Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: Pindah kuil: Dialog akan diadakan dengan penduduk Seksyen 23



Kerajaan negeri Selangor serta para wakil rakyatnya di Shah Alam akan mengadakan dialog khas dengan penduduk Seksyen 23 Shah Alam ekoran keputusan kerajaan memindahkan sebuah kuil Hindu ke situ.Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, dialog itu akan diadakan tidak lama lagi antara pihak-pihak yang terlibat. Kerajaan negeri Selangor telah membuat keputusan untuk memindahkan kuil Hindu yang terletak di Seksyen 19 ke sebuah tanah perindustrian di Seksyen 23.

Ia dibuat dengan persetujuan jawatankuasa kuil berkenaan selepas mengambilkira kedudukannya yang tidak berapa sesuai kerana terlalu rapat dengan rumah penduduk di sana.Kuil ini dibuat untuk keperluan penganut Hindu di Seksyen 19, 20 dan 23 Shah Alam.Keputusan ini telah dibantah oleh sekumpulan penduduk Seksyen 23 dengan alasan penduduk beragama Hindu hanya sedikit atau minoriti sahaja di situ."Bagi saya hujjah ini tidak sesuai. Ini kerana, kalau hujjah ini digunapakai, di mana kita mahu membina kuil untuk penganut Hindu ini kerana orang Melayu adalah majoriti di Shah Alam."Di Klang, masjid dan surau juga dibina di kawasan majoriti Hindu," katanya.

UNTUK BERITA LANJUT, SILA KLIK DISINI
KETAHUI PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB MENYEBAR VIRUS KEJAM SELSEMA BABI(H1N1) DENGAN KLIK BANNER DIBAWAH

No comments: