Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: Royalti minyak: Perbincangan dua hala Kelantan dan pusat

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan akan membuat perbincangan dua hala antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan berhubung dengan tuntutan royalti minyak Kelantan.Perkara ini dinyatakan beliau dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara semalam yang turut dihadiri oleh wakil-wakil kerajaan negeri.Perkara ini dimaklumkan oleh Datuk Husam Musa kepada Harakahdaily ketika dihubungi hari ini.Husam berkata, PM berjanji akan mengadakan mesyuarat dua hala ini selepas beberapa perkara teknikal mengenai tuntutan ini selesai dikaji.

"Saya berpuashati dengan jaminan PM ini dan menunggu hasilnya," kata Husam kepada Harakahdaily.Sebelum ini, semasa bercakap kepada media selepas melancarkan buku Tuan Guru Datuk Nik Nik Aziz di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) Ahad lepas, Husam berkata, beliau akan membangkitkan isu tuntutan petroleum ini dalam mesyuarat Majlis Kewangan Negara.Husam, Exco kerajaan negeri Kelantan, telah mewakili kerajaan negeri Kelantan dalam mesyuarat yang diadakan di sini semalam.Sebelum ini, Nik Aziz telah menghantar surat kepada Perdana Menteri dan Petronas menuntut royalti minyak sebanyak RM1 bilion untuk kerajaan negeri Kelantan.

UNTUK BERITA LANJUT, SILA KLIK DISINI

No comments: