilihanraya (kecil), dia (Umno) kata Malaysia ini Melayu punya. Tidak ikhlas lebih buruk dari tidak jujur,' tambahnya lagi.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dato' Abdul Halim Abdul Rahman yang dihubungi kemudian, berpendapat bahawa calon dan parti bukanlah faktor utama Umno ditolak di N11 Permatang Pasir.

Sebaliknya rakyat kian yakin terhadap kemampuan Pakatan Rakyat, berbanding Umno walaupun media arus perdana melaporkan berita secara tidak adil.

"Rakyat sebenarnya bijak dan rasional. Rakyat yakin Pakatan mampu dan kukuh, walaupun TV3, Utusan Malaysia dan Berita Harian melaporkan Pakatan Rakyat sebagai 'pakatan yang rapuh.'"

"Rakyat muak dengan propaganda televisyen dan surat khabar yang Umno mainkan. Umno masih digambarkan bersih dan amanah (dalam media), sedangkan rakyat melihat pemimpin-pemimpin Umno terlibat dalam rasuah dan skandal pecah amanah," ujar Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu.

Bagaimana pun, beliau tidak menafikan faktor kredibiliti calon serta parti sebagai punca Umno kalah di Permatang Pasir.

untuk berita lanjut, sila klik disini

No comments: