Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: EGM MCA: Pilih pemimpin baharu lebih praktikal

Keputusan mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA menunjukkan para perwakilan menolak kedua pemimpin yang bertelagah dan inginkan pemimpin baharu menerajui MCA.

Iklan




Tiga resolusi yang dikemukakan pada EGM yang dihadiri 2,304 perwakilan itu tidak memihak kepada presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat mahupun bekas timbalannya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Resolusi undi tidak percaya terhadap kepimpinan Ong mendapat sokongan 1,155 perwakilan dan 1,341 lagi menolak usul tersebut. Chua walau bagaimanapun masih bernasib baik apabila perwaklilan bersetuju meluluskan resolusi kedua iaitu membatalkan keputusan Majlis Presiden MCA pada 26 Ogos lalu untuk mencadangkan jawatankuasa disiplin parti sama ada memecat atau menggantung keahliannya.

Resolusi kedua itu diluluskan dengan majoriti 109 undi selepas 1,204 perwakilan pusat menyokong manakala 1,095 lagi menolaknya. Namun, Chua gagal memdapat kembali kerusi timbalan presiden apabila para perwakilan tidak meluluskan resolusi ketiga, iatu jawatan itu dikembalikan kepadanya. Seramai 1,184 perwakilan pusat menolak resolusi tersebut manakala 1,110 menyokongnya dengan 10 undi rosak.

Pendapat kumpulan �pihak ketiga� atau disebut�kumpulan berkecuali� yang ingin melihat keputusan EGM supaya tidak memihak kedua-dua pemimpin yang bertelagah menjadi kenyataan. Jurucakap kumpulan itu, Datuk Tan Kah Choun berpendapat, keputusan EGM itu membuktikan keinginan perwakilan pusat yang mahukan kepimpinan baru dalam parti.

Dengan episod terbaharu yang melanda MCA ekoran keputusan EGM itu, ramai pemerhati dan penganalisis politik bersetuju supaya satu pemilihan pemimpin baharu patut segera diadakan.

Tokoh sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata, keputusan EGM menjelaskan para perwakilan tidak lagi percaya terhadap kepimpinan Ong dan bekas timbalannya. Menurut beliau, perwakilan mahukan pemimpin yang lebih berkeliber dan boleh dipercayai menerajui parti.

Katanya, iktibar yang boleh dipelajari dari episod yang sudah berlaku ialah calon-calon yang ingin menjawat jawatan tertinggi dalam parti harus mengutamakan kepentingan parti dan bukan bergaduh sesama sendiri bagi mencapai agenda masing-masing.

Senario yang sudah berlaku memberi tamparan hebat kepada Ong sebagai presiden parti yang lemah dan bermasalah selepas pemecatan Chua sebagai timbalan presiden. Keterlibatan beliau dengan dakwaan menerima sogokan RM10,000 seperti yang dibangkitkan AP Bentulu menjejas teruk imej beliau disamping isu PKFZ yang terus mengheret beliau dalam krisis keyakinan di kalangan ahli MCA.

Walaupun baharu memimpin MCA lebih setahun, kredibilti Ong sudah dipertikai hebat oleh ahli parti dan kelihatan sukar dipulihkan kembali kecuali beliau dipilih semula dalam satu pemilihan baru yang dipersetujui.

Dalam perkembangan terkini - untuk terus memegang terus jawatan presiden - Ong mendesak jawatankuasa pusat mengadakan EGM sekali lagi bersama mesyuarat tahunan bagi memlih barisan pimpinan yang baru. Ong yang sebelum ini diramal akan menawarkan diri berundur setelah keputusan EGM tidak memihaknya, membuat langkah drastik itu dengan alasan banyak tugas dan visi yang belum beliau diselesaikan dan menyerahkan perwakilan sekali lagi memilihnya untuk meneruskan agendanya.

Jawatankuasa pusat yang bermesyuarat bersetuju melantik Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai timbalan presiden menggantikan Chua - walaupun dari sudut moralnya ia belum mendapat mandat perwakilan. Keputusan terbaru itu pasti tidak memihak kem Chua yang mahukan Ong berundur dan bukan mendesak dipilih semula selepas kalah dalam undi tidak percaya terhadap kempimpinannya.

Ong mendakwa masih mendapat sokongan para perwakilan. Sebuah laman web malaysiansagainstcorruption.com menyokong Ong supaya mempertahan jawatannya. Menurut laman itu, Ong tewas dalam EGM itu kepada mereka yang tidak bersetuju dan menentang usaha gigih beliau menghapuskan rasuah dalam kerajaan dan komuniti. Ong dikatakan tidak mendapat sokongan yang sepatutnya dari pihak tertentu yang tidak inginkan beliau meneruskan pendedahan isu PKFZ kepada umum.

untuk berita lanjut, sila klik disini

No comments: