Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: Isu Selangor: Hanya berbeza pendapat, elak kenyataan terbuka

Krisis melibatkan pemimpin-pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat lain di Selangor hanyalah perbezaan pendapat dan tidak timbul isu PAS mahu keluar daripada Pakatan, tegas Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.

Beliau juga menegaskan, PAS tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan disiplin kepada mana-mana ahlinya kerana tidak ada sebarang cadangan yang sampai kepada beliau mengenainya.

Beliau merujuk kepada perbezaan pandangan antara exco Selangor yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali yang mempertikai tatacara inkuiri jawatankuasa pilihan khas mengenai keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan Dun Selangor (Selcat) dengan pemimpin DAP dan PKR sejak tiga bulan yang lalu.

Perbezaan pandangan tesebut melibatkan Hassan dengan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifly Ahmad yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat.

Sebelum itu, Hassan dikritik hebat oleh wakil-wakil DAP yang mempersoalkan kedudukan Hassan dan PAS dalam kerajaan Pakatan Selangor ekoran kritikan Hassan terhadap jawatankuasa itu.

Mustafa juga menggesa semua pihak darpada PAS, PKR dan DAP tidak membuat kenyataan terbuka terhadap satu sama lain sehingga boleh menimbulkan kekeliruan.

Image"Saya minta semua pihak sama ada PAS atau sesiapa sahaja, kita ada mekanisme untuk selesaikan masalah. Jangan buat kenyataan terbuka tentang satu sama lain. Apa pun boleh dibincangkan secara dalaman." katanya lagi.

Beliau juga menafikan dakwaan bahawa PAS akan mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat di Selangor sebaliknya memberitahu pemimpin tertinggi PAS dan DAP di peringkat negeri mencapai kata sepakat untuk mengadakan pertemuan pada 7 Oktober ini untuk menyelesaikan perbezaan pendapat anatara mereka.

"Tak berbangkit soal apa yang disebut PAS nak kaji kedudukan dalam pakatan Rakyat di Selangor. Saya periksa tak ada pun kenyataan macam tu," ujarnya.

PAS dikatakan menimbangkan untuk keluar daripada Pakatan di Selangor ekoran kenyataan Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman, yang berkata PAS Selangor akan mengkaji kenyataan-kenyataan ahli-ahli parti komponen Pakatan yang mengecam Hassan ekoran kritikannya terhadap Selcat.

untuk berita lanjut, sila klik disini

No comments: