Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: Umno Jelutung cabar Umno P Pinang debat



Belum selesai dengan kekecewaan di Permatang Pasir, Umno Pulau Pinang menerima satu lagi tamparan apabila 17 cawangan Umno dalam bahagian Jelutong mencabar pimpinan Umno negeri berdebat dengan mereka mengenai kesahihan status mereka.Wakil kepada 17 cawangan Umno tersebut, Abdul Wahab Abdullah berkata, kemungkinan apa yang berlaku adalah satu konspirasi oleh sesetengah pihak yang mahu menyekat kemaraan mereka yang berwibawa dalam Umno bahagian Jelutong bagi bertanding jawatan Ketua Bahagian.

"Kenyataan oleh badan perhubungan yang menyatakan bahawa penutupan 17 cawangan Umno dalam bahagian Jelutong kerana hanya 40 peratus daripada ahlinya sahaja yang aktif adalah tidak munasabah kerana banyak daripada cawangan yang ditubuhkan sudah melewati 15 tahun. Jumlah keahlian seramai 4500 orang dalam 17 cawangan ini adalah bukti bahawa kami masih aktif."Kami juga berasa hairan dengan tindakan BPUNPP yang dilihat bertindak tanpa memikirkan hala tuju 4500 ahli Umno yang setia menyokong parti ini selepas penggantungan."Kami juga bersedia untuk mencabar mana-mana wakil BPUNPP untuk berdebat dengan kami bagi menjelaskan status kesahihan 17 cawangan Umno dalam bahagian Jelutong ini," katanya.

UNTUK BERITA LANJUT, SILA KLIK DISINI

No comments: