Belumpun menang sebagai Adun Bagan Pinang, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mula menyimpan impian untuk kembali ke kerusi Menteri Besar Negeri Sembilan.
Isa mendakwa beliau sewaktu menjadi Menteri Besar jauh lebih baik berbanding kepemimpinan Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Respon balas itu ekoran nasihat Mursyidul Am PAS,Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bahawa pencalonan Isa membuktikan Umno sebenarnya berpura-pura menentang rasuah.
Akhbar elektronik The Malaysian Insider melaporkan, Isa mempersoal � adakah pentadbiran Kelantan jauh lebih baik berbanding pentadbirannya (ketika menjadi Menteri Besar) di Negeri Sembilan.
"Kita (kerajaan negeri era Isa) telah memberi prasarana pembangunan terbaik di negeri sembilan," tegasnya lagi.
Penegasan Isa itu sekali gus seolah-olah mengetepikan kepimpinan kerajaan negeri yang sedia ada; di bawah kepimpinan Datuk Seri Utama Mohamad Hassan.
Dalam perkembangan berkaitan, Naib Presiden PAS mendakwa penyokong-penyokong Isa sudah mula berkempen secara senyap bahawa Isa akan menjadi Menteri Besar, jika akar umbi Umno tempatan sedia memenangkan calon taruhan Umno itu.
Ahad ini, Isa mesti mengalahkan calon Pakatan Zulkefly Mohamad Omar, sebelum kembali semula ke arus perdana Umno dan kerajaan Negeri kelak.
untuk berita lanjut, sila klik disini
No comments:
Post a Comment