Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: Pemuda PAS serah bukti BN rasuah tentera kepada SPRM

Dewan Pemuda PAS Pusat menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan segera ke atas dua pemimpin BN yang didakwa melakukan rasuah politik kepada tentera dalam kempen pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang.



Gesaan itu dibuat ketuanya Ustaz Nasrudin Hasan dalam satu aduan rasmi kepada SPRM petang semalam berhubung tindakan Menteri Pertahanan Dato' Seri Zahid Hamidi dan Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Utama Mohamad Hassan yang menjanjikan pelbagai projek pembangunan kepada tentera jika mereka mengundi Barisan Nasional.

Dalam aduan dua muka surat itu, Pemuda PAS memberikan maklumat lengkap mengenai rasuah politik yang dilakukan dua pemimpin BN itu dan diserahkan kepada seorang pegawai SPRM, Siti Fairuz.


Menurut Nasrudin, pihak SPRM menerima aduan tersebut dan berjanji akan memanjangkannya kepada pihak atasan dalam masa terdekat.

Beliau menegaskan,aduan itu dibuat kerana perbuatan dua pemimpin itu merupakan satu kesalahan pilihanraya dan melanggar peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 (Nota:Seksyen 10) AKP.

Zahid dan Mohamad Hassan juga telah menggunakan kedudukan mereka sebagai penjawat awam dan pemimpin kerajaan untuk masuk berkempen di kem tentera di Bagan Pinang bertujuan untuk mempengaruhi anggota tentera yang merupakan pengundi pos untuk mengundi BN.

Semalam, Nasrudin mendedahkan kepada media rakaman ucapan Zahid dan Mohamad Hasan dalam satu majlis hari raya yang diadakan di Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED), Kem Kampung Sawah di Port Dickson sekitar jam 10 pagi 6 Oktober lalu.

Dalam rakaman 10 minit ucapan yang diperdengarkan kepada media itu, kedua-dua pemimpin BN itu menjanjikan pelbagai projek pembangunan kepada tentera sekiranya mereka mengundi BN.

Antara janji dan rasuah politik yang ditawarkan ialah bantuan pendidikan kepada anak tentera, pembinaan kolam renang dan gelanggang futsal di dalam kem, penyediaan perkhidmatan internet tanpa wayar serta sumbangan bernilai RM100, 000 untuk menaik taraf surau IJED.

Cakera padat rakaman ucapan berkenaan yang diberikan kepada media semalam turut diserahkan kepada SPRM sebagai bukti dakwaan tersebut.

untuk berita lanjut, sila klik disini

No comments: