Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: Selamatkan beras negara, tarik AP Bernas- Mahfuz



Kerajaan Malaysia digesa menarik balik Permit Import (AP) PADIBERAS Nasional Bhd. (Bernas) bagi menjamin keselamatan makanan negara.Pemberian AP kepada Bernas telah menyebabkan syarikat itu berkuasa melambakkan beras negara luar sekaligus mengancam pasaran beras tempatan.Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar berkata, Bernas sebuah syarikat perniagaan yang mengamalkan dasar monopoli yang seratus peratus mementingkan keuntunggan berbanding menjaga makanan utama rakyat di negara ini."Kerajaan perlu tarik balik permit import yang telah diberikan kepada Bernas. Mana boleh bagi kepada syarikat monopoli. Dasar monopoli hanya mementingkan keuntungan syarikat dan mana mungkin mereka akan menjaga kepentingan pengguna. Ianya sangat bahaya kepada keselamatan makanan negara," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Salah guna kebenaran eksport beras katanya sering berlaku contohnya di Sarawak pada satu ketika dahulu apabila sejumlah beras luar dibawa masuk kedalam negara tanpa AP dan ditahan oleh Kastam Diraja Malaysia. Kastam bagaimanapun membenarkan ia dibawa masuk selepas berlaku perundingan dengan kerajaan Malaysia."Di Sarawak contohnya, beras dibawa masuk tanpa permit ditahan Kastam, tapi kerajaan benarkan lepas berunding dengan Bernas. Maknanya bernas ada kuasa, boleh buat apa sahaja sebab mereka tahu kerajaan mesti akan benarkan mereka. Jadi bagaimana dengan nasib beras tempatan kita?," tegasnya.Selain membatalkan AP, beliau juga mendesak kerajaan menarik balik kuasa Bernas menyimpan bekalan kecemasan. Menurut Mahfuz, Bernas tidak akan menyimpan stok kecemasan beras pada tempoh yang lama kerana tindakan itu akan merugikan mereka.Sedangkan penyimpanan stok kecemasan penting bagi menjamin bekalan beras negara mencukupi untuk satu satu tempoh tertentu apabila dilanda masalah kekurangan beras dunia.

"Saya cabar beberapa kali di parlimen, mintak menteri berkaitan dedahkan berapa buah gudang yang menyimpan stok kecemasan. Saya mintak dia dedahkan di mana, tapi tak berani tunjuk sebab memang satu pun tidak ada gudang simpan stok kecemasan. Jadi bagaimana kita nak kata Bernas boleh jamin masa depan keselamatan makanan negara?," soalnya pula.Sebelum ini Bernas dibidas kerana tindakan mereka yang hanya menyimpan stok simpanan berasnya selama sebulan berbanding tempoh lebih lama yang di amal negara lain. Tindakan Bernas itu telah mengakibatkan bekalan beras negara berkurangan dam mendedahkan negara kepada putus bekalan beras jika berlaku sebarang kecemasan.Sehubungan itu, semua import beras katanya perlu dikawal selia pihak kerajaan sendiri termasuk juga penyimpanan stok kecemasan. Ianya penting bagi mengawal lambakan beras luar dan bagi memastikan keselamatan makanan negara terus terjamin.

" Saya tak kata Bernas tidak boleh berniaga beras, dia boleh berniaga beras, tapi jangan bagi permit import dan jangan bagi kuasa simpan stok kecemasan. Biar dia pun ambil beras dari kerajaan, berapa peratus dia nak, kerajaan pertimbangkan lah" ujarnya.Mengulas tindakan kerajaan yang ingin mengambil balik milikan 31 peratus ekuiti di dalam Bernas yang dimiliki oleh syarikat dari Hong Kong, Wang Tak Co. Ltd. (Wang Tak), Mahfuz berkata ianya bukan jaminan sektor pemakanan utama negara akan selamat."Itu urusan bisnes biasa, soalnya apakah ambil balik itu beri jaminan masa depan kepada sektor makanan kita?," soalnya.Mahfuz sebelum ini antara yang mempertikai pemilikan 31 peratus ekuiti Bernas oleh syarikat asing berkenaan. Antara yang dipersoal adalah bagaimana Wang Tak boleh mengumpul dan menaikkan pemilikannya daripada sekitar 18 peratus pada tahun 2007 kepada 31 peratus sekarang tanpa dikesan oleh agensi-agensi kawal selaras seperti Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara mahupun Kementerian Kewangan.

UNTUK BERITA LANJUT, SILA KLIK DISINI


No comments: