Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: Banyak lagi papan poster fitnah BN tidak dibuang

PAS mendapati pasukan pemantau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya menurunkan sedikit sahaja kain rentang dan papan poster Barisan Nasional (BN) yang bertentangan dengan peraturan pilihan raya.




Namun, SPR sangat aktif menurunkan banner dan kain rentang berlambangkan DAP dan PKR padahal tidak ada peruntukan yang jelas dalam peraturan kesalahan-kesalahan dalam pilihan raya.

Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS, Mohd Firdaus Jaafar berkata, pihaknya mendapati hanya beberapa papan poster BN yang telah dibantah, dibuang oleh SPR.

Sebelum ini, Firdaus mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengambil tindakan tegas terhadap poster-poster gergasi yang diangapnya memfitnah PAS.

Menurut beliau, banyak poster gergasi telah dipasang dengan perkataan 'Jangan Terpengaruh Dengan PAS' dan pelbagai poster yang berbentuk fitnah dan berniat jahat dalam kempen pilihan raya kecil Bagan Pinang kali ini.

Image(Gambar:Papan pemidang yang disahkan salah ini banyak lagi yang tidak diturunkan olehg SPR di Bagan Pinang)

Beliau yang menghubungi Siasah berkata SPR sepatutnya mengambil tindakan tegas dibawah Seksyen 4(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 terhadap mereka yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh SPR ini.

Firdaus juga mendesak SPR supaya mengambil tindakan terhadap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah membantu Barisan Nasional (BN) untuk memasang poster-poster gergasi dan besar ini.

untuk berita lanjut, sila klik disini

No comments: