Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: Rakyat makin jelak dengan dakyah,tipu helah Umno-BN

KHIDMAT MASYARAKAT HARAKAH ONLINE UNTUK SEMUA PEMBACA HARAKAH ONLINE

Pendedahan berani! ketahui Siapa dalang sebenar disebalik penyebaran Influenza A (H1N1)yang mengakibatkan beribu-ribu orang di jangkiti di seluruh dunia!


Bukti mengejutkan
hasil kajian daripada Universiti Sains Malaysia mengenai virus kejam ini!
dan banyak lagi maklumat PENTING WAJIB ANDA TAHU....jangan berlengah lagi,dapatkan secara PERCUMA dengan klik banner dibawah


Kemenangan mutlak buat Pakatan Rakyat. Rakyat makin matang dan tidak tertipu dengan dakyah Umno-Barisan Nasional (BN). Walaupun berdepan dengan pelbagai tipu helah dan taktik kotor BN, namun kemenangan jelas berpihak kepada Pakatan Rakyat.Pilihan raya kecil Permatang Pasir yang telah meletakkan Ustaz Mohd Salleh Man sebagai Adun yang sah membuktikan rakyat terutama pengundi di kawasan tersebut mulai muak dengan permainan politik yang kotor oleh Umno-BN.Rakyat mulai sedar dan memberi mesej jelas kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa corak dan gaya yang dibawa melalui kepimpinannya bukan lagi sebagai 'candu' yang ditagih oleh rakyat.Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan penolakan demi penolakan rakyat terhadap Umno dalam siri pilihanraya kecil sebagai isyarat mereka tidak menerima dasar kebangsaan parti itu.Ketika mengulas kemenangan PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir beliau berkata, salah satu punca kekalahan Umno di DUN berkenaan ialah dasarnya yang bercanggah dengan Islam.

"Penolakan-penolakan yang begitu banyak terhadap Umno ni satu daripada sebabnya berpunca daripada dasar yang dibuat parti Umno. Parti yang memerintah sekarang ni tak betul dengan dasar Islam."Kelantan telah hampir 20 tahun guna dasar Islam dengan segala praktikalnya. Alhamdulillah dapat penerimaan daripada semua bangsa dan agama," ujar Menteri Besar Kelantan itu kepada pemberita selepas mesyuarat exco di pejabat setiausaha kerajaan baru-baru ini.Dalam pada itu, penolakan demi penolakan serta kemenangan berturut-turut yang diperolehi Pakatan Rakyat dalam siri pilihan raya kecil adalah mesej dan amanat jelas untuk Najib dan barisan kepimpinannya dalam Umno-BN bahawa politik perkauman dan pembunuhan karektor tidak lagi menjamin peratusan undi bagi mereka."Meskipun berbulan-bulan diasak fitnah sebagai pengkhianat bangsa dan berhadapan pembelotan, jelas kemenangan hari ini membuktikan rakyat menolak politik acuan pimpinan Umno-BN yang memecahbelahkan,"jelas Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan semalam.

Isu pengkhianat bangsa yang ditonjolkan oleh pimpinan BN-Umno jelas memakan diri sendiri apabila rakyat terutamanya pengundi di Permatang Pasir memberikan undi yang tidak berbelah bagi terhadap calon PAS, Ustaz Salleh Man.Rakyat sudah boleh menilai siapa pengkhianat sebenar apabila Anwar dalam siri ceramah dan kenyataan media mendedahkan isu penjualan tanah bangsa kepada tauke judi seperti di Genting Highlands.Bagi diri Anwar, kemenangan dalam pilihan raya ini jelas menzahirkan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat."Ia juga hasrat mereka (rakyat) yang sentiasa bergelora mahukan perubahan dan melihat masa depan Pakatan Rakyat yang lebih gemilang,"katanya.Apa yang jelas kemenangan di Permatang Pasir adalah tamparan hebat kepada pimpinan Najib.Ini disebabkan dalam tempoh 144 hari sebagai Perdana Menteri keenam, rakyat mula melihat dan jelak dengan gaya yang ditunjukkan Najib dan menolak politik perkauman yang cuba dimainkannya.

Image"Pengundi di Permatang Pasir memberikan sokongan jelas kepada Pakatan Rakyat walaupun Umno-BN melalui kempen terdesak mereka cuba memainkan isu perkauman dan agama,"jelas Penasihat dan tokoh veteran DAP, Lim Kit Siang dalam blog peribadinya baru-baru ini.Walaupun Umnno-BN cuba untuk menjadikan Permatang Pasir sebagai 'Manek Urai' yang didakwa sebagai 'kalah tetapi menang' namun, secara realitinya ia tetap sebagai satu kemenangan mutlak Pakatan Rakyat yang 'membelasah' 7-0 dalam siri pilihan raya kecil sejak tsunami pilihan raya ke-12 lalu.ImagePilihan raya kecil Permatang Pasir yang merupakan pilihan raya kali kelapan diadakan selepas pilihan raya umum pada 2008. Ianya menyaksikan kekalahan Umno BN buat sekian kalinya dengan majoriti besar iaitu sebanyak 4551 undi.


UNTUK BERITA LANJUT, SILA KLIK DISINI
KETAHUI PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB MENYEBAR VIRUS KEJAM SELSEMA BABI(H1N1) DENGAN KLIK BANNER DIBAWAH

No comments: