Senator Prof Datuk Dr Ismail Salleh telah meninggal dunia dalam penerbangan di Singapura.Beliau merupakan Senator dari kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan pertama yang dilantik.Pakar ekonomi itu meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura hari ini.Menurut laporan, pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Prof Dr Ismail disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura sebaik tiba di hospital itu pada kira-kira pukul 8 pagi.Hospital itu kini dalam proses bedah siasat untuk mengetahui punca kematian,Arwah yang merupakan bapa kepada enam orang anak, pernah menyandang tugas selaku Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.
untuk berita lanjut, sila klik disini
No comments:
Post a Comment