Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: PAS bimbang kalau-kalau ada konspirasi undi pos

Kewujudan nama pemilih awam yang juga wujud dalam senarai pengundi pos di Bagan Pinang dibimbangi membuka ruang kepada pakatan jahat yang selama dibangkitkan berulang kali, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.



"Di dalam daftar pengundi pos bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, terdapat lebih 250 pengundi pos yang juga tersenarai sebagai pengundi awam di tempat lain, walaupun tidak disenaraikan di Bagan Pinang.

"Mereka mungkin pesara tentera yang telah pun mendaftar sebagai pengundi awam di tempat mereka masing-masing," katanya.

Mahfuz bimbang wujudnya pakatan jahat di mana pihak lain yang mengundi untuk mereka jika mereka tidak datang mengundi memandangkan mereka sudah berpindah dan tidak lagi berada di Bagan Pinang.

"Amat sukar untuk menolak kewujudan pakatan jahat itu dengan mengambilkira pengakuan begitu ramai bekas tentera bahawa mereka pernah diarahkan memangkah Barisan Nasional (BN) pada kertas undi anggota-anggota tentera yang lain," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz mengaitkan pengakuan-pengakuan tersebut dengan trend di Kuala Lumpur di dalam pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu di mana kesemua kerusi Parlimen di situ dimenangi oleh Pakatan Rakyat (PR) kecuali kerusi Parlimen Setiawangsa.

"Mengapa Setiawangsa dimenangi BN ketika semua kerusi lain di Kuala Lumpur dimenangi oleh PR?

"Semua pihak mengaitkannya dengan kewujudan lebih 26 peratus oengundi pos di situ," kata beliau.

Persoalannya, kata beliau, benarkah kesemua pengundi pos di Setiawangsa itu mengundi sendiri atau ada pihak lain yang diarahkan memangkah BN pada kertas-kertas undi mereka sebagaimana yang didedahkan oleh pesara-pesara tentera itu?

untuk berita lanjut, sila klik disini

No comments: