Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: Dinar Emas, Pusat akhirnya akui amalan Kelantan

Exco Kerajaan Negeri Kelantan Dato' Husam Musa menyambut baik saranan kerajaan agar Tabung Haji (TH) dan Pusat Zakat (PZ) meneliti penggunaan dinar emas sebagai asas dalam urusan mereka.Namun beliau yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat berharap ianya dilaksanakan mengikut seperti yang dikehendaki Islam, bukan hanya mengambil sebahagian sahaja.Pertama saya ucap tahniah kepada kerajaan persekutuan.Akhirnya boleh berkongsi pandangan dengan kerajaan negeri Kelantan. Tetapi pelaksanan itu mesti seperti yang dikehendaki Islam. Tak boleh ambil separuh-separuh," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau turut berkongsi kebimbangan mengenai keadaan ekonomi negara yang tidak stabil ketika ini dan memerlukan kepada penggunaan dinar emas sebagai alternatif memandangkan ianya terkenal dengan sifatnya yang stabil terhadap aktiviti spekulasi dan manipulasi.Idea penggunaan dinar emas telah dicadangkan oleh Husam dari tahun 2001 lagi apabila Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menganjurkan idea yang sama pada tahun itu.Pada tahun 2001, Tun Dr Mahathir mencadangkan penggunaan nilai dinar emas dalam perdagangan antara negara-negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bagi menghadapi manipulasi mata wang.Namun idea berkenaan terhenti setelah Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih pentadbiran negara pada tahun 2004.

Kerajaan Kelantan bagaimanapun telah menggunakan Emas Dinar Kelantan sebagai simpanan nilai, walau pun ia tidak dipersetujui pihak-pihak tertentu termasuk Kerajaan Pusat ketika itu.Manakala pada 24 Julai 2007, Kerajaan Kelantan melalui badan penyelidiknya, Kelantan Reserch Institute and Strategic Studies (Kriss) menganjurkan seminar antarabangsa dinar emas (International Seminar on Gold Dinar) di PWTC.Tun Dr Mahathir turut berada di majlis itu dan memberikan ucap utama atas kepentingan idea bersama iaitu 'dinar emas' antara beliau dan pemimpin PAS Kelantan.

UNTUK BERITA LANJUT SILA KLIK DISINI

No comments: