Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: UM lancar kelab sahabat Kartika, pertonton demonstrasi sebat

Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) semalam melancarkan 'Kelab Sahabat Kartika' bagi menunjukkan sokongan warga kampus tersebut terhadap pendirian model sambilan itu yang mahu disebat.



Unit Hal Ehwal Wanita (HELWA), pertubuhan pelajar itu melancarkan kelab tersebut bersempena Festival Mahasiswi Universiti Malaya (FEMINA) yang bermula semalam.

Dengan tema 'A journey begins with a single step', penubuhan kelab bertujuan mengumpulkan seramai mungkin sokongan masyarakat kampus terhadap Kartika.

"Kita mengharapkan seramai mungkin masyarakat kampus untuk turut serta dalam Kelab Sahabat Kartika ini sebagai tanda sokongan kita terhadap keputusan yang dibuat oleh kartika.

"Selain itu,ianya juga adalah manifestasi senstiviti kita terhadap pelaksanaan hukuman mahkamah syariah secara serius di Malaysia ini," ujar Setiausaha MPMUM, Shah Rizul Ayuni Zulkiply pada sidang media semalam.

ImageKutipan sokongan akan diadakan selama tiga hari bermula semalam mensasarkan keahlian seramai mungkin dari warga varsiti tersebut.

Idea penubuhan kelab ini tercetus selepas program ziarah oleh pimpinan Helwa MPMUM dan Hewi PMIUM ke rumah Kartika 4 Oktober lalu.

Mereka berpandangan bahawa adalah perlu untuk menzahirkan sokongan terhadap Kartika sebagai respon positif di atas keinsafan beliau dan sanggup dihukum sebat selepas mengaku salah meminium arak.

Penubuhan kelab ini juga berasaskan lima sebab iaitu sikap Kartika yang tetap pendirian, keputusannya untuk berubah dan kembali kepada kehidupan beragama, berani mengaku kesalahan, bijak membuat keputusan dan menjadi medium untuk membawa mahasiswa supaya peduli terhadap masalah umat Islam.

Kartika Sari Dewi Shukarnor,32, didenda RM5,000 dan enam sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lepas kerana meminum arak di pusat hiburan di Cherating, pada 11 Julai tahun lepas.

Namun pada 24 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan Datuk Abdul Rahman Yunus mengarahkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) supaya menangguhkan hukuman sebat ke atas Kartika sempena menghormati kemuliaan Ramadan.



Kartika, 32, sepatutnya dibawa ke Penjara Wanita Kajang, Selangor bagi menjalani hukuman sebat kerana meminum arak tetapi ditangguhkan pada saat-saat akhir dengan alasan perintah tahanan terhadapnya tidak dapat dilaksanakan ketika ini.

Memandangkan, kes sebat syariah membabitkan Kartika adalah kes pertama di negara ini, pihak penganjur turut mengambil inisiatif mengadakan sesi penerangan dan demonstrasi sebat cara sivil dan syariah.

Ianya bagi memberi gambaran serta pendedahan bagaimana sebat mengikut syariah perlu dijalankan berbanding sebat sivil yang sudah lama dipraktikkan.

Penerangan dan demonstrasi sebat sivil dikendalikan pegawai penjara Sungai Buluh, Tengku Mohamad Nahar.

Bagaimanapun sebatan tersebut dilakukan tanpa sebarang objek sasar sebagai mematuhi arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang tidak membenarkan demonstrasi sebat ditunjukkan kepada umum.



untuk berita lanjut, sila klik disini

No comments: