Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: Pulau Pinang ada dua YDP Majlis Agama

Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) kini mempunyai dua Yang Dipertua apabila Datuk Shahbudin Yahya memberitahu, Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong menghantar surat perkenan melantik bekas Pengarah Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia, Ellias Zakaria sebagai YDP yang baru.

Shabudin yang mengaku masih YDP MAIPP kepada media selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di Dewan Besar Sungei Dua.

Shabudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri(Adun) Permatang Berangan berkata beliau sekarang masih meragui apakah status beliau sebagai YDP MAIPP masih sah atau sebaliknya setelah pelantikan baru dibuat pada Ogos yang lalu.

Beliau juga mempertikaikan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang telah menguar-uarkan untuk melantik Adun Permatang Pasir, Mohd Salleh Man apabila tempoh perkhidmatannya sebagai YDP MAIPP tamat pada akhir Disember 2009.

"Kenyataan yang dibuat oleh Ketua Menteri itu bukan saja membelakangkan perkenan Seri Paduka tetapi juga membohongi penyokong PAS bahawa Mohd Salleh akan dilantik sebagai YDP MAIPP," katanya.

Sebelum ini kedudukan Shabudin telah dipertikaikan kerana keengganan beliau melepaskan jawatan sebagai YDP MAIPP setelah kerajaan negeri yang dipimpin oleh Barisan Nasional kalah dalam pilihan raya umum 2008 yang lalu.

Ekoran daripada itu Shabudin telah mendapatkan perkenan Seri Paduka untuk mengekalkan beliau sehingga Disember 2009 bagi menerajui MAIPP.

Namun begitu, isu ini berterusan sehinggalah ke hari ini apabila terdapat usaha daripada pemimpin Umno untuk menghalang jawatan YDP MAIPP ini daripada diterajui oleh pemimpin daripada Pakatan Rakyat.

Bekas Adun Permatang Pasir, Datuk Hamdan Abdul Rahman dan Adun Sungai Bakap, Maktar Shapee sebelum ini telah diuar-uarkan akan dilantik sebagai YDP MAIPP bagi menggantikan Shabudin.

Namun begitu dengan campurtangan Umno jawatan tersebut telah dikekalkan sehingga akhir Disember tahun ini.

untuk berita lanjut, sila klik disini

No comments: