Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: Mantan Presiden PMI selar sikap "double standard" UM


Bekas Presidan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Nasir Zakaria membantah tindakan universiti itu mengenakan tindakan tatatertib kepada lapan mahasiswanya hanya kerana mengundang ahli politik pembangkang menyertai aktiviti persatuan di kampus.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata, mahasiswa yang merupakan aset terbaik negara harus diberi peluang untuk mendengar, berdialog, menganalisis dan membuat keputusan.

Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi ujarnya harus memberi peluang kepada semua pihak memberikan pandangan.

Sedangkan BN, setiap hari menyampaikan pandangan mereka melalui media massa.Malah pemimpin politik BN dibenarkan untuk masuk ke universiti samada melalui jalan rasmi atau tidak rasmi tanpa apa-apa halangan.

"Banyak lagi isu yang perlu menjadi prioriti UM, termasuk isu moral dan akhlak, isu rating yang masih berlegar di sekitar 200 terbaik sedangkan pernah mencapai 100 terbaik mengikut (THES), bangunan yang sudah usang, tenaga akademik terbaik yang berhijrah dan tidak disambung kontrak, bangunan yang runtuh dan tidak selamat dan banyak lagi,"tulis beliau dalam blognya.

ImageMenurutnya, sekiranya lapan mahasiswa berkenaan dikenakan tindakan sama ada digantung atau dipecat daripada meneruskan pengajian, beliau dan juga ahli parlimen pembangkang yang lain tidak teragak-agak untuk membawa isu ini ke persidangan dewan rakyat.

untuk berita lanjut, sila klik disini

No comments: