Demi merosakkan nama baik PAS di kalangan pengundi Bagan Pinang, PAS mendapat maklumat akan ada dua aksi provokasi dicetus bermula malam ini sehingga esok.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub lewat petang tadi berkata demikian, andaian ini dibuat berdasarkan beberapa maklumat risikan dalam Umno sendiri.
"Ianya (kumpulan itu) mungkin memakai baju PAS, menyertai konvoi liar menggunakan apa jua simbol PAS di kawasan kediaman; dengan laungan takbir dan sebagainya agar pengundi tempatan membenci PAS."
Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan Tantawi pula mendakwa, akan ada suatu surat Dewan Pemuda PAS yang palsu disebarkan, menggunakan tandatangannya.
"Surat palsu itu adalah fitnah, kononnya saya mengaku bersalah dan terpaksa membelakangkan Islam demi tunduk pada DAS yang anti Melayu."
Beliau juga mengumumkan bahawa PAS telah pun membuat laporan Polis berhubung kedua-dua rancangan provokasi tersebut.
Tambahnya lagi, bermula jam 12 malam ini, Pemuda tidak akan menganjurkan sebarang konvoi bermotor; sebagai bukti menghormati arahan pihak berkuasa.
untuk berita lanjut, sila klik disini
No comments:
Post a Comment