Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: Zaid tumpu untuk daftarkan Pakatan Rakyat

Datuk Zaid Ibrahim hanya bercuti dari menyertai mesyuarat Biro Politik bukannya dari aktif dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), kata Bendahari PKR, William Leong.

"Tujuan beliau berbuat demikian adalah untuk memberikan tumpuan kepada penubuhan Pakatan Rakyat secara formal," katanya dalam majlis Aidil Fitri PAS Bandar Tasik Puteri semalam.



Media melaporkan Zaid memohon cuti dari aktif dalam politik PKR. Padahal Zaid hanya memohon cuti selama enam bulan dari menyertai mesyuarat Biro Politik untuk memberikan tumpuan kepada kerja-kerja menambahbaik Pakatan Rakyat.

Melalui blognya, Zaid memaklumkan cuti ini. Namun ia telah disalah tafsir seolah-olah Zaid tidak mahu aktif dalam politik lagi.

Ia ditafsirkan begitu kerana Zaid membuat pengumuman ini selepas Pakatan Rakyat melalui PAS kalah teruk di Bagan Pinang. Serentak dengan itu pula, PKR mempunyai masalah kepimpinan di Sarawak dan Sabah. Zaid juga didakwa akan mengambilalih tapuk kepimpinan PKR jika sesuatu berlaku kepada Datuk Seri Anwar. Ini dinafikan oleh Zaid.

Menurut William, Zaid adalah anggota utama jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk mengkaji poenubuhan Pakatan Rakyat (PR) sebagai sebuah badan gabungan parti politik secara rasmi. Dua lagi anggota adalah Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke.

Image(Gambar:William memberikan duit raya untuk kanak-kanak dalam majlis Rumah Terbuka PAS Bandar Tasik Puteri)

Jawatankuasa ini ditubuhkan semasa retreat Pakatan Rakyat di sebuah hotel resort dekat Petaling Jaya sebelum ini.

untuk berita lanjut, sila klik disini

No comments: