Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: Bajet Selangor: Dengar pandangan akar umbi, utamakan luar bandar


Mengambil kira pentingnya pandangan pelbagai lapisan akar umbi sebelum membentangkan Bajet, Kerajaan Negeri Selangor menganjurkan 'Majlis Dialog Bajet 2010' untuk mendapatkan idea bernas dan maklum balas daripada semua pihak.


Majlis yang telah dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC Convec)selama dua hari (12 Oktober - 13 Oktober) bermula semalam dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang.

Khalid ketika berucap diperasmian itu berharap majlis dialog ini akan melahirkan satu usaha dan kerjasama yang erat di kalangan semua pihak, ke arah perbelanjaan berhemah dan seterusnya menyumbang ke arah peningkatan hasil negeri yang lebih memberangsangkan.

Katanya Kerajaan Selangor berusaha menyediakan bajet seimbang untuk 2010, selain memberi keutamaan terhadap pembangunan luar bandar.

"Kita akan berusaha melaksanakan pembangunan luar bandar yang stabil sebagai sebahagian daripada usaha untuk memastikan semua daerah di Selangor mencapai taraf bandar dalam tempoh 30 tahun akan datang.

"Pembangunan luar bandar amat penting bagi masa depan Selangor dan oleh itu, pelbagai persediaan perlu dibuat sekarang bagi meningkatkan kualiti kehidupan di kawasan berkenaan.

"Pembangunan luar bandar dalam Selangor adalah penting pada masa depan, maka pelbagai persiapan perlu dilaksanakan mulai sekarang bagi mempertingkatkan kualiti hidup di kawasan luar bandar," kata beliau dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Dialog Bajet 2010 di SACC Convec dekat sini pagi semalam.

Dalam ucapannya itu Khalid turut memetik satu ayat daripada surah Saba sebagai renungan untuk hadirin dan juga rakyat Selangor khususnya supaya menjadikan negeri ini sentiasa indah, makmur dan aman di samping mendapat keredhaan dan keampunan daripada Allah SWT.

Exco Kerajaan Negeri, Dato' Dr Hasan Mohamed Ali, antara yang menyambut ketibaan Menteri Besar itu termasuk Adun-adun dan ahli-ahli parlimen yang lain.Image

Dalam pada itu Kerajaan negeri juga kata Khalid bercadang menyediakan bajet berimbang walaupun bakal berhadapan dengan defisit bagi tahun kewangan semasa.

Katanya lagi kerajaan negeri sedang berbincang dengan beberapa pihak berkenaan, termasuk anggota Dewan Undangan Negeri, majlis tempatan, institusi kewangan, pemegang kepentingan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi merangka bajet yang bercirikan pendapatan-perbelanjaan untuk tahun depan.

untuk berita lanjut, sila klik disini

No comments: