Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: Kalah, bukti dasar kebangsaan Umno terus ditolak



Mursyidul Am PAS , Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan penolakan demi penolakan rakyat terhadap Umno dalam siri pilihanraya kecil sebagai isyarat mereka tidak menerima dasar kebangsaan parti itu.Beliau ketika diminta mengulas kemenangan PAS pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir berkata, salah satu punca kekalahan Umno di DUN berkenaan ialah dasarnya yang bercanggah dengan Islam.

"Penolakan-penolakan yang begitu banyak terhadap Umno ni satu daripada sebabnya berpunca daripada dasar yang dibuat parti Umno. Parti yang memerintah sekarang ni tak betul dengan dasar Islam."Kelantan telah hampir 20 tahun guna dasar Islam dengan segala praktikalnya. Alhamdulillah dapat penerimaan daripada semua bangsa dan agama," ujar Menteri Besar Kelantan itu kepada pemberita selepas mesyuarat exco di pejabat setiausaha kerajaan semalam.ImageSehubungan itu, beliau sekali lagi menyeru Umno mengubah dasar kebangsaan mereka kepada dasar Islam selaras ajaran Al-Quran.

"Saya dengan penuh ikhlas minta saudara-saudara-saudara kita dalam umno tolong fikir, tolong ubah dasar Umno kepada dasar Islam. Bulan Ramadhan ni bulan Quran.Bila kita orang Islam buat dasar lain kedaulatan Allah ke atas manusia makin terhakis.Tiba-tiba kita tak mahu pakai Quran, ambil dasar yang dibuat oleh manusia.Ini tak betul."Katanya.Pilihanraya kecil Permatang Pasir yang merupakan pilihanraya kali ke lapan diadakan selepas pilihanraya umum pada 2008. Ianya menyaksikan kekalahan Umno BN buat sekean kalinya dengan majoriti besar iaitu sebanyak 4551 undi.

Calon PAS Ustaz Salleh Man mendapat 9618 undi manakala calon BN Rohaizat Othman mendapat 5067 undi.BN hanya menang di DUN Batang Ai sementara di DUN Penanti, mereka tidak meletakkan calon.Dalam lapan pilihanraya kecil iaitu tiga parlimen dan lima DUN yang ditandingi jelas menyaksikan rakyat menolak Umno BN walaupun pimpinan parti itu tetap mengatakan bahawa mereka masih diterima rakyat.

UNTUK BERITA LANJUT, SILA KLIK DISINI
KETAHUI PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB MENYEBAR VIRUS KEJAM SELSEMA BABI(H1N1) DENGAN KLIK BANNER DIBAWAH

No comments: