Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: Skandal PPSB: Dakwaan rasuah kapal pengeruk pula

Pekerja bawahan Penang Port Sdn. Bhd. mendakwa lagi majikan mereka mengamalkan rasuah dan penyelewengan dalam pembelian kapal pengeruk laut hari ini.

Dakwaan tersebut dibuat setelah mendapati kes kehilangan diesel bernilai RM1.2 seperti yang didedahkan semalam, masih mendapat reaksi sambil lewa majikan mereka.

Salah seorang daripada pekerja terbabit yang dihubungi Harakahdaily petang tadi mendakwa majikannya masih belum serius mendesak Audit Dalamannya dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), walaupun pendedahan telahpun dibuat.

Namun, beberapa pekerja yang disyaki mendedahkan penyelewengan tersebut telah pun dipanggil secara tidak rasmi oleh majikan.

Beliau yang juga kakitangan dari Unit Hydrografi meminta Harakahdaily merujuk salinan aduan yang dibuat pada SPRM pada 8 Jun lepas, untuk mengetahui kes rasuah berkaitan kapal pengeruk laut itu.

Murujuk salinan tersebut, PPSB telah membeli kapal pengeruk laut beserta alat gantinya masing-masing bernilai lebih RM2.4 juta dan RM180,000 tanpa mengikut prosedur biasa.

Syarikat yang mendapat tender meragukan itu adalah sebuah syarikat yang beroperasi di Butterworth.



Yang diragukan lagi, pembekal alat ganti bagi kapal itu hanyalah pekerja biasa di syarikat tersebut, bukannya pengurus syarikat itu sendiri.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang pekerja bawahan PPSB yang lain mendakwa, terdapat juga penyelewengan dan rasuah dalam aktiviti menyewa kapal pengeruk laut itu.

Beliau yang juga bekas juruteknik mekanikal mendakwa, PPSB asalnya mahu membeli kapal pengeruk itu sahaja dan sanggup menyewa alat ganti daripada penyewa kapalnya; iaitu syarikat yang berpengkalan di Butterworth itu.

Namun setelah rundingan gelap itu diketahui pekerja bawahan, akhirnya PPSB bersetuju membeli kapal berserta alat gantiannya sekali.

"Harga alat ganti RM180,000...sedangkan PPSB sewakan kepada syarikat itu hanya RM35,000 sahaja. Kalau itu tidak rasuah, siapa untung siapa rugi sebenarnya," soalnya ketika menghubungi Harakahdaily.

Dakwanya lagi, harga sewaan semasa sepatutnya sekitar RM70 hingga RM90 ribu sebulan.

Tambahnya, tindakan PPSB menyewa kapal itu dengan tidak menjelaskan terma dan syarat secara formal, mengukuhkan lagi tanggapan beberapa pekerja bawahan yang terbabit bahawa majikan mereka mengamalkan rasuah.

"Ini bukan lagi soal tender terbuka atau (tender) tertutup...PPSB patut nyata harga dan terma permbelian (secara) rasmi," tegasnya.

"Ini (pembelian) bukan lagi tender, kami (pekerja) nampak dia (PPSB) semacam beri terus kapal kepada kontraktor yang dilantik."

Untuk menjelaskan keraguan tersebut, beliau meminta Harakahdaily bertanya sendiri kepada Pengurus Utama Marin, Shahruddin Hj. Zakaria dan Pengarah Urusan PPSB, Datuk Ahmad Ibnihajar.

PPSB cuba dihubungi kemudian, namun Pegawai Khas kepada Ahmad, Mohd Sobri menjelaskan Pengarah Urusannya sedang menghadiri suatu mesyuarat.

untuk berita lanjut, sila klik disini

No comments: