Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview : Petugas BN berlagak samseng,ugut guna parang!

SUNGAI LALANG - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan, Animah Ferrar mendakwa bahawa petugas Barisan Nasional (BN) telah bertindak di luar batas demokrasi apabila menghalang petugas Parti KeADILan Rakyat untuk menurunkan kain pemidang yang bersifat serangan peribadi kepada Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.Bercakap kepada media di Yayasan Aman, di sini semalam katanya, kain pemidang tersebut yang tidak mempunyai logo mana-mana parti itu dipasang di Taman Bandar Baru, di sini.

"Baru sempat menanggalkan 'banner' pertama, kami didatangi lebih kurang 15 orang yang sebelum itu berada di hadapan Bilik Gerakan BN dan hampir kesemua mereka memakai baju BN. Mereka memaki-maki kami secara kasar dan melarang kami menanggalkan 'banner' itu."Apabila kami katakan 'banner' itu melanggar peraturan pilihan raya, mereka mengatakan 'banner' itu dipasang oleh Umno, bukannya mereka (MIC)," ujar Animah membacakan kenyataannya.Katanya, kumpulan beliau seterusnya bergerak untuk merayu undi tetapi dihalang oleh petugas BN terbabit secara keras dan ganas serta menegaskan bahawa petugas KeADILan tidak dibenarkan memasuki kawasan tersebut kerana mendakwa kawasan itu milik mereka.

untuk berita lanjut, sila klik disini

No comments: