Sudah LEBIH DARIPADA 1000 ORANG (tidak termasuk pembaca harakah online yang download)MENDAPATKAN LAPORAN PERCUMA YANG WAJIB DIKETAHUI PADA MASA KINI...ANDA BILA LAGI?
JANGAN TUNGGU SUDAH TERKENA, BARU TERFIKIR NAK DAPATKAN LAPORAN INI KERANA LAPORAN INI JUGA MEMBERIKAN PANDUAN SEBENAR UNTUK MELINDUNGI DIRI DARI TERKENA SELSEMA BABI.KAMI BERI JAMINAN 100% MAKLUMAT ANDA TIDAK DISALAHGUNAKAN OLEH PEMILIK LAPORAN KHAS INI KERANA KAMI LEBIH MENGENALI MEREKA. YAKIN DAN DOWNLOAD...
Ketua pegawai eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) Datuk Seri Tiong King Sing mendakwa Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat pernah mengambil sendiri darinya sumbangan sebesar RM4 juta tahun lalu, lapor China Press semalam.Menurut akhbar itu, maklumat mengenai sumbangan tersebut diperolehi dari satu salinan laporan polis Tiong ke atas Ong yang juga kepada Menteri Pengangkutan.Malaysian Insider pula melaporkan, pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) itu juga mengulangi cabarannya supaya Ong mendedahkan berapa banyakkah yang dimiliki oleh beliau dan isterinya dalam akaun bank mereka.Tiong mendakwa, wang RM10 juta yang sebelum ini didakwa beliau telah disumbangkan kepada Ong telah diberikan dalam tiga ansuran secara tunai, yang pertama sebanyak RM5 juta, kedua RM1 juta dan ketika RM4 juta.
Menurut laporan polis itu, Ong telah meminta sumbangan RM5 juta dari Tiong pada tahun 2008.Tiong mendakwa, wang RM5 juta itu dimasukkan dalam dua beg dan ditemani dua kakitangannya, beliau telah memberikan wang itu kepada rakan Ong di Hotel Hilton Petaling Jaya.Beberapa minggu kemudian, menurut laporan polis itu, Ong meminta RM1 juta lagi dari Tiong.Wang yang diminta itu kemudiannya diberikan kepada wakil Ong di tempat letak kereta Hotel Armada di Petaling Jaya.Menjelang akhir 2008, Ahli Parlimen Bintulu itu sekali lagi bersetuju untuk menyumbangkan RM4 juta lagi kepada Ong.Ong sendiri didakwa datang mengambil wang tersebut di sebuat rumah tetamu kerajaan, menurut laporan polis itu.Wang tersebut, kata bendahari Parti Demokratik Sarawak (SPDP) itu dalam laporan polisnya, diletakkan di tempat meletak barang kereta Ong, lapor China Press
UNTUK BERITA LANJUT, SILA KLIK DISINI
No comments:
Post a Comment