Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview : Zambry dan enam Adun BN tidak boleh hadiri sidang Dun Perak

Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang Dun Perak?

Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (17.4.2009) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang Dun Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut.

Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan.

Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Apabila belum hilang lelah PRK...

Belum pun sempat menghela nafas panjang penat melaksanakan tugasan sebagai Wartawan di Bukit Selambau, Kedah kini berhadapan pula satu lagi pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, Mohamad Fairuz Khairudin bertindak meletakan jawatan serta merta dengan alasan meneruskan pengajian ke tahap yang lebih tinggi dan menumpukan perhatian pada keluarga.

Alahaiiii.. bermula pula episod di Penanti yang berada dalam Parlimen Permatang Pauh yang diwakili Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim yang menang mudah mengalahkan pencabarnya, Dato' Arif Shah Omar Shah pada bulan Ogos tahun lepas.

Tetapi... tidak mengapa bukan kerana jemu melaksanakan tugasan sebaliknya terpancar keseronokan untuk melihat politik di Pulau Pinang distabilkan kembali apabila Fairus yang dikaitkan dengan kes rasuah kuari di negeri ini direhatkan.

Walaupun beliau belum dihadapkan ke mahkamah dan terbukti kesahihan kesalahannya namun jika dibiarkan pastinya Umno dan konco-konconya akan mempergunakan isu ini bagi memperkemaskan kedudukan parti itu semula walhal parti Nasionalis Melayu itu kini menanti 'bom jangka' bila-bila masa sahaja meletup musnah berderai nama Umno dipersada politik tanahair.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Kisah Umno-BN 'tidak cukup kain'

Umno-BN masih dengan gaya lama yang sebenarnya telah menikam diri mereka sendiri, iaitu terkurung dengan sindrom menafikan atau tidak mahu mengaku kelemahan diri. Walaupun majoriti kemenangan calon PAS dan KeADILan, masing-masing di Bukit Gantang dan Bukit Selambau lebih tinggi berbanding keputusan pilihan raya umum 2008, tetapi pemimpin BN tetap berusaha keras berselindung di sebalik lalang kering.

Kita juga masih belum lupa bahawa kelebihan undi Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh juga lebih tinggi daripada majoriti kemenangan Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 8 Mac tahun lalu. Malah kemenangan Abdul Wahid Endut pastinya lebih manis kerana dapat merebut kembali kerusi Parlimen Kuala Terengganu daripada BN.

Justeru, apabila media dan pemimpin Umno cuba bermain dengan angka di Bukit Gantang,dengan mendakwa orang Melayu tetap setia bersama BN, nampak sangat mereka "serba tak kena", dan ditambah parah selepas wawancara Mingguan Malaysia dengan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat "menghina pengundi Cina" yang melabelkan mereka sebagai golongan yang tidak tahu membalas budi. Apabila tercetus kontroversi itu, Muhyiddin menyerang editor akhbar Cina yang disifatkannya tidak faham bahasa Melayu sehingga "memutar-belitkan" terjemahan wawancaranya itu.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : MB Terengganu akui pusat salahguna wang royalti

KUALA TERENGGANU 16 April 2009 - Isu penyelewengan serta penyalahgunaan wang royalti petroleum negeri Terengganu yang sering kali dibangkitkan oleh PAS akhirnya diakui oleh Menteri Besar (MB) Terengganu, Dato' Ahmad Said.Dato' Ahmad mengakui isu royalti yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut ada kebenarannya yang kini dalam proses rundingan serta tuntutan kembali."Wakaf Mempelam (Abdul Wahid) ada membangkitkan mengenai royalti iaitu wang royalti dibelanjakan untuk membiayai Program Rumah Mesra Rakyat (PRMR) yang dilaksanakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) diberi kepada kerajaan-kerajaan negeri yang lain."Ini memang kita (kerajaan) akui dan kita (kerajaan) telah membuat semakan-semakan dan ini merupakan sebahagian dari rundingan yang perlu kita (kerajaan) kembalikan wang ini kepangkuan negeri Terengganu,"jelasnya.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : 'One Malaysia': Najib akui BN gagal!

KUALA LUMPUR, 16 April 2009 - Konsep 'One Malaysia' yang dibawa oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dianggap sebagai satu akuan oleh Barisan Nasional dan kerajaan akan kegagalan segala dasar yang pernah diperkenalkan sebelum ini.Menurut Pengerusi Institut Modeniti dan Tamadun Melayu (Cesmacs), Dr Muhammad Nur Manuty, konsep 'One Malaysia' adalah satu 'rebranding' yang biasanya dibawa oleh pemimpin baru.

"Pemimpin yang baru akan bawa konsep baru dan benar ini adalah satu penanda bahawa BN gagal dalam dasarnya sebelum ini,"jelasnya kepada Harakahdaily dalam wawancaranya sebentar tadi.Tambahnya, walaupun selama ini kerajaan telah perkenalkan pelbagai dasar tetapi dengan ungkapan Najib ini jelas bahawa beliau akur dan mengakui kegagalan yang dihadapi oleh BN."Walaupun sudah 50 tahun memerintah ternyata mereka gagal. Bermakna memang benar seperti yang disebut bahawa konsep 'one malaysia' adalah satu rebranding kerana sebelum ini ternyata BN dan kerajaan gagal dalam melaksanakan konsep kesamarataan terhadap rakyatnya,"katanya terhadap persoalan bagaimana gagalnya BN dalam dasar-dasar sebelum ini.

Harakah Online Preview : Sepatutnya bersyukur, bukan Islam ungkap ayat Quran - Dr Azhar Yaakob

KUALA LUMPUR - Bukan mencemuh apatah lagi menghina bukan Islam yang mengungkap ayat-ayat Quran malah wajarnya bersyukur dan memberi galakan untuk mereka mendekati dan memahami Islam.Demikian kata pendakwah bebas Dr. Azhar Yaakob, sambil mengulas bahawa sudah pasti orang bukan Islam turut memahami serta menjaga sensitiviti umat Islam dengan mengkaji serta berlatih terlebih dahulu sebelum mengungkap ayat-ayat Quran termasuk mengetahui maksudnya supaya ianya tidak tersasar.

"Lainlah kalau mereka menghina, mempermainkan ayat Quran ataupun salah tafsir...itu kita tentang. Kalau nak ikut salah sebutan, ramai termasuk orang Islam sendiri banyak silap. Itu proses belajar, yang penting mereka ungkap untuk menceritakan bahawa ayat Quran suruh manusia berlaku adil."Pada saya mereka tidak salah, malah kita kena beri galakan dan tunjuk ajar pada mereka untuk mengenali Islam dengan lebih baik lagi, bukan mencemuh atau melarang membaca ayat-ayat Quran yang menjadi pentunjuk untuk umat manusia," kata Azhar lagi.Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab kuliah agama yang diadakan di pejabat Harakah tengah hari tadi yang merupakan rutin setiap hari Khamis untuk kakitangan dan warga kerja Harakah.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Kenyataan Fairus letak jawatan Adun Penanti

KUALA LUMPUR - Bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan keputusannya meletak jawatan Adun Penanti, berkuatkuasa hari ini.Keputusan itu katanya dibuat untuk membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat siswazah lanjutan.

Berikut adalah kenyataan penuh Fairus hari ini:Setelah memberikan pertimbangan dengan sewajarnya, mengambilkira landasan perjuangan dan kepentingan rakyat yang saya wakili, saya dengan ini mengambil keputusan demi memelihara kepentingan Parti Keadilan Rakyat untuk melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuatkuasa hari ini 16hb April 2009.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Isu Perak: Bukan ugutan, tetapi pengajaran pada Najib!

KUALA LUMPUR 15 April 2009 - Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaafar menegaskan kenyataannya sebelum ini bukan berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak serta tidak bertujuan menghasut rakyat agar melakukan demonstrasi sebagaimana berlaku di Pattaya, Thailand.Kamaruddin berkata demikian sebagai respons kenyataan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishammuddin Hussein serta Menteri Besar Perak, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir yang menyifatkan kenyataannya sebagai amat tidak bertanggungjawab, berbahaya serta sengaja mahu mencetuskan ketegangan dan keadaan huru-hara dalam masyarakat.

Kamaruddin menegaskan, merujuk balik kenyataannya itu, beliau menyatakan Najib perlu mengambil pengajaran daripada pengalaman peristiwa yang berlaku pada sidang Asean yang dihadirinya di Pattaya."Dalam kenyataan saya yang lalu, saya menegaskan jika rakyat tidak berpuas hati dengan cara kerajaan digulingkan, rakyat akan berhimpun dan bertindak. Jadi, saya mengatakan dengan pengajaran tersebut adalah lebih baik Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan serta diadakan pilihan raya.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : MECD, payung usahawan yang direntap Najib

15 April 2009

Keadaan mula kecoh selepas Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) dimansuhkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.Ramai yang mula melenting terutamanya usahawan Melayu yang merasakan organisasi yang ada di bawah MECD ini akan terabai jika ia diletakkan di bawah kementerian lain.Pastinya persepsi kegagalan agensi yang sudah tersedia di kementerian lain yang akan menjadi payung baru MARA, TEKUN, LPKP dan sebagainya membayangi perihal pemansuhan MECD ini.

Sebelum ini pun seperti kata beberapa tokoh usahawan, MECD sendiri masih belum cukup kuat dalam pencapaiannya dan ia perlu diperkasakan lagi.Malangnya tak sempat untuk diperkasakan, MECD dihapuskan menyebabkan usahawan hilang 'arah', terkapai tanpa arah tujuannya hingga detik ini.Hingga kini kedudukan MARA, TEKUN, LPKP, UDA dan sebagainya termasuk Bank Rakyat belum tentu pastinya, dan ramai yang menyatakan jika agensi ini diletakkan di bawah kementerian lain, apa pula dasarnya selepas ini.Timbul bibit kebimbangan, tak kira di kalangan orang Umno, PAS, KeADILan mahupun pihak lain akan pemansuhan ini, yang ratanya bimbang dengan nasib usahawan tatkala ekonomi negara pun terumbang ambing,

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : RM 45,786 wang rakyat diguna untuk 'puji' Rosmah?

KUALA LUMPUR, 15 April (Hrkh) - Demi memuji dan 'memuja' isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Kerajaan Negeri Sembilan didakwa membelanja sejumlah RM45,786.00 membeli iklan di sebuah akhbar arus perdana.Iklan satu muka itu telah dibeli oleh Kerajaan Negeri Sembilan untuk 'memuja' Rosmah yang sudi melawat daerah Rembau.
Ketika ramai pihak sedang memberikan tumpuan ke Bukit Selambau, Batang Ai dan Bukit Gantang pada 7 April lalu, Rsomah telah melawat Pusat Anak Permata Negara di Chembong, Rembau.

Menurut sumber akhbar itu harga iklan untuk memuja Rosmah itu sahaja sudah berharga RM45,786.00.Demikian didedahkan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham dalam blognya yang mengecam Kerajaan Negeri Sembilan kerana membazirkan sebegitu besar jumlah wang rakyat hanya untuk memuja dan mengambil hati isteri seorang Perdana Menteri .

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Tidak ikut akta buang pekerja tanpa notis, pampasan

PERAI, 15 April (Hrkh) - Kesan daripada kegagalan Kementerian Sumber Manusia untuk membentuk undang-undang menjamin pembuangan pekerja oleh majikan menyebabkan kejadian membabitkan pekerja tempatan makin menjadi-jadi, kata Pengerusi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Pulau Pinang, Abdul Razak Ahmad.Tambahnya, ekoran daripada itu kebanyakan majikan tidak langsung mengikut saluran betul melakukan tindakan di luar batasan sehingga ada yang bersikap membelakangkan beberapa akta antaranya tidak memberikan notis sebulan kepada Pejabat Buruh seandainya majikan hendak berbuat demikian.

"Kali ini kita berharap Menteri Sumber Manusia bersikap tegas bukan main-main untuk memastikan pekerja tidak diperbudakkan dalam isu ini."Jika kementerian gagal bererti semua pekerja di sektor industri terdedah dengan pembuangan pada bila-bila masa terutamanya industri yang tiada Kesatuan Sekerja, " jelasnya ketika ditemui selepas memberikan taklimat kepada 33 orang pekerja Advanced Ceramics Technology (M) Sdn Bhd yang dibuang baru-baru ini.Jelas beliau lagi banyak sektor indutri tidak langsung mengikut lunas-lunas perundangan bila mana membuang pekerja malah 'ikut sedap rasa' mereka sahaja sedangkan jelas termaktub dalam etika majikan seperti pemberian pampasan mesti diberi bukan bertindak membuat perkiraan tanpa pengetahuan pekerja.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Pengisi jawatan TKM1 masih jadi teka teki

GEORGETOWN - Jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 yang dikosongkan berikutan perletakan penyandangnya, Mohamad Fairus Khairudin masih menjadi teka teki sampai kini apabila Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak mengumumkan nama penganti seperti yang diperkatakan akan diadakan pada hari ini.Sebaliknya beliau dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Sumbangan kepada Sekolah Tamil seluruh Pulau Pinang di Audiotorium F, Komplek Tun Abdul Razak (Komtar) pagi tadi mengarahkan setiausaha akhbarnya membahagikan kenyataan akhbar dan memohon maaf kepada semua media kerana beliau terpaksa bergegas ke Lapangan Terbang Bayan Lepas menuju ke Istana Negara bertemu Yang di-Pertuan Agong.

Kenyatan satu muka surat itu menegaskan ia menyerahkan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat Malaysia (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk mengemukakan nama sebagai cadangan mengantikan kerusi nombor dua itu.Namun sampai kini, Anwar belum memutuskan dalam mesyuaratnya bersama KeADILan pada hari Ahad lepas.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Pengisi jawatan TKM1 masih jadi teka teki

GEORGETOWN - Jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 yang dikosongkan berikutan perletakan penyandangnya, Mohamad Fairus Khairudin masih menjadi teka teki sampai kini apabila Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak mengumumkan nama penganti seperti yang diperkatakan akan diadakan pada hari ini.Sebaliknya beliau dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Sumbangan kepada Sekolah Tamil seluruh Pulau Pinang di Audiotorium F, Komplek Tun Abdul Razak (Komtar) pagi tadi mengarahkan setiausaha akhbarnya membahagikan kenyataan akhbar dan memohon maaf kepada semua media kerana beliau terpaksa bergegas ke Lapangan Terbang Bayan Lepas menuju ke Istana Negara bertemu Yang di-Pertuan Agong.

Kenyatan satu muka surat itu menegaskan ia menyerahkan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat Malaysia (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk mengemukakan nama sebagai cadangan mengantikan kerusi nombor dua itu.Namun sampai kini, Anwar belum memutuskan dalam mesyuaratnya bersama KeADILan pada hari Ahad lepas.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Bubar Dun Perak jika BN kuat

IPOH - Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) terkejut dan kecewa dengan kenyataan Dato' Dr Zambry Abdul Kadir di dalam media cetak mengatakan kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang baru-baru ini tidak mendapat sokongan sebahagian besar orang Melayu sebagai menafikan mahkamah rakyat bagi memilih pemimpin yang bersih dan adil.Demikian dinyatakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Ipoh Timur, Salmah Salleh dalam kenyataan medianya hari ini sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Kudeta BN Perak, Zambry Abdul Kadir.Menurutnya, DPPK IT juga kecewa dengan dakwaan pemimpin pemimpin Umno/BN yang mendakwa parti itu mendapat sokongan besar dari orang Melayu, dalam masa yang sama menyifatkan kemenangan calon PAS, Dato' Mohammad Nizar Jamaluddin yang menewaskan calon BN, Ismail Safian di Parlimen Bukit Gantang adalah kerana PAS mendapat sokongan dari orang Cina yang telah terpedaya dan terpengaruh dengan dakyah PAS dan DAP.

Untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Krisis Umno T'ganu: Rosol dakwa diugut bunuh

KUALA TERENGGANU - Ketidakhadiran Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu hari ini didakwa jurucakap mereka, Dato' Rosol Wahid didorong oleh faktor keselamatan nyawa.Ini berikutan, tiga Adun BN negeri itu masing-masing menerima mesej Sistem Pesanan Ringkas (SMS) berunsur ugutan bunuh.

Sehubungan itu, Rosol yang juga Adun Ajil mendakwa wujud kerahan di kalangan penyokong Menteri Besar, Dato� Ahmad Said untuk hadir ke Dun Terengganu.Para penyokong Ahmad dakwanya datang dari Kemaman."Saya dapat mesej dia (Ahmad) kerah orang dari suatu tempat untuk hadir ke dewan (Dun) Terengganu hari ini."Saya dimaklumkan kumpulan itu dari Kemaman iaitu kawasan Menteri Besar. Saya difahamkan, satu kerahan dibuat untuk satu puak datang ke dewan dan ini membimbangkan kita," jelasnya pada sidang media di tingkat 18 Hotel Felda Residence, hari ini.

Katanya, atas faktor keselamatan Adun-adun BN terbabit sepakat tidak menghadirkan diri di persidangan Dun Terengganu kali ini."Kita bergantung kepada keselamatan dan jika keselamatan terjamin kita akan pergi ke dewan semula.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Abdullah paling gembira BN kalah 2 Bukit?

14 april 2009

Percayalah, bahawa orang yang paling 'bahagia' dengan kekalahan BN di dua Bukit ialah bekas Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Nikmatnya mungkin terasa dari tulang sum-sum hingga ke lubuk nurani yang paling dalam.Setahun Abdullah dipersalahkan oleh bekas pemimpin, pemimpin serta ahli-ahli Umno terhadap prestasi teruk BN dalam pilihan raya umum ke-12. Peralihan kuasa yang dirancang telah didesak supaya dipercepatkan sehingga terpancul amarah dari mulut Abdullah terhadap Muhyiddin Yasin, "Apakah Muhyiddin tidak sabar-sabar nak jadi Timbalan Perdana Menteri?"

Kemuncak segala penghinaan terhadap beliau tentulah apabila bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir keluar dari parti asobiyah Melayu itu hanya kerana tidak mahu berpresidenkan Abdullah.Penganut Mahathirisme yang fanatik percaya apabila berundurnya Abdullah, maka kuatlah Umno dan BN. Mahathir diarak di dua Bukit bagai baru turun dari kayangan. Mereka percaya, pemulihan sokongan sudah berlaku. Pakatan Rakyat, kalau tidak hilang deposit pun, sekurang-kurangnya akan kalah teruk.

untuk berita lanjut sila klik disini

Harakah Online Preview : Lapan Adun boikot, paksa MB letak jawatan

KUALA TERENGGANU - Lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) memulaukan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pagi ini yang bersidang buat hari kedua bagi memaksa Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said meletakkan jawatan.Menurut sebuah akhbar online kesemua lapan wakil rakyat berkenaan kini berhimpun di sebuah hotel utama di sini dan dijangka mengadakan sidang media kemudian.

Tindakan mengejutkan mereka itu berlaku ketika ada kenyataan sebelum ini bahawa tidak akan ada undi tidak percaya meminta Ahmad, yang dilantik sebagai Menteri Besar Mac 2008, agar meletakkan jawatan.Tengah malam tadi pula tiga Adun BN Terengganu membuat laporan polis setelah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbentuk ugutan, dipercayai berhubung kemelut politik di negeri ini

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Hentikan provokasi terhadap negeri Pakatan Rakyat - Mahfuz

KETEREH - Kejayaan Pakatan Rakyat dalam beberapa pilihan raya kecil selepas Pilihan raya Umum ke-12 kini menggambarkan Umno/BN sedang menuju kehancuran dan akan dikuburkan pada pilihan raya umum akan datang, demikian dinyatakan oleh Ketua Penerangan PAS Malaysia, Dato' Mahfuz Omar di Ceramah Isu Semasa di Kawasan Perumahan Kadok, Ketereh malam tadi.hadir ialah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Pengerusi Perhubungan KeADILan Kelantan, Abdul Aziz Kadir, Yang Dipertua PAS Ketereh dan Timbalan, Wan Ismail Wan Jusoh, Haji Azemi Mohd Noor serta Senator Dato' Rosli Ibrahim.

Mahfuz juga berkata, Umno/BN sepatutnya sedar dan insaf bahawa zaman sekarang rakyat Malaysia tidak lagi boleh disogok dengan wang, hadiah dan janji kosong kerana rakyat di negara ini sudah tidak lagi menghiraukan budaya sogokan oleh Umno/BN. Kegagalan Umno/BN dalam pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau dengan penambahan majoriti yang besar kepada Pakatan Rakyat jelas bahawa rakyat di kedua-dua kawasan tersebut menolak politik sogokan yang dibawa oleh Umno/BN."Mereka kini sudah kehabisan cara untuk menawan Dun di bawah parti Pakatan Rakyat, malah kemelut dalaman politik mereka semakin jelas dan Timbalan Presiden Umno turut mengakui bahawa Umno memerlukan dua tahun untuk memulihkan parti mereka. Nampaknya parti Umno sekarang bagaikan Penagih Dadah yang dipulihkan di pusat serenti yang memakan masa dua tahun, itupun masih lagi gagal," ujar beliau dan disambut dengan laungan takbir oleh lebih 5,000 orang ramai yang membanjiri kawasan perumahan tersebut.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Gaya hidup elit ditolak rakyat - Salahuddin

KUALA LUMPUR, 13 Apr (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mengingatkan pemimpin parti tersebut agar menolak gaya hidup elit yang boleh menghakis sokongan rakyat.Ketuanya, Salahuddin Ayob dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily menegaskan antara sebab PAS mendapat sokongan rakyat kerana pemimpinnya mengamalkan gaya hidup yang sederhana dan mudah didekati rakyat.

"PAS jangan sombong, jangan bongkak, jangan lupa diri. Atas sokongan yang kita terima ini sebenarnya adalah mandat daripada rakyat untuk tunaikan tanggungjawab mewakili mereka."Golongan muda juga memberikan sokongan kepada PAS gaya hidup yang sederhana dan mudah didekati yang selama ini menjadi antara tonggak kekuatan PAS" katanya.

untuk berita lanjut,sila klik disini

Harakah Online Preview : Kaji ISA hanya janji kosong Najib

KUALA LUMPUR, 13 April (Hrkh) - Suara Rakyat Malaysia (Suaram) cawangan Johor Bahru menggesa kerajaan membebaskan kesemua tahanan ISA supaya mereka dapat dibicara di mahkamah."Kami mengutuk segala cara yang memperalatkan tahanan sebagai aset politik atau mendapat faedah politik daripadanya.

"Kami berasa sangat dukacita bahawa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak hanya mengumum melepaskan 13 tahanan ISA, tetapi bukannya semua tahanan ISA." kata kenyataan Suaram Johor Bahru hari ini.Selain itu, Suaram JB kesal dengan kenyataan Najib yang hanya mahu mengkaji semula akta ISA.Sedangkan akta itu sepatutnya dimansuhkan kerana ia hanyalah alat politik untuk menjaga survival politik BN sahaja yang pastinya tidak akan dimansuhkan, katanya.Walhal sejak pilihan raya umum lalu, keinginan perubahan di kalangan rakyat begitu kuat agar ISA itu dimansuhkan, katanya.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Kerajaan Selangor gesa pembubaran Balkis dibatalkan

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor melalui peguamnya memohon Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia mengembalikan semula Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Selangor (Balkis) yang dibubarkan selepas pilihan raya umum 8 Mac 2008.Kerajaan Negeri sebelum ini telah memohon Pendaftar Pertubuhan tidak meluluskan permohonan pembubaran Balkis namun bantahan itu tidak dihiraukan.

Menurut surat yang dikeluarkan oleh Tetuan Fernandez & Selvarajah kepada Pendaftar Pertubuhan bertarikh 9 April, Kerajaan Negeri memohon supaya jabatan itu tidak mewartakan pembatalan pendaftaran dan pembubaran Balkis, seterusnya mengenepikan pembatalannya."Kami diarahkan oleh anak guam kami untuk menyatakan bahawa pembatalan pendaftaran dan pembubaran Balkis seperti yang dilaporkan adalah salah di sisi undang-undang menurut peruntukan-peruntukan Akta Pertubuhan 1966," demikian dijelaskan dalam surat tersebut.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Laman Web Muslimat Serdang dilancarkan

BANGI 11 April - Keperluan semasa yang memerlukan strategi penyebaran dakwah melalui internet sangat penting. Atas dasar inilah satu laman web Dewan Muslimat Pas Kawasan Serdang (DMPKS) bertujuan memberi penerangan mengenai perjuangan Islam.Menurut Ketuanya, Zuryati Yasin, pendekatan ini adalah dimanifestasikan oleh Harakah Muqawamah Islamiyah (Hamas) yang bukan sahaja melaksanakan jihad bersenjata yang berpunca dari kekejaman yahudi malah menggunakan jihad melalui media terutamanya internet.

"Hamas telah membangunkan sebuah laman web untuk kanak-kanak yang dikenali sebagai 'al-Fateh' dengan isi kandungan kesukaan kanak-kanak."Ia dibangunkan untuk melahirkan lebih ramai generasi pejuang dan penyumbang perjuangan Palestin," katanya dalam Ucapan Dasar Mesyuarat Tahunan DMPKS ke 19 yang diadakan di Kompleks PKNS, dekat sini padi tadi.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Menteri Wanita digesa basmi masalah sosial

KUALA LUMPUR, 11 April (Hrkh) - Perlantikan Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sememangnya dijangka oleh Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) ujar, Ketuanya Ustazah Nuridah Salleh.Namun katanya, pengharapan tetap sama supaya pembangunan wanita diutamakan khasnya pembangunan dalam sesebuah keluarga itu sendiri.

Beliau yang dihubungi Harakah Jumaat lepas berkata, ini kerana masalah gejala sosial dalam negara bermula daripada masalah dalam keluarga."Keluarga merupakan unit paling kecil dalam sesebuah masyarakat. Kalau keluarga kita baik, masyarakat akan baik, tetapi kalau itu sendiri bermasalah boleh menyumbang masalah kepada masyarakat dan negara."Masalah tersebut amat perlu diberikan penekanan oleh Kementerian yang diterajui Shahrizat itu," katanya.Ujarnya, masalah sosial yang berlaku dalam negara sangat serius.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Jangan guna KBS untuk raih sokongan belia kepada Umno - Mahfuz

SEREMBAN, 11 April (Hrkh) - Menteri Belia dan Sukan (KBS) yang baru, Dato' Ahmad Shabery Cheek dinasihatkan agar tidak menggunakan KBS sebagai platform meraih semula sokongan belia kepada Umno.Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar kepada Harakahdaily sebentar tadi ketika mengulas kenyataan Shabery berhubung isu kelesuan sokongan belia kepada Umno.

Shabery dalam laporan televisyen semalam dipetik sebagai berkata, beliau akan bekerja keras bagi memastikan golongan belia kembali menyokong Umno.Ujar Mahfuz, seharusnya tugas untuk menarik sokongan belia digalas oleh Ketua Pemuda Umno yang baru,Khairy Jamaluddin,bukannya KBS.KBS adalah organisasi kerajaan yang sepatutnya menjalankan tugas membangunkan sahsiah dan akhlak belia hari ini yang semakin parah.

"Bukan tugas KBS untuk menarik sokongan belia yang secara puratanya menyebelahi Pakatan Rakyat dalam tiga pilihan raya kecil yang baharyu sahaja berlalu.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Justifikasi apakah Harakah boleh dijual kepada ahli PAS sahaja?

Sebagai pembaca akhbar Harakah, biasanya saya akan ke kedai runcit atau kios majalah di persekitaran pejabat untuk mendapatkan senaskah.Ada juga ketika tertentu saya membeli akhbar berkenaan di kedai buku di Hentian Pudu Raya atau di kedai majalah yang terletak di KL Sentral.

Lebih lazim dari tidak, jika lewat, saya akan gagal mendapatkan naskah Harakah dari tempat ini.Ada juga ketika di mana saya diberitahu oleh taukeh kedai akhbar Harakah telah dirampas dari rak jualan oleh orang tertentu atas sebab yang diketahui (atau kemungkinan besar tidak diketahui oleh orang tertentu).Ketua Pengarang Harakah Saudara Ahmad Lutfi Othman pernah memberitahu saya penerbitan Harakah tertakluk kepada syarat ia hanya boleh dijual kepada ahli PAS sahaja di markas parti sahaja.Ini bermakna kalau anda mahu membaca mengenai parti PAS anda harus mendaftarkan diri sebagai ahli. Dan sebagai ahli anda akan diberikan kad ahli dan anda perlu membawa kad ini ketika membeli akhbar Harakah di markas parti.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Benarkah era "government knows best" telah berlalu?

DALAM ucapan ringkas sebelum mengumumkan senarai kabinetnya, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak berkata bahawa era kerajaan mengetahui segalanya atau "the government knows best" telah berlalu.Apakah ungkapan di atas merupakan sebuah lagi gimik politik Najib dalam usaha mencari populariti dan kepercayaan rakyat?Pepatah Inggeris mengatakan "old habits die hard" bermaksud amalan (buruk) lama sukar untuk dihentikan.

Sudah menjadi pengetahuan umum betapa amalan kononnya kerajaan Umno-BN maha mengetahui apa yang terbaik untuk negara dan rakyat sehingga mengenepikan hampir semua cadangan dan pendapat pembangkang yang turut mewakili sebahagian besar rakyat sudah mula berakar umbi sejak di era Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman lagi.Bukan itu sahaja, amalan ini juga memperlihatkan ciri-ciri Perdana Menteri "knows best and knows all" (tahu apa yang paling baik dan tahu segala-galanya).

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Muslimat terkena 'ilmu hitam' ketika kempen?

KUANTAN 10 April (Hrkh) - Yang Dipertua PAS Kawasan Inderamahkota, NasrulAmir Abdullah menyifatkan penggunaan ilmu hitam dalam pilihan raya parlimen Bukit Gantang 7 April lalu adalah perbuatan tidak bertamadun.Beliau mendakwa, empat petugas muslimat daripada Inderamahkota terkena ilmu hitam menyebabkan mereka menghadapi masalah kesihatan dan histeria.

Difahamkan anggota muslihat terbabit terlibat dengan kempen dari rumah ke rumah. Bagaimanapun, mereka berjaya dipulihkan dengan bantuan daripada anggota perubatan Assyifa' yang turut berada di situ."Alhamdulillah keadaan mereka kembali pulih dan meneruskan kerja merayu undi pada hari mengundi," ujarnya.

Katanya, sepanjang penglibatannya dalam pilihan raya inilah kali pertama berhadapan dengan kes seumpama ini."Sebelum ini dalam pilihan raya di Kuala Terengganu, Permatang Pauh dan lain-lain tiada kes seumpama ini.

"Pada masa depan kita perlu berhati-hati kerana lawan yang tertekan akan melakukan apa sahaja untuk menang," katanya. - azm/mks._

Harakah Online Preview : Bekas Adun Bukit Selambau muncul, disambut Manikumar

ALOR SETAR, 10 April - Bekas Adun Bukit Selambau dan Exco Kerajaan Negeri Kedah, V. Arumugam kembali ke tanahair selepas berehat selama kira-kira dua bulan di India."Saya berehat di sana untuk menenangkan fikiran di Mumbai, India. Bila pilihan raya di Bukit Selambau dah habis saya pun pulanglah," kata beliau kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini 8 April lalu.

Kepulangan beliau disambut oleh isterinya Mariyaee Manickam, 35, serta anaknya, Selaneitran, 7 tahun.Turut menyambut beliau Speaker DUN Kedah, Dr Abdul Isa Ismail; Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Mohd Sanusi Mohd Noor; Adun Bukit Selambau yang baru, S. Manikumar serta Pengerusi KeADILan Kedah, Ahmad Kassim.

Menjawab pertanyaan pemberita tentang kehilangannya selama ini, beliau menjelaskan tindakannya itu bukan untuk menyusahkan rakyat di Bukit Selambau, sebaliknya beliau perlu juga menjaga keselamatan keluarganya.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Status tiga Adun Perak masih belum diputuskan mahkamah

Ramai ingin mengetahui sama ada keputusan Mahkamah Persekutuan semalam (9 April 2009) yang memutuskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa menentukan status tiga bekas Adun Pakatan Rakyat yang melompat iaitu Hee Yit Foong (DAP-Jelapang), Jamaluddin Mohd Radzi (KeADILan-Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (KeADILan-Changkat Jering) menandakan berakhirnya isu status ketiga-tiga Adun tersebut?Sebelum saya menjawab soalan itu, ingin saya berkongsi dengan para pembaca tentang intisari keputusan Mahkamah Persekutuan itu. Keputusan tersebut boleh disimpulkan seperti berikut:

1. Pada 9 April 2009 Mahkamah Persekutuan SEKADAR mengisytiharkan bahawa SPR dan bukannya Speaker mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada sesuatu kerusi seseorang Adun seperti mana tiga kerusi Adun Perak tersebut kosong atau tidak.

2. Memandangkan Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa kuasa untuk menentukan sama ada sesuatu kerusi seseorang Adun di Perak kosong atau tidak adalah di tangan SPR, maka SPR berhak menentukan tentang status tiga kerusi Adun tersebut.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Jawab tohmahan Ketua Pemuda Umno Selangor

Banyak kemajuan dan pencapaian yang telah berjaya diperolehi oleh PAS Selangor khasnya dalam usaha menegakkan syiar Islam serta memperjuangkan hak dan kepentingan Islam serta keadilan kepada semua kaum sepanjang setahun ia bersama menudukung kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.Kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Selangor, Abdul Shukor Idros (yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian edisi Selangor & KL hari ini), bahawa PAS menolak hak Melayu dan tidak mengambil berat darihal nasib dan masa depan orang Melayu dan Islam ternyata tidak benar dan lebih merupakan kenyataan dari seorang ahli politik yang �desperado� dan laparkan publisiti.

Peranan wakil PAS samada di peringkat EXCO, ADUN, ahli-ahli parlimen dan ahli-ahli majlis serta ketua-ketua kampong dan JKKK, begitu jelas dan konsisten. PAS telah dan akan terus berusaha menerap dan memperkenalkan nilai-nilai dan peraturan Islam dalam pentadbiran dipelbagai peringkat di Selangor selaras dengan dasar dan matlamat perjuangannya.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : 'Tidak ada sebab ambil nyawa mangsa dengan kejam' - Cif Inspektor Azilah Hadri

KUALA LUMPUR, 10 April (Hrkh) - "Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam. Saya merayu kepada mahkamah yang kini berada di dalam kedudukan dan mempunyai kuasa untuk menentukan hidup dan mati saya, agar tidak menghukum saya sekaligus menyempurnakan perencanaan mereka terhadap saya."Demikian kata Cif Inspektor Azilah Hadri pada 4 Feb lalu sambil membacakan nota bertulis. Beliau yang mula memberi keterangan pada 15 Jan lalu , berkata dia tidak mempunyai sebarang motif untuk membunuh dan melenyapkan wanita itu sebaliknya tujuan dia berjumpa dengannya (Altantuya) hanya untuk menasihati Altantuya secara lembut supaya tidak mengugut Abdul Razak dan tidak membuat kecoh di rumah penganalisis politik itu.

Azilah juga memberitahu mahkamah dia diarahkan oleh seorang anggota polis atasan, DSP Musa Safri untuk membantu Abdul Razak dan tidak mungkin melakukan perbuatan "bodoh" (membunuh) itu apatah lagi dia adalah anggota polis.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Azilah dan Sirul digantung: Persoalan berbangkit ialah...

KUALA LUMPUR - Berikut adalah beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham dalam blognya mengulas keputusan dua anggota UTK, Azilah dan Sirul yang dihukum gantung sampai mati dalam kes Altantuya Sharibuu iaitu :

1.Azilah dan Sirul tidak pernah kenal Altantuya, apa motif pembunuhan ? Rogol, Rompak..? Mereka ialah anggota UTK yang berdisiplin dilatih mengikut arahan.

2.Mana senjata pembunuhan, dalam kenyataan beramaran yang dibuat Sirul dia mengaku menembak Altantuya tetapi kenapa senjata pembunuhan tidak wujud dalam perbicaraan?

3.Bagaimana rekod kemasukan Altantuya tidak wujud dalam rekod imigresen sebaliknya ada orang dihukum mati dalam negara yang tidak ada rekod Altantuya masuk ?

4.Mengikut penulis dari Perancis dia mengatakan maklumat pembunuhan Altantuya yang dibunuh kerana melindungi transaksi melibatkan wang besar hasil jual beli kapal selam lengkap tersimpan ditangan agen perisikian Russia.... apa sebenarnya berlaku ?

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Banyak kesangsian dalam Kabinet Najib

ADA beberapa pemerhatian dan kesimpulan yang sepintas lalu dapat dibuat tatkala meneliti barisan Kabinet baru Malaysia seperti diumumkan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, petang tadi.Pertama, semacam ada rasa sangsi atau kepercayaan yang tidak bulat oleh Najib terhadap orang nombor duanya. Meskipun menepati ramalan meletakkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri, tidak ramai menyangka orang nombor dua itu akan diberikan tugas di Kementerian Pelajaran. Sudah lama kementerian itu tidak dipegang Timbalan Perdana Menteri.

Orang nombor dua selalunya diberikan peranan paling mencabar. Kementerian yang lebih dianggap kanan, strategik dan berkuasa ialah Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan.Bukankah di situ duduknya Najib selaku Timbalan Perdana Menteri dalam Kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini? Bukankah di beberapa kementerian itu juga Abdullah selaku orang nombor dua diletakkan Tun Dr Mahathir Mohamad?

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : 8 menteri dan timbalan dinyahkan dari "Pasukan Baru"

KUALA LUMPUR - Dato' Seri Syed Hamid Albar yang menjaga Kementerian Keselamatan Dalam Negeri antara yang digugurkan sebagai menteri oleh Perdana Menteri yang baru, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.Syed Hamid adalah menteri yang bertanggungjawab menggantung permit Harakah dan Suara Keadilan, dua lidah rasmi parti alternatif, PAS dan KeADILan pada 23 Mac lalu.Dan selepas 12 hari digantung larangan tersebut ditarik balik oleh Perdana Menteri dalam satu ucapan sulung Najib ke seluruh negara, selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Beberapa menteri yang dinyahkan dari "Pasukan Baru" Najib seperti yang diumumkan beliau petang tadi termasuklah Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Datuk Mohd Zin Mohamed, Datuk Amirsyam Aziz, Datuk Azalina Othman Said, Datuk Ong Ka Chuan dan Datuk Zulhasnan Rafique. Turut digugurkan ialah timbalan menteri, Datuk Noraini Ahmad.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Lantik Mukhriz ada campur tangan Tun Mahathir

KUALA LUMPUR - Perlantikan Ahli Parlimen Jerlun, Dato' Mukhriz Tun Mahathir oleh Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dipercayai desakan dari bekas Perdana Menteri yang paling gembira kini, Tun Mahathir Mohamad.Demikian ditegaskan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan, Ishak Surin sambil menyakini penyingkiran Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dari "Pasukan Baru" Najib yang diumumkan petang tadi ada kaitan dengan nasihat Tun Mahathir.

Katanya, kegembiraan Mahathir begitu ketara apabila terus mengumumkan penyertaannya semula ke dalam Umno sebaik Najib dilantik menjadi Perdana Menteri ke-6. Beliau menyerahkan borang penyertaan Umno bersama isterinya kepada Najib beberapa hari lepas.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah online Video: Sekitar pengundian pilihanraya Bukit Gantang P.059

Situasi sebenar di kawasan parlimen Bukit Gantang pada PRK 2009

Harakah Online Preview : Mesej jelas, tegas dari Bukit Gantang

Sesungguhnya ia bukan sekadar kemenangan berganda (sebenarnya di Semenanjung sudah 4-0, bermula Permatang Pauh, Kuala Terengganu, seterusnya Bukit Gantang dan Bukit Selambau), tetapi kejayaan Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dalam pilihan raya kecil semalam, 7 April, lebih terasa manis dan lazatnya.Memang cukup mendebarkan. Ya, persaingan yang sengit dan sukar diramal. Malah lebih ramai menjangkakan Nizar bakal kecundang ekoran tidak mendapat sokongan majoriti pengundi Melayu. Isu-isu seperti tohmahan menjadi "boneka DAP" dan "sembah derhaka" dibimbangi berjaya mempengaruhi pengundi untuk kembali menyokong BN. Tidak sedikit teman-teman yang turun berkempen di Bukit Gantang meluahkan rasa curiga terhadap kemampuan Nizar untuk memenangi hati pengundi Melayu.

"Ada kawasan Melayu yang kita langsung tak dapat masuk untuk berkempen. Malah, banyak rumah yang menaikkan bendera Umno dan BN. Jentera BN juga agak agresif berkempen," lapor wartawan Harakah Perak. "Tak ramai orang yang hadir dalam program ceramah kita, kadang-kadang hanya sekitar 50 orangdalam program melibatkan pimpinan tertinggi," tambahnya lagi.Di samping itu, kehadiran Dr Mahathir Mohamad di hari akhir kempen pula dikatakan boleh menyebabkan pengundi bukan Melayu memikirkan semula sokongan terhadap calon Pakatan Rakyat. Tidak kurang juga yang membayangkan "situasi terburuk" jika ada pengundi yang terpengaruh dengan beberapa langkah awal Dato' Seri Najib Razak, yang baru empat hari mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Saya pula memang tidak suka meletakkan harapan tinggi kepada sesuatu impian bimbang kecewa akhirnya.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Rakyat tolak politik kotor BN

Bersyukur kehadrat Allah SWT setelah kita semua bertungkus-lumus berusaha akhirnya dengan keizinan-Nya, Parti Islam SeMalaysia (PAS) dianugerahkan kemenangan dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang melalui calon parti, Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.Sesungguhnya kemenangan ini adalah sangat bermakna buat PAS dan Pakatan Rakyat (PR) khasnya di Perak kerana ia membuktikan bahawa rakyat menolak sama sekali amalan kotor 'politik pintu belakang' yang direncanakan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) sehingga menjatuhkan kerajaan negeri yang dipilih dan diberikan mandat oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu.

Mudah-mudahan kemenangan ini akan menyedarkan semua pihak bahawa satu-satunya penyelesaian kepada konflik politik dan perlembagaan yang sedang dihadapi di negeri Perak Darul Ridzuan adalah dengan cara membubarkan Dewan Undangan Negeri dan seterusnya menyerahkan kembali mandat untuk diputuskan oleh rakyat dalam pilihan raya kerusi DUN di seluruh Perak.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Manikumar berjanji laksana Piagam Calon

SUNGAI PETANI - Calon KeADILan, S. Manikumar yang memenangi Pilihan raya Kecil (PRK) Dun N.25 Bukit Selambau berjanji akan melaksanakan semua janji-janji yang termaktub di dalam piagam calon beliau.Pertamanya, beliau akan menunaikan janjinya untuk membuak pusat khidmat rakyat dalam masa 48 jam selepas diumumkan sebagai pemenang dalam PRK tersebut.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pengundi di Dun Bukit Selambau yang telah memilihnya sebagai wakil rakyat dan mempercayainya untuk memimpin mereka pada masa hadapan."Saya juga ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera yang telah bekerjasama dengan saya selama ini. Juga terima kasih kepada jentera PAS dan DAP yang turut membantu," ujarnya kepada wakil media selepas diisytiharkan sebagai pemenang dalam PRK tersebut.

Untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Kemenangan, satu pengiktirafan golongan muda

KUALA LUMPUR - Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mat Akin berpandangan referendum rakyat khususnya referendum golongan muda telah memberi pengiktirafan kepada calon muda, S. Manikumar yang akan membawa mandat rakyat Bukit Selambau dan keseluruhan rakyat negeri Kedah.Beliau menegaskan kemenangan tersebut juga merupakan perjuangan untuk melakukan perubahan kerana calon yang dipilih bukan sekadar wakil rakyat tetapi bertanggungjawab melakukan perubahan pentadbiran pada politik negara.

Sementara itu, Shamsul Iskandar juga berpendapat kemenangan tersebut juga terus memperkasa pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah serta mengubah sebuah pentadbiran yang 'bobrok' dan korup."Ini juga membuktikan pengaruh Tun Dr Mahathir sudah tidak lagi relevan dalam politik Malaysia yang mana Bukit Selambau serta Bukit Gantang menguburkan beliau,"katanya. - mks._

Harakah Online Preview : Rakyat hilang kepercayaan pada Umno-BN

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi menyifatkan kemenangan Pakatan Rakyat di Bukit Gantang dan Bukit Selambau memperlihatkan lanskap politik Malaysia sudah berubah.Ini ujarnya, kebangkitan kuasa rakyat sudah bermula dan secara terang-terangan tempat dalam era politik Malaysia yang berusia lima puluh tahun ini beralih arah.Kemenangan calon PAS Dato' Seri Muhamad Nizar Jamaluddin di Bukit Gantang dan calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), S Manikumar di Bukit Selambau menunjukkan kepercayaan kurafat yang Barisan Nasional (BN) saja mampu majukan negara dan perpaduan antara kaum negara ini terjamin ditolak rakyat pelbagai kaum.

"Rakyat sebenarnya hilang kepercayaan sama ada Umno mahupun BN membuktikan mereka berubah dan rakyat hilang kepercayaan sebab 50 tahun bukan tempoh singkat untuk memberikan mana-mana pihak membukti keupayaan mereka," katanya yang dihubungi Harakah Selasa lalu.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Syabas kerana rakyat tetap bersama Pakatan Rakyat

Alhamdulillah, saya panjatkan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T di atas kemenangan pilihanraya kecil pada 7hb April 2009.Syabas saya ucapkan kepada pengundi di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. Sokongan yang anda berikan menjadi bukti kekuatan rakyat untuk berani berhadapan dengan kekuasaan. Undi yang telah anda berikan untuk Pakatan Rakyat menjadi saksi akan kemahuan yang kuat menuntut Perubahan.

Tahniah saya ucapkan kepada para calon dan petugas Pakatan Rakyat kerana bekerja keras untuk memastikan kejayaan hari ini. Kemantapan kerjasama di antara Parti Keadilan Rakyat, PAS dan DAP semakin hari semakin utuh.Kemenangan di Bukit Selambau dan Bukit Gantang serta sokongan pengundi Batang Ai membuktikan rakyat masih yakin terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat untuk terus menerajui perjuangan menuntut Perubahan bagi mencipta Malaysia Baru yang adil dan saksama.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Rakyat tolak politik kotor BN

Bersyukur kehadrat Allah SWT setelah kita semua bertungkus-lumus berusaha akhirnya dengan keizinan-Nya, Parti Islam SeMalaysia (PAS) dianugerahkan kemenangan dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang melalui calon parti, Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.Sesungguhnya kemenangan ini adalah sangat bermakna buat PAS dan Pakatan Rakyat (PR) khasnya di Perak kerana ia membuktikan bahawa rakyat menolak sama sekali amalan kotor 'politik pintu belakang' yang direncanakan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) sehingga menjatuhkan kerajaan negeri yang dipilih dan diberikan mandat oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu.

Mudah-mudahan kemenangan ini akan menyedarkan semua pihak bahawa satu-satunya penyelesaian kepada konflik politik dan perlembagaan yang sedang dihadapi di negeri Perak Darul Ridzuan adalah dengan cara membubarkan Dewan Undangan Negeri dan seterusnya menyerahkan kembali mandat untuk diputuskan oleh rakyat dalam pilihan raya kerusi DUN di seluruh Perak.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Kemenangan, satu referandum rakyat terhadap BN

SUNGAI PETANI,8 April (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar menyifatkan kemenangan Pakatan Rakyat dalam Pilihan raya Kecil (PRK) di dua kerusi Dun Bukit Selambau dan parlimen BUkit Gantang sebagai satu referandum yang jelas dari rakyat kepada kerajaan BN di bawah kepimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak.Katanya, keputusan tersebut memberikan isyarat yang jelas bahawa restu rakyat adalah kepada Pakatan Rakyat tidak seperti slogan BN yang memohon restu rakyat.

"Ini juga bermakna BN perlu insaf untuk tidak lagi melakukan sebarang provokasi dan perampasan kuasa tanpa restu rakyat. Restu rakyat hanya boleh diperolehi melalui proses pilhanraya dan bukannya melalui perampasan, sogokan atau rasuah.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Kalah dua bukit, rakyat semenanjung tolak Najib

Analisis) : Sah! rakyat memilih untuk terus bersama Pakatan Rakyat bagi dua kerusi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dun Bukit Selambau.Dalam keputusan rasmi Parlimen Bukit Gantang, calon PAS, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meraih 21,860 undi, manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi, dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris hanya 62 undi. Dengan itu Nizar diisytihar menang dengan majoriti 2,789 undi.

Sementara calon KeADILan, S Manikumar menang dengan 12,632 undi, BN 10,229. Majoriti 2,403 undi.Keputusan dua bukit yang sangat menggetirkan ini membawa satu lagio dimensi nbaru kepada politik tanahair tatkala kononnya Umno mahu melakukan 'reform' selepas metabalkan Dato'Seri Najib Tun Razak selaku Presiden baru mereka.Walaupun pada awalnya ramai penganalisis politik menjangkakan Najib memberi suntikan baru kepada dunia politik Umno/Bn, malangnya keputusan dua bukit sama sekali menafikan perihal analisa awal itu.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Keputusan Rasmi 3 Piliharanraya kecil 7 April 2009

BUKIT GANTANG: PAS MENANG

Keputusan rasmi, calon PAS, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meraih 21,860 undi, manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi, dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris hanya 62 undi. Dengan itu Nizar diisytihar menang dengan majoriti 2,789 undi.

BUKIT SELAMBAU: KEADILAN MENANG
Keputusan rasmi: KeADILan 12,632 undi, BN 10,229. Majoriti 2,403 undi. Sejumlah 415 undi rosak. Peratus keluar mengundi 70%. Kesemua calon Bebas hilang wang pertaruhan.


BATANG AI: BN MENANG
BN menang di Batang Ai dengan majoriti besar - 1,854 undi.(sumber bukan dari harakahdaily)

Harakah Online Preview : Buktikan kerjasama,bersatu tolak BN!

SUNGAI PETANI, 7 April (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru pengundi pelbagai kaum bersatu membuat perubahan dan membuktikan kerjasama serta persefahaman dengan menolak Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil ini.Nasihat beliau, jangan ada syak wasangka dan tidak percaya antara satu sama lain kerana sikap itu akhirnya membolehkan BN tetap kekal memerintah.Ujar Tuan Guru, PAS telah menang di Bukit Gantang pada pilihan raya lalu bukan sahaja dengan undi orang Melayu tetapi juga hasil sokongan orang India dan Cina.

"Hari ini orang India dan Cina menunjukkan sokongan yang lebih hebat di Bukit Gantang. Jangan pula kita orang Melayu di Bukit Selambau tidak ada semangat nak sokong calon kita ini (S Manikumar)."Di Bukit Gantang kita nak menang, Bukit Selambau kita biar macam itu sahaja, itu tidak adil. Kita orang Melayu di sini undi calon India kita dan orang India dan Cina di sana undi calon PAS Bukit Gantang."Buktikan kerjasama kita, buktikan persefahaman kita, buktikan kita bersatu untuk membuat perubahan dalam pilihan raya," tegas beliau yang disambut laungan takbir lebih 5,000 hadirin pada ceramahnya di Taman Ria Jaya, di sini semalam.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Petugas Umno RM300 petugas atasan ratus ribu

CHANGKAT JERING - Bekas Ketua Bahagian Umno Petaling Jaya, Dato' Zahar Hashim secara sinis menasihatkan semua bilik gerakan Umno di Bukit Gantang ditutup kerana petugasnya hanya mendapat RM300 seorang selama 10 hari.Katanya, ini berbeza dengan calon Adun yang mendapat wang sebanyak RM500,000 dalam tempoh 10 hari bertugas pilihan raya.Beliau berkata demikian ketika berceramah di Taman Indah, Bukit Gantang malam tadi.

Ketika beliau berada dalam Umno peruntukkan sebanyak RM800,000 diberikan kepada Umno Bahagian Taman Medan, Petaling Jaya tetapi petugas hanya mendapat RM500 sahaja untuk 10 hari.Manakala wang selebihnya, tambah beliau disimpan oleh calon dan Ketua Bahagian Umno."Saya menyeru petugas Umno di sini balik dan tutup bilik gerakan kerana upah yang diterima sedikit dan tidak tahu sumber itu halal atau tidak," katanya.Beliau yakin calon PAS dan KeADILan akan menang dan itu menunjukkan isyarat kejatuhan kerajaan BN yang telah memerintah selama 51 tahun. _

Harakah Online Preview : Hati-hati provokasi BN di saat akhir!

SUNGAI LALANG - Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua merayu kepada para petugas Pakatan Rakyat agar tidak memberi reaksi terhadap provokasi oleh para penyokong BN menjelang hari pengundian pada Pilihan Raya Kecil N.25 Dun Bukit Selambau.
Menurut beliau, semua itu merupakan satu perangkap yang boleh mengalih tumpuan dan fokus kepada pilihan raya serta mewujudkan rasa takut kepada rakyat sekaligus mengganggu prosedur pengundian.Tian turut merayu kepada pihak polis agar dapat bertindak secara tegas dan profesional untuk mengelakkan segala konfontasi dan kekacauan.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Cubaan kelirukan pengundi,SPR bersekongkol bantu BN

SUNGAI LALANG - Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang jelas tidak profesional dan sengaja menyusun prosedur-prosedur pengundian untuk memberi kelebihan kepada Barisan Nasional.Beliau menegaskan demikian sebagai merujuk kepada tindakan SPR tidak meletakkan nombor giliran pada kertas undi bagi Pilihan Raya Kecil N.25 Dun Bukit Selambau."Ini jelas SPR bersekongkol dan menerima arahan daari penasihat-penasihat BN. Ini tidak konsisten kerana di Bukit Gantang dan Batang Ai susunannya berbeza dan setahu saya nombor giliran akan dicetak dalam kertas undi dalam dua pilihan raya lain.

"Kenapa (di sini) yang begitu ramai calon, yang boleh mengelirukan pengundi, tidak diletakkan nombor? Bukan sahaja calon kita tetapi calon-calon Bebas juga akan hadapi masalah."Tidak ada maknanya kita cabut undi dan nombor itu tidak diguna pakai selepas kita cabut undi," ujarnya pada sidang media di Yayasan Aman semalam.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Perihal ayat Quran, tarian dan kongsi gelap!

Bukit Gantang, 7 April (Hrkh) - Penggunaan ayat al-Quran oleh Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming Rakyat memberi kesan positif kepada Islam apabila bukan Islam turut berminat dan yakin dengan al-Quran.Demikian ditegaskan Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali sewaktu sidang akhbar di Markas PAS Air Kuning, dekat sini. Turut hadir ialah Pengarah Pilihan raya PAS Bukit Gantang, Asmuni Awi.

Beliau menegaskan, BN yang sudah lama bergabung dengan MCA dan MIC usahkan hendak membaca al-Quran tetapi susah hendak memberi salam.Menjawab desakan wartawan sama ada PAS melarang atau merupakan strategi kempen, Mustafa menegas PAS tidak pernah memberi sebarang arahan atau strategi peimpinan pakatan rakyat bagi pimpinan Pakatan Rakyat bukan Islam menggunakan ayat Quran dalam kempen."Jika Umno mengatakan pimpinan Pakatan Rakyat bukan beragama Islam tidak boleh menggunakan ayat al Quran dalam ceramah, terdapat unsur-unsur memisahkan agama dengan politik,"katanya.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Petugas BN berlagak samseng,ugut guna parang!

SUNGAI LALANG - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan, Animah Ferrar mendakwa bahawa petugas Barisan Nasional (BN) telah bertindak di luar batas demokrasi apabila menghalang petugas Parti KeADILan Rakyat untuk menurunkan kain pemidang yang bersifat serangan peribadi kepada Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.Bercakap kepada media di Yayasan Aman, di sini semalam katanya, kain pemidang tersebut yang tidak mempunyai logo mana-mana parti itu dipasang di Taman Bandar Baru, di sini.

"Baru sempat menanggalkan 'banner' pertama, kami didatangi lebih kurang 15 orang yang sebelum itu berada di hadapan Bilik Gerakan BN dan hampir kesemua mereka memakai baju BN. Mereka memaki-maki kami secara kasar dan melarang kami menanggalkan 'banner' itu."Apabila kami katakan 'banner' itu melanggar peraturan pilihan raya, mereka mengatakan 'banner' itu dipasang oleh Umno, bukannya mereka (MIC)," ujar Animah membacakan kenyataannya.Katanya, kumpulan beliau seterusnya bergerak untuk merayu undi tetapi dihalang oleh petugas BN terbabit secara keras dan ganas serta menegaskan bahawa petugas KeADILan tidak dibenarkan memasuki kawasan tersebut kerana mendakwa kawasan itu milik mereka.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Faktor kemenangan PAS di Bukit Gantang

Berdasarkan mood pengundi yang disokong oleh rakyat Perak dari pelbagai kaum, Pakatan Rakyat boleh diisytihar menang! Kenyataan ini boleh dikongsi bersama berasaskan senario yang wujud di Bukit Gantang.Berdasarkan sambutan pada penamaan calon yang menyebelahi Pakatan Rakyat apabila perarakan itu disertai kira-kira 50 ribu rakyat yang datang menzahirkan sokongan tinggi terhadap Dato Seri Mohammad Nizar Jamaludddin (Ir Mohd Nizar) selaku calon. Pada pusingan awal ini, majoriti mood rakyat yang disokong oleh senario hangat politik Perak sejak berlaku rampasan mandat rakyat pada 5-6 Februari lalu boleh diratingkan sebagai menang Pakatan Rakyat.

Kesannya rakyat telah bangkit (dalam perarakan calon Pakatan Rakyat) bagi menyatakan bangkangan terhadap tindakan anti sistem yang dimulakan oleh Dato' Seri Mohd Najib yang menggunakan taktik permainan kotor.Apabila berlakunya pilihan raya kecil Bukit Gantang, maka ruang terbuka luas bagi rakyat membuktikan mandat rakyat pada pilihan raya umum 2008 adalah masih kekal.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Orang Melayu Perak turut dapat tanah

BUKIT GANTANG - Penganugerahan hak milik tanah kepada rakyat Perak berketurunan Cina dijadikan modal oleh BN untuk membangkitkan isu perkauman dan kemarahan pengundi Melayu kepada Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin.Nizar dituduh sebagai 'Menteri Besar Boneka DAP' kerana memberikan tanah kepada orang Cina sahaja.Tohmahan ini disebarkan di Bukit Gantang oleh para pemimpin Umno yang gilakan kuasa dan mahu mempertahankan rampasan kuasa yang mereka lakukan.Bagaimanapun tohmahan itu tidak mudah ditelan rakyat negeri ini.

Penduduk di Kampung Kurnia Jaya, Taiping contohnya tahu pemimpin mana yang membela nasib mereka dan pemimpin mana yang hanya menabur janji."Kampung Kurnia Jaya ini dahulu tapak bekas lombong, selama 30 tahun kampung ini menjadi tanah setinggan, penduduk di sini sering kali dijanjikan dengan geran hak milik setiap kali pilihan raya oleh pemimpin pemimpin Umno," kata Ketua Kampung Rahmah dan Kampung Kurnia Jaya, Yahya Sidek.Penduduk katanya sudah bosan dengan janji-janji Umno yang hanya pandai berjanji tetapi tidak pernah mengotakannya.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : AMK lancar jentera tangkap pengundi hantu

BUKIT SELAMBAU - Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) membenarkan semua jentera parti dan orang awam menangkap mana-mana individu yang disyaki pengundi hantu di hari pembuangan undi N25 Bukit Selambau esok.Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam kenyataannya memberitahu, memang dibolehkan mengikut undang-undang orang awam menahan mana-mana penjenayah untuk di bawa kepada polis.

"Hari ini saya lancarkan jentera penangkap pengundi hantu dan mulai besok semua ada hak untuk melaksanakan tugasan itu dengan baik. Bila saja syak bukan orang tempatan yang buang undi sila tangkap dan serah pada pasukan polis. Jangan pukul pula.. itu dah jadi kes lain, " terangnya diiringan laungan reformasi dari petugas yang hadir.Menurut beliau, terdapat dua punca utama kejayaan Pakatan Rakyat di dua pilihanraya kecil sebelum ini samada di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu iaitu menghalang kemunculan pengundi hantu.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : PAS mampu menang dengan pertambahan majoriti

BUKIT GANTANG, 4 April (Hrkh) - PAS mampu mempertahankan kemenangannya di Bukit Gantang pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang pada 5 April ini walaupun mendapat tentangan yang sengit dari pihak BN.Demikian dinyatakan oleh Yang Dipertuanya Ustaz Nordin Jaafar dalam satu pertemuan dengan wartawan Harakah di sini semalam.

Menurutnya berdasarkan perkembangan terkini, sokongan yang diperolehi calon PAS mampu meraih kemenangan pada pilihan raya kecil ini dengan pertambahan majoriti."Kita menjangkakan pertambahan undi dari kalangan kaum Cina dan India, dalam masa yang sama kita cuba meningkatkan sokongan pengundi Melayu kepada calon PAS, dengan ini calon PAS tidak ada masalah besar untuk menang ," ujarnya.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Tamparan pada BN, Naib Presiden PPP sertai KeADILan

SUNGAI LALANG - Barisan Nasional (BN) menerima tamparan hebat menjelang Pilihan Raya Kecil yang akan diadakan 7 April ini apabila Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Dato' V.Nadarajan keluar daripada parti itu dan menyertai KeADILan.Bersama penyertaan beliau itu ialah 6,000 ahli PPP di Kedah sekaligus membubarkan enam daripada 11 bahagian parti itu di Kedah iaitu Bahagian Alor Setar, Kubang Pasu, Kuala Kedah, Pokok Sena, Kulim, Baling, Sungai Petani dan Merbok. Daripada jumlah itu, seramai 1,500 ahlinya adalah dari Dun Bukit Selambau.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : aktik melampau: Cuba gambarkan PAS ganas, bakar kereta polis!

BUKIT GANTANG, 5 April (Hrkh) - Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat,Dato' Mustafa Ali mendedahkan perbuatan melampau BN menjelang hari mengundi untuk menggambarkan PAS bertindak ganas sekaligus ianya akan dijadikan isu untuk 'pukulan maut' BN pada saat sat akhir bagi memenangkan calon BN."Kita mendapat maklumat pihak tertentu akan mengumpulkan kereta-kereta polis yang lama dan diletakkan di sebuah balai polis untuk dibakar kononnya kereta itu dibakar oleh orang PAS," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Markas Induk PAS, Air Kuning semalam.Apabila ditanya oleh wartawan dari mana beliau mendapat maklumat itu, Mustafa merahsiakan dari mana maklumat itu diperolehinya, tetapi beliau mahu pihak polis menyiasat perkara itu."Tujuan kita dedahkan ini kepada media agar pihak polis menyelidikinya agar kejadian itu dapat ditegah dan mengenalpasti pihak mana yang melakukannya," katanya.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : "Tanah SAR diguna untuk bina bangunan Umno?

GEORGETOWN - "Usah pilih Barisan Nasional (BN) lagi untuk menerajui rakyat negara ini sebab mereka sering menyalahgunakan kuasa yang ada untuk kepentingan parti yang kian karam, " Itulah kata-kata Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Tanjung, Rashidi Salim pada Harakahdaily mengingatkan para pengundi di Dewan Undangan Negeri (Dun) N25 Bukit Selambau, Kedah dan P059 Parlimen Bukit Gantang, Perak.Beliau menegaskan, sebab utama penolakan BN itu adalah kerana sikap kepimpinan mereka yang diterajui Umno dilihat terlalu angkuh serta tidak menghormati keputusan Kerajaan Negeri walaupun diera pemerintahan mereka sendiri.

Contohnya di Pulau Pinang, terdapat sebidang tanah yang diluluskan oleh Kerajaan BN pada tahun 2002 untuk pembinaan Sekolah Agama Rakyat (SAR) disalahgunakan apabila Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) mengizinkan bangunan Umno dibina di situ dua tahun kemudian.Walhal Pengurusan SAR berkenaan pernah memohon kepada kerajaan untuk membina bangunan SAR yang diwakafkan pada tahun 1997 namun tidak dihiraukan.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah online Video: RAKYAT KAGUMI SERBA SERBI TENTANG NIZAR

berikut adalah video "RAKYAT KAGUMI SERBA SERBI TENTANG NIZAR"

Harakah Online Preview : Awas,jangan terpedaya dengan Najib!

BUKIT SELAMBAU, 4 April (Hrkh) - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim yakin rakyat negara ini tidak mudah terpukau dan terpedaya dengan tindakan Perdana Menteri keenam Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak melepaskan 13 mangsa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan penarikan balik pengantungan permit akhbar alternatif Harakah dan Suara Keadilan sebaik sahaja pelantikannya semalam.Sebaliknya rakyat harus sedar lazimnya, sikap sedemikian merupakan lumrah untuk mencari kelainan terhadap kepimpinan lepas selain ingin menarik perhatian umum untuk berbaik dengan rakyat sesuai dengan slogan baru 'Bersatu Untuk Semua'.

"Rakyat usah terpukau dengan langkah Dato' Seri Najib bila melepaskan 13 mangsa yang terkurung lama dalam ISA serta membenarkan semula dua akhbar alternatif sebaik saja pelantikanya sebagai Perdana Menteri keenam negara, " jelasnya ketika ditemui selepas berucap dalam program ceramah perdana di Bukit Selambau semalam.Turut berucap sama dalam program itu ialah Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak.

untuk brita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Isu tanah: Penduduk kesal dipermainkan BN selama 50 tahun

BUKIT SELAMBAU - Penduduk Pekan Bukit Selambau berterima kasih pada Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah kerana sudi menyelesaikan masalah hak milik tanah yang selama ini menjadi mainan politik Kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak 50 tahun lalu.Rata-rata yang ditemui tersenyum lebar dan lega kerana apa yang diinginkan sejak puluhan tahun kini akan menjadi kenyataan.Menurut mereka, setiap kali menjelang pilihan raya umum terdapat beberapa orang petugas datang mengukur keluasan tanah kononnya akan dijadikan tanah berstatus TOL dan kekal berbanding selama ini dibiarkan tanpa sebarang jawapan walhal sudah beberapa kali penduduk terbabit mengisi borang permohonan.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Isu tanah: Penduduk kesal dipermainkan BN selama 50 tahun

BUKIT SELAMBAU - Penduduk Pekan Bukit Selambau berterima kasih pada Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah kerana sudi menyelesaikan masalah hak milik tanah yang selama ini menjadi mainan politik Kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak 50 tahun lalu.Rata-rata yang ditemui tersenyum lebar dan lega kerana apa yang diinginkan sejak puluhan tahun kini akan menjadi kenyataan.Menurut mereka, setiap kali menjelang pilihan raya umum terdapat beberapa orang petugas datang mengukur keluasan tanah kononnya akan dijadikan tanah berstatus TOL dan kekal berbanding selama ini dibiarkan tanpa sebarang jawapan walhal sudah beberapa kali penduduk terbabit mengisi borang permohonan.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Peralihan kuasa Abdullah-Najib tidak pengaruhi pengundi

BUKIT SELAMBAU - Pengarah Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri N25 Bukit Selambau, Dato' Johari Abdul yakin peralihan kuasa yang berlaku antara Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Najib Tun Razak tidak akan mempengaruhi pengundi pada pilihan raya kecil Dun berkenaan pada 7 April nanti.Menurutnya, pengaruh Najib nyata tidak sehebat Abdullah ketika mula memimpin negara daripada era kezaliman rejim Mahathir Mohamad di mana waktu itu angin perubahan dalam Umno bertiup kencang kononya kepimpinan mereka berasal daripada keluarga tokoh ulama.

Lagipun waktu itu, ketrampilan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) tidak muncul ekoran masih ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)."Rakyat sudah bosan dengan persoalan yang wujud dalam organisasi Umno. Maka, peralihan kuasa dari siapa kepada siapa tidak timbul yang penting rakyat tidak lagi menaruh kepercayaan pada pemerintah," ujarnya.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Laporan media perdana ibarat 'pi mai-pi mai tang tu'

SUNGAI PETANI - Berita yang dipaparkan oleh media arus perdana dalam musim pilihanraya kecil ini dianggap seperti "Pi Mai Pi Mai Tu" kata Ketua Pemuda DAP, Loke Siew Fook."Ini kerana ianya adalah sebuah drama politik. Pengarahnya adalah Umno, pelakonnya Umno. Ini kerana tiap-tiap malam hanya pemimpin Umno dan MIC sahaja yang keluar di kaca televisyen."Ini nampak macam pilihanraya kecil ini hanya satu orang saja yang lawan, macam 14 orang calon lain sudah mati," katanya.Justeru beliau menyarankan agar setiap calon yang bertanding di dalam pilihanraya diberikan hak kepada semua calon yang bertanding untuk menyuarakan hak masing-masing.

"Bukan kepada calon KeADILan saja tapi juga kepada calon bebas. Mengapa hanya satu calon sahaja yang keluar tv sampai 3-4 kali sehari. Berilah peluang sama rata kepada semua calon untuk menyuarakan pandangan mereka. Samada rakyat mahu pilih atau tidak itu bukan soalnya," ujarnya lagi.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Hak milik diberi kepada 120 penduduk Bukit Selambau

SUNGAI LALANG, 3 April (Hrkh) - Kerajaan Negeri Kedah mengumumkan untuk memberikan hak milik tempat tinggal kepada kira-kira 120 orang penduduk di Pekan Bukit Selambau selaras dengan janji Pakatan Rakyat untuk memenuhi keperluan asas penduduk.Perkara tersebut dinyatakan oleh Exco Kanan Kerajaan Negeri, Dato' Ir. Amiruddin Hamzah setelah masalah berkenaan ditimbulkan penduduk di sana semasa kempen pilihanraya kecil Dun Bukit Selambau beberapa hari lalu."Penduduk di Pekan Bukit Selambau belum mendapat hak milik tempat tinggal mereka termasuk rumah kedai. Ada yang sudah masuk generasi ketiga tetapi belum mendapat hakmilik kediaman."Dulu mereka sudah memohon dari kerajaan negeri , dah isi borang, datang buat siasatan kemudian diam. Nak pilihanraya isi borang lagi, begitulah berterusan sampai kini," jelasnya dalam sidang media bersama pimpinan Pakatan Rakyat di Bangunan Yayasan Aman di sini baru-baru ini.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Hak milik diberi kepada 120 penduduk Bukit Selambau

SUNGAI LALANG, 3 April (Hrkh) - Kerajaan Negeri Kedah mengumumkan untuk memberikan hak milik tempat tinggal kepada kira-kira 120 orang penduduk di Pekan Bukit Selambau selaras dengan janji Pakatan Rakyat untuk memenuhi keperluan asas penduduk.Perkara tersebut dinyatakan oleh Exco Kanan Kerajaan Negeri, Dato' Ir. Amiruddin Hamzah setelah masalah berkenaan ditimbulkan penduduk di sana semasa kempen pilihanraya kecil Dun Bukit Selambau beberapa hari lalu."Penduduk di Pekan Bukit Selambau belum mendapat hak milik tempat tinggal mereka termasuk rumah kedai. Ada yang sudah masuk generasi ketiga tetapi belum mendapat hakmilik kediaman."Dulu mereka sudah memohon dari kerajaan negeri , dah isi borang, datang buat siasatan kemudian diam. Nak pilihanraya isi borang lagi, begitulah berterusan sampai kini," jelasnya dalam sidang media bersama pimpinan Pakatan Rakyat di Bangunan Yayasan Aman di sini baru-baru ini.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Berubah atau rebah, tunggulah Selasa ini

KOTA BHARU - Berubah atau rebah yang menjadi inti ucapan Perdana Menteri baru pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, sebenarnya sejak awal lagi disedari rakyat.Berubah apabila kebebasan suara yang dipertahankan di zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi direntap kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak 5 Febuari lalu.Tanda-tanda rebah pula semakin jelas apabila BN terpaksa menggunakan seluruh tenaga birokrasi, profesor dan media sehingga 24 jam sehari menyerang Pakatan Rakyat.Dan akhirnya BN benar-benar rebah apabila pensyarah bidang sosiologi dan multimedia bercakap isu politik. Mereka diheret muncul di kaca televisyen bagi menggayang Pakatan.Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong (BBC) Kerajaan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat berkata, apa yang berlaku menjelang pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh dan Kuala Terengganu diulang tayang semula sekarang.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Masyarakat India tak mahu ketinggalan

BUKIT SELAMBAU - "Kami tidak mahu ketinggalan dalam setiap pembangunan memandangkan kami juga rakyat Malaysia yang harus diutamakan, " ujar Sivalingam dari Kampung Tanah Seribu.Menurutnya, jika mengharapkan Barisan Nasional (BN) masalah kemiskinan dan pengganguran tetap tidak berubah malah bertambah teruk begitu juga dengan nasib ibu tunggal.Penduduk Kampung Kongsi Enam, Encik Siva juga kecewa dengan janji BN yang mahu meningkatkan taraf hidup penduduk India tetapi bila menang semuanya tinggal kenangan.Sudah 51 tahun BN menjanjikan kemajuan seiring dengan perkembangan pesat Malaysia namun tiada apa pun yang dikotakanya melainkan diperolehi oleh golongan yang rapat dengan MIC.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Slogan 'pohon restu rakyat' sandiwara terdesak BN

BUKIT SELAMBAU, 2 April (Hrkh) - Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Firdaus Jaafar menyelar Barisan Nasional dan menyifat slogan yang digunakan untuk menarik sokongan rakyat di Bukit Selambau dan Bukit Gantang sebagai satu lagi sandiwara terdesak BN untuk menipu rakyat.Beliau mempersoalkan mengapa pada waktu kritikal disaat sokongan rakyat terhadap BN terhakis, baru BN hendak memohon restu rakyat."Kenapa semasa menaikkan harga minyak, menaikkan harga barang, naikkan tol dan merampas kerajaan negeri Perak, BN tidak meminta restu rakyat?" soal beliau.Firdaus yang juga Ketua Penerangan Pilihan Raya bagi jentera PAS percaya rakyat di Bukit Selambau dan Bukit Gantang tidak akan mudah tertipu dengan sandiwara BN.Katanya, BN seolah-olahnya seperti 'harimau kelaparan yang tersepit' yang akan membaham orang yang melepaskannya.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Skuad Sejahtera KeADILan bantu calon di Bukit Selambau

BUKIT SELAMBAU, 1 April (Hrkh) - Penubuhan 'Skuad Sejahtera' sepenuh masa oleh jentera Angkatan Muda KeADILan Negeri Kedah diyakini dapat membantu calon Pakatan Rakyat, S Manikumar mendekati rakyat dengan lebih teratur di mana sahaja.Timbalan AMK Kedah, Azman Nasrudin menambah, seramai 25 orang diletakan di bawah pasukan tersebut yang senantiasa bergerak setiap minit menyampaikan maklumat calon, perjuangan parti dan mesej Pakatan Rakyat kepada pengundi tanpa kira suasana.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Biayai lawatan Khir, keluarga sejumlah RM1.6 juta

KUALA LUMPUR-Bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo dan keluarganya serta pegawai kerajaan negeri yang lain, membelanjakan hampir RM1.6 juta untuk membiayai dua lawatan ke luar negara, termasuk lawatan ke Paris dan Orlando Disneyland.Senarai perbelanjaan itu termasuk lawatan pada tahun 2004 ke Disneyland Paris dan persinggahan transit selama empat hari di Dubai.Perkara ini didedahkan dalam siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) semalam.Antara pendedahan mengenai lawatan keluar negeri itu, dalam tempoh antara 17 hingga 24 Disember 2004 ialah:

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Nizar tidak rampas pembesar suara

TAIPING - Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali menyangkal tuduhan yang sengaja dibuat oleh Menteri Besar Kudeta BN, Dato' Zambry Abdul Kadir seperti yang disiarkan oleh media arus perdana yang mengatakan Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin merampas pembesar suara dari imam untuk memberikan ceramah di Masjid Simpang."Apa yang berlaku sebenarnya di masjid Simpang, imam yang bertugas hari itu telah menyerahkan pembesar suara kepada Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, bukannya Nizar rampas seperti yang didakwa oleh Zamri sekaligus juga Nizar tidak merampas majlis solat hajat dan tahlil anjuran BN semalam," jelasnya..Dato' Mustafa Ali berkata demikian dalam sidang media di Markaz PAS Negeri Air Kuning semalam.

untuk berita lnjut, sila klik disini

versi video penerangan

Harakah Online Preview : Peralihan kuasa tidak datangkan kesan ubah kelemahan Umno - Mahfuz

KUALA LUMPUR, 1 April (Hrkh) - Perubahan yang kononnya berlaku dalam Umno selepas peralihan kuasa hanyalah mainan media sahaja, walhal parti itu tidak berubaha sama sekali, kata Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar."Rakyat melihat kononya ada perubahan dalam umno kerana adanya promosi yang dimainkan media arus perdana yang memberi gambaran bahawa peralihan ini membawa satu perubahan besar khsusunya dari segi persepsi kepimpinan yang kononnya bersih dan ada intergriti."Ini yang dipaparkan media untuk promosikan, Umno gunakan ini untuk kempen pilihan raya kecil (PRK) di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, sementara di Batang Ai isu ini tak berapa timbul kerana di sana tiada Umno.

untuk brita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview : Siswa anjurkan kempen sedarkan pengundi Bukit Gantang

KAMUNTING - Kerana mahu melihat perubahan dalam landskap politik negara Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengerahkan ahli-ahlinya berkampung di Bukit Gantang bagi memastikan kemenangan berpihak kepada calon PAS, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin.Sebagai permulaan SMM bersama Gabungan Anak Muda Islam Semalaysia (Gamis) pada 29 Mac lalu telah menghantar 300 mahasiswa dari pelbagai universiti di Lembah Klang ke Bukit Gantang.Mengedarkan risalah politik yang menerangkan kerakusan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada pengundi Cina di Kuala Sepetang merupakan antara aktiviti yang dijalankan pada petang hari tersebut selepas selesai penamaan calon pada sebelah pagi.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah online Video: Profil Calon PAS P.059 Bukit Gantang - Mohammad Nizar Jamaluddin

Sesi mengenali Calon Pas Bukit Gantang. Mohammad Nizar Jamaluddin

Harakah online Video: Jauhi pemikiran jahat Umno-Nik Aziz

Pesanan Tuan Guru Nik Aziz