Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview : Hentikan provokasi terhadap negeri Pakatan Rakyat - Mahfuz

KETEREH - Kejayaan Pakatan Rakyat dalam beberapa pilihan raya kecil selepas Pilihan raya Umum ke-12 kini menggambarkan Umno/BN sedang menuju kehancuran dan akan dikuburkan pada pilihan raya umum akan datang, demikian dinyatakan oleh Ketua Penerangan PAS Malaysia, Dato' Mahfuz Omar di Ceramah Isu Semasa di Kawasan Perumahan Kadok, Ketereh malam tadi.hadir ialah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Pengerusi Perhubungan KeADILan Kelantan, Abdul Aziz Kadir, Yang Dipertua PAS Ketereh dan Timbalan, Wan Ismail Wan Jusoh, Haji Azemi Mohd Noor serta Senator Dato' Rosli Ibrahim.

Mahfuz juga berkata, Umno/BN sepatutnya sedar dan insaf bahawa zaman sekarang rakyat Malaysia tidak lagi boleh disogok dengan wang, hadiah dan janji kosong kerana rakyat di negara ini sudah tidak lagi menghiraukan budaya sogokan oleh Umno/BN. Kegagalan Umno/BN dalam pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau dengan penambahan majoriti yang besar kepada Pakatan Rakyat jelas bahawa rakyat di kedua-dua kawasan tersebut menolak politik sogokan yang dibawa oleh Umno/BN."Mereka kini sudah kehabisan cara untuk menawan Dun di bawah parti Pakatan Rakyat, malah kemelut dalaman politik mereka semakin jelas dan Timbalan Presiden Umno turut mengakui bahawa Umno memerlukan dua tahun untuk memulihkan parti mereka. Nampaknya parti Umno sekarang bagaikan Penagih Dadah yang dipulihkan di pusat serenti yang memakan masa dua tahun, itupun masih lagi gagal," ujar beliau dan disambut dengan laungan takbir oleh lebih 5,000 orang ramai yang membanjiri kawasan perumahan tersebut.

untuk berita lanjut, sila klik disini

No comments: