tag:blogger.com,1999:blog-75892724964064820652024-03-14T17:03:46.945+08:00Dunia Harakah Online -> Info Alternatif AndaUnknownnoreply@blogger.comBlogger432125tag:blogger.com,1999:blog-7589272496406482065.post-82952523877153728952013-01-14T17:52:00.003+08:002013-01-14T17:53:16.304+08:00Harakah Online Preview: Peserta HKR112 sumbang lebih RM280,00014 Jan 2013

KUALA LUMPUR: Lebih RM280,000 sumbangan wang dikumpulkan pada Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), Sabtu lalu.

Menurut
Pengarah Jawatankuasa HKR, Mohamad Sabu, jumlah tersebut dapat
dikumpulkan sejurus beliau mengumumkan dan melancarkan kutipan derma di
Stadium Merdeka.

"Maknanya, dalam masa yang singkat, para peserta
begitu bermurah hati mengeluarkan wang poket mereka hingga berjaya
mengumpulkan sumbangan sebanyak itu," kata beliau, hari ini.

Kutipan derma tersebut meliputi peserta yang berada di dalam stadium dan juga di luar stadium.

Mohamad,
yang juga merupakan Timbalan Presiden PAS, mengucapkan berbanyak terima
kasih kepada peserta-peserta yang menghulurkan sumbangan pada program
bersejarah itu.

"Mereka bukan sahaja sanggup datang dari seluruh
pelusuk negara, sanggup berjemur berpanas, tidur di masjid, dan
bersantai di tepi jalanan, mereka juga sanggup mengeluarkan wang mereka
untuk memberikan sumbangan," kata beliau.

untuk berita lanjut, sila klik disiniUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7589272496406482065.post-89326545047528605582013-01-14T17:50:00.003+08:002013-01-14T17:50:51.508+08:00Harakah Online Preview: Memang bersih sungguh kali ini' 14 Jan 2013
Alhamdulillah. Terbukti acara kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari lalu bertaraf grand finale yang mencipta sejarah.
Stadium Merdeka menjadi saksi bahawa gemuruh suara rakyat tidak boleh diremehkan. Mereka benar-benar mahukan perubahan! Dan ia tidak boleh ditangguh lagi.
Lebih penting, ada amaran tersirat: "Pastikan tiada penipuan dan manipulasi dalam PRU13. Hormati segala tuntutan Bersih selama ini."
Segalanya berjalan teratur, lancar dan aman sekali. Malah, ramai berasa selesa dengan ketiadaan kelibat FRU. Ratusan ribu rakyat prihatin bergerak tanpa gangguan.

Tekad polis untuk menjadi fasilitator atau pemudahcara boleh dikatakan berjaya.
Tanpa provokasi dan gangguan seperti siri perhimpunan raksasa sebelumnya, Kuala Lumpur tidak bingit lagi dengan tembakan gas pemedih mata atau pertembungan langsung dengan pasukan keselamatan.
Tiada keganasan direkodkan. Harmoni. Menyenangkan. Penuh muhibah dan toleransi.
Walaupun jumlah kehadiran cuba dikecilkan pihak polis, saya kira umum dapat memahami situasi terdesak itu.

Ya, apa lagi yang mahu diputar-belitkan untuk memberi gambaran jelek kepada publik, khususnya melalui siaran berita RTM dan TV3 pada malam Ahad lalu?
Strategis dan tukang propaganda Umno-BN kehilangan idea untuk 'spin' isu ini. Selepas memberi gelaran tidak masuk akal -- "Himpunan Shamsidar" -- Utusan Malaysia dan TV3 terpaksa menelan muntah sendiri. Maka terpaksa diselongkar (sebenarnya direka-reka) bahan yang boleh memaparkan kegagalan perhimpunan yang memecah rekod itu.

untuk berita lanjut, sila klik disiniUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7589272496406482065.post-48468429268703721622013-01-14T17:46:00.002+08:002013-01-14T17:46:43.549+08:00Harakah Online Preview: Kronologi isu nama Allah: PAS tidak bercanggah KUALA LUMPUR: Pemimpin PAS tidak bercanggah dalam
isu penggunaan nama Allah kerana ia semacam telah disepakati sejak isu
ini berbangkit semula menjelang Krismas tahun 2012 iaitu pada 25
Disember 2012.

Mereka jelas bersetuju, Islam tidak boleh menghalang penggunaan
nama Allah oleh orang bukan Islam tetapi mereka tidak bersetuju nama
Allah digunakan dalam Bible Bahasa Melayu sebagaimana dicadangkan oleh
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Namun begitu, ia banyak dikelirukan oleh laporan yang kurang tepat selepas ia dibincang dengan meluas dalam media.

Berikut adalah sebahagian dari kronologi bagaimana isu ini dibincangkan dan berkembang.

1) 24 Disember: Menjelang Krismas 2012, Lim Guan Eng dalam
ucapannya mencadangkan agar Bible terjemahan Bahasa Malaysia dibenarkan
untuk menggunakan nama Allah.

untuk berita lanjut, sila klik disiniUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7589272496406482065.post-28543183358695174312013-01-12T11:32:00.002+08:002013-01-12T11:33:37.896+08:00Harakah Online Preview:HKR: Solat Subuh macam Jumaat di Masjid Negara
12 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Sekalipun Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka bermula jam 2.00 petang ini, namun para peserta dari segenap pelosok negara sudah mula tiba di ibu negara.
Sejak malam tadi, mereka mula berpusu-pusu memasuki kota raya untuk menyertai himpunan aman yang dibenarkan oleh Perlembagaan negara.
Pagi ini, suasana solat Subuh di Masjid Negara bagaikan solat fardu Jumaat apabila ribuan peserta memenuhi ruang solat.
Beberapa gambar yang dipetik daripada laman sosial Facebook dan penulis blog menceritakan suasana tersebut.
untuk berita lanjut, sila klik disiniUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7589272496406482065.post-11498972324847906112013-01-12T11:29:00.000+08:002013-01-12T11:29:21.765+08:00Harakah Online Preview: Laporan langsung HKR 12 Jan, Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR)
berlangsung di Kuala Lumpur hari ini. Pihak Penganjur menetapkan lapan
tempat berkumpul untuk memudahkan pergerakan peserta menuju ke Stadium
Merdeka.

Perhimpunan ini mendapat jaminan keselamatan dari pihak polis dan kelulusan dari pihak stadium.

Perhimpunan
rasmi di Stadium Merdeka akan bermula jam 2 hingga 5 petang ini.
Bagaimanapun pergerakan peserta dari tempat berkumpul menuju ke Stadium
Merdeka dijangka bermula awal pagi ini.

Harakahdaily akan membawa laporan langsung perhimpunan ini.

Laporan langsung:

11.10 am - [Masjid Jamek] Jalan menghala ke Dataran Merdeka dan ke Sogo mula ditutup.

11.00
am - [KLCC] Terkini di KLCC hampir 2000 orang peserta sudah berada di
sini. Kelihatan Datuk Kamaruddin Jaffar tiba di sini.

10.55 am - [Brickfield] Kumpulan di sini sudah mula bergerak. Mereka
akan bercantum dengan kumpulan dari Masjid Ar- Rahman UM sebelum menuju
ke Stadium Merdeka.

10.50 am - [KLCC] Hampir 1000 orang sudah memenuhi perkarangan KLCC. 30 anggota Unit Amal dilihat sedang menerima taklimat.

Mazlan Aliman, Dr. Dzulkefly Ahmad, Dr. Syed Azman akan mengetuai di sini.

untuk berita lanjut, sila klik disiniUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7589272496406482065.post-54620597430813342342013-01-02T21:56:00.000+08:002013-01-02T21:57:34.497+08:00Harakah Online Preview: Bukti isu ‘Amanat Haji Hadi’ tidak berkesan02 Jan 2013

Jika Umno/BN menyangka isu ‘Amanat Haji Hadi’ yang dimainkannya
sekarang ini akan berkesan dalam PRU akan datang, maka jangkaannya akan
meleset di mana isu itu tidak akan berkesan kepada pengundi betapun
parti nasionalis itu ‘meniupkannya’ setiap hari.

Tinjauan di kalangan pengundi di pedalaman, khususnya di Johor,
mendapati isu ini tidak menarik minat mereka ketika ditinjau dan
ditanyakan pendapat mereka.

Negeri Johor, dulunya kubu kuat Umno, kini nyata pemikiran pengundi
sudah jauh berubah, terutama generasi baru yang jumlahnya mencecah 40%.
Pengundi generasi lama sudah sangat jauh berkurangan, ada yang berpindah
ke negeri lain, mengikut anak, ada yang sudah meninggal, ada yang sudah
menerima pandangan anak-anak mereka yang bekerja di bandar. Malah ada
yang menyatakan rasa bosan dengan isu ini yang disiarkan berulang-ulang
siang dan malam oleh media BN.

Seorang penduduk di pedalaman Mersing – yang dikenali sebagai Pak
Ngah Mat – memberitahu saya di sebuah gerai makan, “Ini kerja busuk, dia
ingat orang kampung bodoh sangat. Haji Hadi ada ilmu agama yang tinggi
tentu dia ada alasan yang kuat.”

Saya bertanya kepadanya, “Ada tengok TV?” Dia menjawab “Ada juga
menjengah begitu-begitu saja, tengok berita banjir, berita rompak,
bunuh.”

Seorang lagi bernama Osman Abu Bakar, pertengahan umur yang ditemui
di Kota Tinggi berkata, “Bosan dengar berita TV, surat khabar, tak ada
berita lain selain kempen politik, sedangkan orang kampong sudah, harga
barang mahal, ikan lebih mahal lagi, harga kelapa sawit tidak seberapa.”

Menurutnya, isu ‘Amanat Haji Hadi’ sudah didengarnya sejak remaja
lagi dan beliau percaya isu ini tidak akan berkesan dalam PRU akan
datang.

Seorang pesara di Pontian yang ditemui berkata: “Umno ni tak ada
modal lain. Kami jemu dengan isu ‘Amanat Haji Hadi’ ini. Isu ini tidak
akan mengenyangkan orang kampung sepertinya. Sebab itu tak ada faedah
mengulang-ngulang isu ini.”

untuk berita lanjut, sila klik disiniUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7589272496406482065.post-56526159489084561052012-12-29T16:44:00.000+08:002012-12-29T16:50:26.697+08:00Harakah Online Preview: Anak Terengganu mahu serah memo tuntut Bertam PM307 29 Dis 2012

KUALA LUMPUR:
Rakyat Terengganu di Kuala Lumpur akan menyerahkan memo tuntutan kepada
Pengerusi Petronas bagi menuntut telaga minyak Bertam diserahkan kepada
Terengganu.

Pengerusi 'Bertam Hok Ganukite', Dr Syed Azman Syed Ahmad (gambar) dalam kenyataannya berkata, memo itu akan diserahkan pada 4 Januari ini selepas solat Jumaat di Menara Kembar Petronas, KLCC.

Sehubungan
itu, beliau yang juga Adun Batu Burok mengajak semua anak-anak
Terengganu di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor agar bersama-sama dengan
beliau menyerahkan memo tuntutan itu.

Mereka diajak untuk
bersembahyang Jumaat di Masjid KLCC pada hari tersebut sebelum
bersama-sama bergerak ke Pejabat Petronas di KLCC.

Satu sidang media juga akan diadakan selepas penyerahan memo tuntutan itu.

untuk berita lanjut, sila klik disini

info berguna seorang insan:

Saya nak beri tips menarik yang boleh anda cuba untuk jadi jutawan cara pantas dengan menyimpan sahaja.

Caranya adalah dengan simpan saving gaji anda 10% dalam bentuk emas!

Kenapa emas pulak?

Sebab utama adalah kenaikan tahunan emas yang tinggi 20-30% setahun.

1)
Dengan kenaikan sebegitu, ia akan mempercepatkan perjalanan anda
untuk jadi jutawan pantas.

2)
Kedua adalah sifat emas itu yang terkenal dengan sifatnya “kalis inflasi”.
Kalau
kita menyimpan dengan cara yang saya ceritakan sebelum ini, dengan wang
kertas, nilainya akan menurun walaupun jumlah duitnya banyak RM 1 juta.

Tapi
kalau simpan dalam bentuk emas, nilainya selepas 33 tahun akan
menyebabkan anda jadi jutawan berganda-ganda...bukan RM 1 juta yang
boleh dikutip, malah lebih RM 1 juta.

Ha ha....lagi hebat kuasa emas ini, itulah nilai wang sebenar....

Tapi
walaupun simpan dengan emas tu betul-betul menguntungkan, namun ada
beberapa masalah yang meyebabkan saya kira susah untuk anda lakukan cara
ini, simpan emas setiap bulan.

Saya tahu, anda memang nak buat cara tu, simpan emas tiap-tiap bulan dan jadi jutawan
pantas, tapi sukar nak buat.....mungkin inilah masalahnya dalam nak lakukan cara diatas;

1)Gaji kecil, saving pun tiada. Jangankan RM100 sebulan, malah RM30 pun tak boleh nak disimpan.

2)Harga emas kan mahal. Baru 1 gram pun dah beratus ringgit harganya. Mana larat nak beli tiap-tiap bulan.

3)Leceh
lah pulak nanti dah simpan emas tiap-tiap bulan, mana nak letak
emas-emas tu? Takkan nak letak semua kat rumah, bahaya tu...

4)Bila semua saving dah jadi emas, kalau berlaku kes-kes kecemasan, nak cekau duit cash kat mana?

5)Dalam
fikiran anda hanya tertumpu pada perkataan “PINJAMAN” sahaja untuk
emas. agak-agak nak melabur emas nanti, guna pinjaman bank sahaja lebih
mudah untuk beli emas.

6)Mungkin juga anda tak minat lagi dengan
pelaburan emas. Jangan begitu, rugi kalau tak belajar pelaburan emas
ni. Banyak kelebihannya emas ni. Tak kenal maka tak cinta.

7)Mungkin
anda pernah kena tipu atau rugi besar dalam satu pelaburan. Dah serik
dah. Malas nak belajar apa-apa jenis pelaburan yang kena keluar modal
untuk nak mula.

Ok itu antara masalah yang mungkin anda hadapi walaupun berminat dengan cara yang saya cadangkan.

Dalam
email esok, saya akan huraikan apa yang boleh anda lakukan untuk atasi
masalah di atas tu untuk teruskan misi jadi jutawan pantas dengan
menyimpan sahaja.

p/s:sedutan emel khas kepada mereka yang "berminat". anda minat? klik banner dibawah dan bertindak!

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7589272496406482065.post-69935862815651469972012-12-28T12:57:00.000+08:002012-12-28T12:57:40.551+08:00Harakah Online Preview: Biadap: Terbit kalendar 2013 hina hukum hudud 28 Dis 2012

KUALA LUMPUR:
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya
tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang cuba untuk
mengelirukan orang bukan Islam terhadap agama Islam dengan pengeluaran
dan penerbitan kalendar 2013 yang cukup jelas menghina agama Islam iaitu
hukum hudud.

Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, penerbitan kalendar 2013 di
dalam dwibahasa, Cina dan Inggeris, ini secara jelas sebagai satu mesej
untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam terhadap hukum hudud yang
tidak ada kena mengena langsung dengan masyarakat bukan Islam.

“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan tindakan biadap ini
adalah suatu tindakan bacul dan pengecut pihak-pihak yang pastinya
mempunyai akal fikiran yang tidak waras.

“Tindakan ini juga sebagai satu penghinaan dan pengkhianatan terhadap
Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam di dalam negara ini,”
ujarnya dalam satu kenyataan.

untuk berita lanjut, sila klik disiniUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7589272496406482065.post-29446001853056978532012-12-27T18:21:00.001+08:002012-12-27T18:21:55.590+08:00Harakah Online Preview: Morsi gesa perpaduan, pulihkan ekonomi Mesir 27 Dis 2012

Presiden
Mesir, Mohamed Morsi menggesa semua kuasa politik untuk mengambil
bahagian dalam dialog kebangsaan untuk menyelesaikan ketegangan yang
berlarutan dan berjanji untuk mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk
memulihkan ekonomi.

Dalam ucapan pertamanya kepada rakyat Mesir sejak pelaksanaan
perlembagaan baru, beliau berkata Rabu lalu bahawa beliau sedang
mempertimbangkan kemungkinan perubahan kabinet dan merancang untuk
memperkenalkan insentif demi menjadikan Mesir sebuah destinasi pelaburan
yang lebih menarik.

"Di masa hadapan kita akan saksikan, Insya-Allah, pelancaran
projek-projek baru, dan pakej insentif bagi pelabur untuk menyokong
pasaran dan ekonomi Mesir," katanya dalam ucapan yang disiarkan di
televisyen.

Morsi berucap selepas Majlis Syura Mesir (yang berfungsi seperti
Dewan Negara Malaysia) bersidang untuk sesi pertama selepas meluluskan
perlembagaan negara yang baru, tindakan pertama oleh institusi kerajaan
selaras dengan dokumen yang kesahihannya masih dipersoalkan oleh
pembangkang.

Majlis Syura mengadakan sesi angkat sumpah untuk 90 ahli baru yang dilantik oleh Morsi.

untuk berita lanjut, sila klik disiniUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7589272496406482065.post-64306080804819477322012-12-27T14:32:00.001+08:002012-12-29T16:52:11.871+08:00Askar Israel disepak oleh budak perempuan Palestin berumur 10 tahun

27 Dis 2012

Seorang
budak perempuan Palestin berusia 10 tahun yang tampil dalam sebuah
video sedang memukul seorang tentera Israel tiba di Turki sebagai
tetamu kehormatan dari Kota Başakşehir İstanbul.

Ahed
Tamimi telah menjadi hero bagi rakyat di Turki setelah video yang
menunjukkan dia memukul tentera Israel telah diposting secara online
pada 28 November. Dia tiba di İstanbul hari Isnin lalu.

Korang berani jadi seperti dia?

"Kata-kata
pertama adalah saya sangat senang boleh berada di negara Erdogan,"
merujuk kepada Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan yang ramai dicintai
oleh warga di Palestin kerana kegigihannya menentang polisi Israel di
Gaza.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7589272496406482065.post-64796503934908986892012-12-27T14:27:00.000+08:002012-12-27T14:27:40.578+08:00Harakah Online Preview: Jadikan mata pelajaran Agama di Malaysia subjek wajib  27 Dis 2012

KUALA LUMPUR:
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Dr Maszlee Malik mencadangkan
agar Kementerian Pelajaran mengadakan subjek 'Agama-agama di Malaysia'
sebagai subjek teras dan wajib ke atas semua pelajar-pelajar di
Malaysia.

Pihak IPTA dan IPTS juga hendaklah mempunyai subjek tersebut juga sebagai salah satu subjek teras mereka.

Begitu
juga, subjek agama Islam, perlu dihadiri semua memandangkan Islam
merupakan agama rasmi Malaysia yang perlu diketahui oleh setiap
rakyatnya.

Beliau mengulas kekeliruan dan sensitiviti yang timbul dalam masyarakat Malaysia sekarang ekoran isu penggunaan nama Allah.

"Pada
hemat saya, isu pengunaan nama Allah di kalangan penganut Kristian di
Sabah dan Sarawak telah dipolitikkan dan menemui kebuntuan akibat sikap
prejudis pada kedua-dua belah pihak," katanya.

untuk berita lanjut, sila klik disiniUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7589272496406482065.post-39594710767618855662012-12-26T19:51:00.000+08:002012-12-26T19:51:29.597+08:00Harakah Online Preview: Zailah guna lori hantar bantuan banjir 26 Dis 2012

KUALA LUMPUR: Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rantau
Panjang mengambil inisiatif mengagihkan keperluan asas kepada mangsa
banjir menggunakan lori.

Sejak
Kelantan dilanda banjir bermula Isnin lalu akibat air Sungai Golok
merentasi Daerah Tanah Merah dan Rantau Panjang melimpah, Ahli Parlimen
Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof tidak menang tangan menghulurkan
bantuan kepada mangsa yang memerlukan.

Hari ini beliau
mengagihkan bantuan mangsa banjir di 18 pusat pemindahan banjir
antaranya di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi, Sekolah Kebangsaan Rantau
Panjang 2, Sekolah Kebangsaan Kubang Kual, Sekolah Kebangsaan Sri
Kiambang dan Dewan Rukun Tetangga Lubok Setol.

"Keadaan banjir di
sini masih lagi buruk dan hai ini Parlimen Rantau Panjang sediakan satu
lori bekalan makanan seperti beras, telur, sardin, biskut dan lain-lain
keperluan termasuk tempat tidur untuk mangsa-banjir di 18 pusat
pemindahan," kata beliau ketika dihubungi hari ini.

untuk berita lanjut, sila klik disiniUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7589272496406482065.post-45644605526526849832012-12-26T19:45:00.000+08:002012-12-26T19:45:19.289+08:00Harakah Online Preview: PAS: Ganti ‘God’ dengan 'Tuhan' elak polemik 26 Dis 2012

KUALA LUMPUR:
PAS hari ini menyatakan pendirian bahawa Bible Bahasa Melayu harus
menggantikan istilah ‘God’ dengan 'Tuhan' dan bukannya 'Allah' untuk
mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal Bible.

Bagaimanapun, PAS boleh menerima bahawa orang Kristian berhak
menggunakan nama Allah dalam gereja atau sebarang upacara agama mereka
sebagaimana keputusan PAS sebelum ini.

“Memandangkan Bible Bahasa
Melayu adalah terjemahan dari teks asal bahasa Inggeris, maka
sewajarnya istilah God tidak bermaksud Allah, kerana terjemahan tepat
ialah Tuhan. Maka sewajarnya ia diterjemahkan menurut maksud asal,” kata
Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu
kenyataan hari ini.

Hujah Tuan Ibrahim, menterjemahkan God dengan
Allah akan mengelirukan penganut Kristian dan menimbulkan rasa kurang
senang di kalangan umat Islam serta boleh mengelirukan orang Islam jika
digunakan di tempat awam termasuk dalam Bible terjemahan.

“PAS
melihat isu penggunaan nama Allah di dalam terjemahan Bible dalam Bahasa
Malaysia tidak mencerminkan maksud sebenar dari teks asal serta
mengelirukan pelbagai pihak. Bahkan cadangan tersebut juga telah
mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang Islam dan penganut
Kristian,” kata beliau.

Tuan Ibrahim turut menjelaskan bahawa nama Allah adalah sensitif dan kesuciannya mesti dipelihara oleh umat Islam.

“Ia
tidak boleh dibuang merata tempat atau digunakan nama tersebut pada
tempat yang tidak layak baginya seperti menyamakan dengan makhluk,
bersifat dengan sifat makhluk, seperti menganggap ia ada anak, isteri,
makan, tidur dan berjalan sebagaimana makhluk,” terang Pesuruhjaya PAS
Pahang itu.

untuk berita lanjut, sila klik disiniUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7589272496406482065.post-84791043359813262082012-12-25T13:08:00.001+08:002012-12-25T13:08:41.426+08:00Harakah Online Preview: AES: Tiada perbicaraan, tapi diminta hadir 25 Dis 2012

TAIPING:
Perbicaraan kes pertama kesalahan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)
di Perak semalam tidak berlaku ekoran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
tidak mendaftarkan kes tersebut di mahkamah.

Seramai 20 mangsa
saman sistem tersebut diminta hadir ke Mahkamah Majistret Taiping
semalam, dan hanya lima daripadanya hadir namun dimaklumkan bahawa
perbicaraan kes terhadap mereka tidak ada.

Peguam mewakili
mangsa, Asmuni Awi berkata, oleh kerana mahkamah mengatakan kes itu
tidak didaftarkan bermakna kes itu tidak wujud.

Menurutnya, pihak
JPJ sepatutnya memaklumkan lebih awal kepada mangsa saman tersebut agar
tidak menimbulkan kesukaran kepada mereka

"Mangsa-mangsa saman
yang yang hadir dari jauh seperti Pulau Pinang berasa sangat kecewa dan
seolah-olah dipermainkan apabila mengetahui perbicaraan terpaksa
dibatalkan.

"Mereka terpaksa menghabiskan wang ringgit, masa dan
memohon cuti untuk hadir bicara tetapi mereka kecewa sebaik mendapat
makluman daripada mahkamah," katanya ketika ditemui Harakahdaily di luar
mahkamah.

untuk berita lanjut, sila klik disiniUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7589272496406482065.post-14223179479652515252012-12-25T13:05:00.003+08:002012-12-25T13:05:57.101+08:00Harakah Online Preview: Dalam masa 2 jam, 60 rumah ditenggelami banjir 25 Dis 2012

(Skuad Banjir PAS Indera Mahkota yang diketuai Ustaz
Fadhil Nor [berkopiah] membawa mangsa banjir yang lumpuh di Bukit
Pelindung ke tempat selamat)

KUANTAN: Dalam tempoh 2 jam saja hampir 60 buah
rumah di tenggelami banjir kilat beserta lumpur yang terburuk dalam
sejarah taman yang terletak di kawasan Bukit Pelindung, Beserah dekat
sini.

Hujan lebat bermula sebelumnya membuatkan semua penduduk di
situ berada dalam keadaan resah memikirkan keselamatan harta benda dan
keluarga memandangkan banjir di perumahan tersebut seolah-olah ‘acara
wajib’ tahunan.

Pada sekitar jam 7 pagi air mulai naik selepas hujan lebat seketika namun ianya surut segera sebaik hujan reda.

(Taman perumahan Bukit Pelindung ditenggelami banjir lumpur)

Namun pada jam 10 pagi hujan mulai lebat dan dalam tempoh
yang singkat, kawasan tersebut bertukar menjadi lautan lumpur di sertai
arus yang laju memusnahkan banyak harta benda penduduk.

Kekecewaan
penduduk jelas terpampar di wajah mereka lantaran masalah ini telah
berlarutan bertahun-tahun lamanya dan pelbagai laporan dan sidang media
telah di buat namun tiada perubahan yang di buat oleh pihak berwajib.

untuk berita lanjut, sila klik disiniUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7589272496406482065.post-91989846492586819082012-12-25T01:07:00.002+08:002012-12-25T01:07:59.332+08:00Harakah Online Preview: Banjir terburuk di Kuantan dalam sejarah

(Sebelah Berjaya Mega Mall)

KUANTAN: Hujan lebat lebih daripada 10 jam telah menyebabkan bandar Kuantan dilanda banjir terburuk dalam sejarah hari ini.

Pelbagai
gambar yang memperlihatkan jalan-jalan utama dan kenderaan ditenggelami
air sedang hangat dikongsikan di laman sosial media.

(Kawasan terminal bas Kuantan penuh dengan air)

Antara jalan yang ditenggalami air ialah Jalan Lim Hoe Lek, Jalan
Pasar, Jalan Bukit Ubi, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Mahkota, Jalan Abd
Aziz, Jalan Air Putih, Jalan Haji Ahmad dan Jalan Beserah.

Ombar
di Laut China Selatan dilaporkan mencecah 4 meter berdasarkan pengamatan
seorang nelayan di Balok yang dihubungi Harakahdaily.

untuk berita lanjut, sila klik disiniUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7589272496406482065.post-66859913973615982702012-12-24T15:30:00.000+08:002012-12-24T15:31:50.024+08:00Harakah Online Preview: PAS ucap tahniah kepada rakyat Mesir KUALA LUMPUR: PAS merakamkan ucapan tahniah kepada
seluruh rakyat Mesir yang majotirinya telah menyatakan sokongan terhadap
draf perlembagaan baru negera itu.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa
PAS Pusat Datuk Kamarudin Jaffar berkata, keputusan terbaru itu
membuktikan tahap kematangan rakyat Mesir berperanan dalam sebuah negara
demokrasi.

"Bagi PAS, kita melihat ini satu keputusan sangat baik untuk pentadbiran baru Mesir.

"Semoga ianya mampu memacu Mesir ke arah menjadi sebuah negara demokrasi yang lebih membangun," kata Kamarudin (gambar kanan) kepada Harakahdaily.

untuk berita lanjut, sila klik disiniUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7589272496406482065.post-24409533694828941892012-12-24T10:12:00.001+08:002012-12-24T10:12:45.142+08:00Harakah Online Preview: Diam saja tentang hudud

Subky Latif,

21 Dis 2012

Eloknya PAS dan pemimpinnya diamkan saja tentang hudud dan ada lebih
baik tumpukan dalam lain-lain isu yang perlu masyarakat ketahui.

Jangan layan sangat sakatan UMNO mengenainya yang tujuannya adalah demi mengelirukan orang ramai dan memerangkap PAS.

Hudud adalah program PAS bagi mengabdikan diri kepada Allah dan
agamanya. Ia tidak mungkin dilaksanakan selagi PAS tidak berada dalam
kerajaan baik ia memerintah sendiri atau kerajaan yang disekutuinya.

Sudah cukup setakat ini dengan pendiriannya yang sudah diketahui umum. Bahawa hudud itu sebahagian dari cita-cita politik.

PAS sudah nyatakan cita-citanya dan sebagai tanda kesungguhannya
dengan cita-cita itu ia sudah meluluskan enakmen mengenainya di Kelantan
dan Terengganu.

Kedudukannya sekarang ialah seperti kenderaan yang berada di simpang
lampu trafik. Ia berhenti kerana isyarat lampu merah. Ingin kenderaan
tidak dihenti. Ia menunggu lampu hijau. Bila datang lampu hijau, ia
boleh berjalan.

Oleh itu jika ada orang menyakat PAS tentang hudud itu, kerana
kononnya PAS munafik dengannya dan sudah melupakannya, maka tidak perlu
dilayan dan dijawab. Politik menuju ke Putrajaya boleh celaru dan
keliru sama sendiri apabila ia dipolemikkan.

Cita-cita PAS itu sudah diketahui oleh semua sama ada ia diulang
atau didiamkan. Tidak perlu dinyatakan lagi. Semuanya tahu jika PAS
bersama memerintah negara, ia akan berusaha sedaya mungkin untuk
menyempurnakannya.

Tidak ada makhluk yang percaya PAS melupakannya. Kalau dasar PAS
berketul dapat dilihat dengan mata, kiranya perut iblis dapat dibelah,
nescaya kita dapat lihat ketul itu ada dalam hatinya.

Ia tahu PAS tidak melupakannya hinggalah ia dapat menjadikan PAS sama seperti lawannya iaitu UMNO.

untuk berita lanjut, sila klik disiniUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7589272496406482065.post-491219608326930432012-12-24T10:07:00.001+08:002012-12-24T10:09:02.726+08:00Harakah Online Preview: Bukan taraf Muhyiddin cakap begitu – TG Nik Aziz24 disember 2012

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tuduhan terhadapnya sebagai mulut celupar seperti kenyataan daripada anak-anak muda di jalanan dan bukan tindakan seorang pemimpin negara.
Menurutnya, kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin amat tidak wajar memandangkan beliau orang kedua pemimpin parti dan negara.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada mulanya enggan mengulas, kerana tidak mahu melayan kenyataan seperti orang tidak cerdik itu.
Bagaimanapun, apabila ditanya lagi dia terus menjawab ringkas: “bukan taraf orang nombor dua untuk bercakap begitu”.

untuk berita lanjut, sila klik disiniUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7589272496406482065.post-60964611843425045142012-12-23T20:13:00.001+08:002012-12-23T20:14:57.524+08:00Harakah Online Preview: PRU13: 80% pengundi sudah ada pilihan KOTA BHARU: Kira-kira 80 peratus pengundi di negara
ini dianggap sudah mempunyai pilihan masing-masing bagi menentukan sama
ada berlaku perubahan di Putrajaya atau sebaliknya.

Cuma sekarang Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional perlu merebut
bakinya sebanyak 20 peratus lagi, di mana mereka belum membuat sebarang
pilihan dan bergantung kepada situasi saat-saat akhir.

Bagaimanapun Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, berdasar
kepada banyak kajian rata-rata rakyat tidak senang dengan kerajaan yang
ada sekarang.

“Suhu kebencian rakyat terhadap pemerintah yang ada hari ini
kadang-kadang melebihi penyokong Pakatan Rakyat,” katanya pada perasmian
penutup pelancaran Agenda Berkebajikan Wanita Malaysia peringkat negeri
Kelantan di Putik hari ini.

Program berkenaan dihadiri ketua-ketua wanita Pakatan Rakyat di mana
PAS diwakili Siti Zailah Mohd Yusoff, Zuraida Kamaruddin (PKR) dan Chong
Eng (DAP).

Pemimpin dan penyokong ketiga-tiga parti bergabung pada satu program
bagi memperincikan Agenda Wanita Malaysia yang dilancarkan di peringkat
pusat beberapa bulan lalu.

Husam berkata, memandangkan kira-kira 80 peratus pengundi sudah
mempunyai pilihan, jentera wanita Pakatan perlu mendekati 20 peratus
lagi.

untuk berita lanjut, sila klik disiniUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7589272496406482065.post-34632960205913524772010-10-31T09:04:00.000+08:002012-12-30T09:06:53.569+08:00Harakah Online Preview: "Kalimah Allah"-Utamakan Keharmonianoleh Wan Nik Wan Yussof

Isu perkauman, agama, bahasa dan hak istimewa orang Melayu adalah antara isu sensitif untuk dibincangkan secara terbuka bagi masyarakat Malaysia. Justeru itu, selepas tercetusnya kontroversi isu penggunaan kalimah Allah kepada “the herald” milik gereja Kristian, maka keputusan mahkamah tinggi itu dianggap tidak tepat dalam konteks keharmonian beragama di Malaysia.

Sehubungan itu pelbagai pihak kalangan pemimpin dan umat Islam telah memberi pandangan, malah sanggup berdemonstrasi mempertikaikan keputusan tersebut. Paling malang, muncul pula pihak yang bersifat anti-harmoni, telah melancarkan “serangan” ke rumah gereja.

Bagi menelusuri perkembangan kontroversi isu kalimah Allah ini, penulis ini cuba mempamerkan semula beberapa rentetan peristiwa yang bersejarah ini. Antaranya adalah kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti dilapor dalam mstar.com (5 Januari 2010) berkata bahawa PAS menghormati prinsip kebebasan beragama seperti yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

"Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

"Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama," kata Hadi.

Mantan Perdana Menteri yang juga pengasas dasar Islamisasi, Dr. Mahathir pula di dalam blognya (5 Januari 2010) menulis, sebenarnya kalimah "Allah" tidak terdapat dalam kitab Taurat atau Talmud Hebrew atau kitab Injil Kristian dalam bahasa Latin, Greek atau bahasa-bahasa Eropah. Nama bagi Tuhan dalam bahasa Yahudi ialah "Yahweh", yang diterjemahkan kepada bahasa Inggeris sebagai "Jehovah".

”Dalam kitab Injil, Jesus (Isa) dan God adalah sama. Tidak ada kalimah Allah dalam kitab Injil dalam bahasa-bahasa yang disebut di atas.

”Dalam usaha menerangkan agama Kristian di kalangan orang Islam atau masyarakat yang mahir dengan agama Islam, perkataan God diterjemah kepada "Allah" supaya mudah difaham oleh pendengar.

”Mungkin juga kalimah "Allah" dapat menyamakan agama Kristian dengan agama Islam kerana menyembah Tuhan yang sama. Dengan ini penerimaan agama Kristian oleh orang Islam boleh jadi lebih mudah. Terjemahan ini salah. Sepatutnya perkataan "Tuhan" digunakan untuk God.

”Tetapi dalam agama Kristian terdapat konsep "Trinity" yang mana terdapat "God the Father, God the Son and the Holy Ghost".

Jika dalam bahasa Melayu terdapat dalam kitab Injil atau syarahan berkenaan "Allah sebagai Bapak, Allah sebagai Anak dan Roh yang Suci", maka tentulah ini akan ditentang oleh orang Islam.

Dalam Islam Allah tidak ada bapak, tidak ada anak. Ia tidak dilahirkan dan Ia tidak melahirkan sesiapa. Allah hanya satu. Ia tidak boleh disekutu dengan sesiapa.

”Di Amerika Syarikat, orang Kristian yang sudah tidak teguh iman biasa berkata dan menulis, "God is dead". Apakah perasaan orang Islam apabila ini diganti denagn "Allah is dead"?

”Di Semenanjung Malaysia kita tidak pernah mendengar orang Kristian menggunakan kalimah "Allah" apabila bercakap berkenaan God dalam bahasa Melayu. Kenapa pula kita sekarang akan mengguna kalimah ini?

”Saya harap pihak Kerajaan berhati-hati dalam perkara ini supaya negara berbilang agama yang aman ini tidak menjadi tegang dan tidak stabil secara berterusan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pada 9 Januari melahirkan kebimbangan dengan kejadian pengeboman tiga buah gereja di sekitar Lembah Klang.

Kebimbangan itu diluahkan berikutan kemungkinan ia berpunca daripada permainan 'tangan-tangan ghaib' yang cuba mengapi-apikan ketegangan dan mengambil kesempatan untuk tampil sebagai pembela Islam bagi mengembalikan sokongan politik yang kini kian pudar.

baca kupasan lebih lanjut disiniUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7589272496406482065.post-40901720378665569192010-08-27T00:35:00.002+08:002010-08-27T00:37:33.128+08:00Harakah Online Preview: Dinar, dirham boleh runtuhkan ekonomi Yahudi
Datuk Husam Musa berkata, penggunaan sistem dinar dan dirham secara tidak langsung akan memberi pulangan ekonomi yang lebih tinggi kepada umat Islam, sedangkan golongan Yahudi semakin runtuh.

“Kerana itu mereka sedaya mungkin akan menghalang serta mengkritik dengan pelbagai dakyah untuk menakutkan umat Islam sendiri yang ingin menggunakan sistem terbabit,” ujarnya.

Justeru itu, katanya golongan Yahudi serta penentang agama Islam yang lain sehabis mungkin akan menentang umat Islam menggunakan mata wang syariat dinar dan dirham, kerana sistem itu akan merugikan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat Kelantan itu berkata, sekiranya umat Islam akan bersatu menggunakan Dinar dan Dirham dalam urusan jual beli, golongan tersebut akan mengalami kerugian yang tenat.

Beliau berkata demikian ketika meraikan rombongan Persatuan Maahad Tahfiz al-Quran Malaysia (Permata), yang diketuai pengerusinya, Ustaz Nazaruddin Jalaludin.

Permata dalam rangka pertemuannya dengan Husam untuk menyatakan sokongan pihak berkenaan terhadap penggunaan Dinar dan Dirham.

Pada masa yang sama, Permata bercadang untuk membayar gaji menggunakan kaedah itu kepada kakitangannya di seluruh negara.

untuk berita lanjut, sila klik disiniUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7589272496406482065.post-9755436199497482822010-08-25T23:25:00.001+08:002010-08-27T00:33:22.084+08:00Harakah Online Preview: Penentang timbul kebimbangan tidak berasas tentang hududoleh Mohamed Zainal Abidin Hussin

Setiap kali isu hukum hudud muncul, komen-komen negatif ditimbulkan yang dilihat cuba dijadikan bahan untuk menakutkan mereka yang tidak ada pengetahuan berkenaan topik ini.

Dua tokoh Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Lim Kit Siang dan Karpal Singh yang segera menolak pelaksanaan hudud yang dibincangkan dalam satu seminar di Kota Bharu baru-baru ini terus menjadikan isu masyarakat berbilang kaum dan zaman moden sebagai alasan.

Sebagai tokoh politik yang mewakili masyarakat bukan Islam di negara ini, kita memahami kebimbangan tokoh-tokoh ini jika dianggap tidak berjuang menjaga kepentingan gologan terbabit.

Lebih parah ialah kebimbangan tohmahan bahawa mereka kini menjadi barua PAS dalam isu-isu yang merugikan masyarakat bukan Islam di negara ini.

Hakikatnya ini adalah permainan lama yang hanya digunakan untuk menakutkan orang-orang bukan Islam.

Kepada para penentang hukuman syariah termasuk hudud, mereka perlu sedar bahawa penerimaan hukuman ini di kalangan orang Islam adalah sesuatu yang tiada pilihan. Sebagaimana amalan-amalan Islam seperti solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, haji di Mekah dan seumpanya, hukum syariah temasuk hudud adalah kewajipan setiap indidvidu muslim.

Kewajipan melaksanakan perkara ini bukan sekadar dasar PAS atau kehendak Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ia adalah arahan wajib kepada setiap orang Islam. Terpulang kepada mereka untuk melaksanakannya berdasarkan kemampuan dan kuasa yang ada pada mereka.

Seperti telah berkali-kali ditegaskan, pelaksanaan hukum Islam tidak akan mengganggu hubungan hormat-menghormati antara orang Islam dan bukan Islam. Penjelasan berkenaan perkara ini adalah terbuka dan tidak ada apa yang perlu disembunyikan.

Dialog dan perbahasan sihak perlu diteruskan sehingga para penentang yang cuba menakut-nakutkan mereka yang tidak faham dapat dihapuskan sama sekali.

Pelaksanaan syariah tidak jejaskan amalan demokrasi - pakar

Pakar-pakar perundangan Islam bersepakat bahawa pelaksanaan syariah secara menyeluruh termasuk hukum hudud tidak akan mengganggu proses demokrasi dan hak-hak orang bukan Islam di negara ini.

“Kepada orang Islam, tidak ada pilihan bagi mereka selain hukum hakam yang disyarakkan oleh Allah SWT untuk mereka, sama ada yang berkaitan dengan aqidah, ibadat, muamalat, munakahat, jinayat, kehakiman, adab, akhlaq, politik, kenegaraan, hubungan antara manusia, antara negara, hubungan manusia dengan alam dan sebagainya,” kata Datuk Mohd Salleh Ahmad, felow kanan, jabatan undang-undang Islam, Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM).

Menurut beliau, dengan pelaksanaan menyeluruh sistem perundangan Islam, suasana harmoni bukan sahaja dirasai oleh masyarakat Islam, malah termasuk mereka yang bukan Islam dan alam sekitar tumbuhan dan haiwan.

untuk berita lanjut, sila klik disiniUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7589272496406482065.post-23638377264483191752010-08-25T23:22:00.000+08:002010-08-25T23:23:30.866+08:00Harakah Online Preview: 10 pembohongan besar media berkenaan IsraelSeorang jurnalis dan pengarang yang berasal dari Belgium, Michel Collon, mengecam media Eropah kerana sikap mereka yang telah berabad-abad berbohong kepada masyarakat awam semata-mata untuk memberi sokongan kepada negara haram Israel. Melalui buku beliau yang bertajuk Israel, let’s talk about it, Collon telah menyenaraikan “10 pembohongan besar” yang telah disebarkan oleh media Barat bagi “menjustifikasi kewujudan dan tindakan-tindakan kejam rejim Zionis Israel”.

Berikut adalah pembohongan-pembohongan yang dimaksudkan:

1. Pembohongan pertama adalah bahawa negara haram Israel tertubuh sebagai reaksi kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi ketika peperangan dunia kedua. Dakwaan ini sangat tidak betul, kerana penubuhan Israel pada hakikatnya adalah sebuah perancangan tirani yang kejam dan otokratik, yang telah dipersetujui oleh Kongres Zionis yang pertama di Basel, Switzerland pada tahun 1897. Dari sinilah puak-puak nasionalis Yahudi memutuskan untuk menakluk dan menzalimi Palestin.

2. Justifikasi kedua bagi mereka mendirikan negara haram Israel adalah bahawa kaum Yahudi kembali ke bumi nenek moyang mereka, dari mana mereka telah dihalau pada tahun 70 A.D. Ini hanyalah satu cerita dongeng! Collon telah berbincang dengan beberapa orang tokoh sejarah Israel, termasuklah Shlomo Sand, dan mereka semua percaya bahawa tidak pernah berlaku pemindahan beramai-ramai kaum Yahudi. Jadi “kembali ke bumi asal” adalah suatu yang tidak benar. Mereka yang menetap di Palestin pada zaman lampau tidak pernah meninggalkan bumi itu.

Malahan keturunan Yahudi yang berasal dari Palestin adalah mereka yang sekarang ini tinggal di Palestin. Mereka yang mendakwa untuk kembali ke bumi Palestin adalah sebenarnya berasal daripada Barat, Eropah Timur dan Afrika Utara.

Shlomo Sand menegaskan bahawa tidak pernah wujud sebuah negara Yahudi. Malahan, puak-puak Yahudi tidak pernah mempunyai persamaan dalam sejarah, bahasa mahupun budaya. Satu-satunya perkara yang mempunyai persamaan antara mereka adalah agama, dan agama tidak membentuk sebuah negara.

3. Pembohongan ketiga adalah bahawa ketika pendatang-pendatang Yahudi memasuki dan menduduki Palestin, bumi tersebut merupakan sebuah negara yang “kosong’ dan tidak diduduki. Sesungguhnya terdapat dokumen-dokumen dan bukti-bukti yang mengesahkan terdapat transaksi mengekspot barangan pertanian daripada Palestin ke negara-negara luar, termasuk Perancis, dalam abad ke sembilan belas.

untuk berita lanjut, sila klik disiniUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7589272496406482065.post-9012870802484152242010-08-25T23:19:00.000+08:002010-08-25T23:21:00.595+08:00Harakah Online Preview: Waris rayu bebas tahanan ISA sebelum rayaHarapan Mohammad Fadhlullah Abdul Razak, 28, tahanan terbaru ISA untuk beraya bersama keluarga bulan depan mungkin malap.

Menurut Hasnol Hadi Abdul Razak, 25, pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih belum memberitahu tentang status tahanan abangnya itu sejak ditahan 36 hari lalu.

Bagaimana pun, katanya, Polis memanggil waris Fadhlullah ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman esok.

"Setakat ini, tidak ada apa-apa lagi tetapi esok, polis panggil kami ke Bukit Aman.

"Saya kerja, kedua-dua ibu bapa saya mungkin pergi melawat abang esok," ujarnya tengah hari tadi pada Harakahdaily.

Beliau turut menyuarakan rasa yakin bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri akan membebaskan abangnya itu sebelum raya ekoran tiada dakwaan yang jelas ke atas abangnya itu.

Difahamkan, Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA membolehkan seseorang tahanan tanpa bicara ditahan maksimum selama 60 hari untuk membantu siasatan.

untuk berita lanjut, sila klik disiniUnknownnoreply@blogger.com0