Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: Pertikai Undi Pos: Suhaizan cabar Mohamad Hassan berdebat

Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat hari ini mencabar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berdebat dalam isu manipulasi undi pos.

Cabaran debat itu berikutan kenyataan Mohamad Hassan yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan semalam yang mendakwa pemimpin PAS tidak boleh menerima kekalahan pada pilihan raya Bagan Pinang dan menyalahkan sistem undi pos.

Pengerusi Jawatankuasa Khas berkaitan Undi Pos DPP, Suhaizan Kayat membuat cabaran debat tersebut melalui blognya http://kentong-suhaizan.blogspot.com menamakan dirinya sebagai wakil PAS dan mencabar Mohamad Hassan atau Pemuda Umno mewakili parti pemerintah itu.

Manakala tajuk yang dicadangkannya adalah "Ruang Manipulasi Dalam Pengurusan Undi Pos Di Malaysia".

Image"Atas nama Pemuda PAS Pusat saya mencabar Pengerusi Badan Perhubunan Umno Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan atau mana-mana pihak dalam Umno terutamanya Pemuda Umno untuk berdebat dengan saya di bawah tajuk, "Ruang Manipulasi Dalam Pengurusan Undi Pos Di Malaysia,"tulisan di laman blognya dipetik.

Mohammad Hassan dalam kenyataannya sebelum ini memadankan pribahasa berbunyi 'tak tahu menari, dikatakan lantai jongkang-jongket' kepada pemimpin PAS kerana didakwa menyalahkan undi Pos sebagai faktor kekalahan pada PRK Bagan Pinang.

Peribahasa Melayu itu juga menghampiri maksud tidak mahu mengakui kebodohan atau kelemahan sendiri dan menyandarkan kesalahan kepada yang lain.

Mengulas kenyataan itu, Suhaizan berkata, PAS menerima kekalahan tersebut dan akur kepada kelemahan lain, namun yakin sistem undi pos yang dimanipulasi antara yang jelas menyumbang kepada kekalahan mereka.

Beliau turut mendakwa mempunyai asas yang kukuh untuk membuktikan wujudnya ruang penyelewengan undi pos yang diamal pada waktu ini.

untuk berita lanjut, sila klik disini

No comments: