Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: Adun Umno takut lompat parti - PAS Terengganu

KHIDMAT MASYARAKAT HARAKAH ONLINE UNTUK SEMUA PEMBACA HARAKAH ONLINE

Pendedahan berani! ketahui Siapa dalang sebenar disebalik penyebaran Influenza A (H1N1)yang mengakibatkan beribu-ribu orang di jangkiti di seluruh dunia!


Bukti mengejutkan
hasil kajian daripada Universiti Sains Malaysia mengenai virus kejam ini!
dan banyak lagi maklumat PENTING WAJIB ANDA TAHU....jangan berlengah lagi,dapatkan secara PERCUMA dengan klik banner dibawah


PAS Terengganu berpendapat, para Adun Umno yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said tidak berani untuk melompat parti.Menurut seorang pemimpin PAS negeri itu yang dihubungi Harakahdaily, atas sebab itulah sampai sekarang, walaupun ada khabar-khabar angin mengenainya ia belum berlaku lagi sehingga kini.Beliau yang enggan namanya disiarkan mengulas laporan laman web The Malaysian Insider (TMI) yang melaporkan sembilan Adun Umno bersetuju untuk menyertai PKR dan membentuk kerajaan baru di Terengganu bersama PAS.

Namun usaha itu gagal kononnya kerana Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib tidak bersetuju dan lebih senang bekerjasama dengan Ahmad Said.TMI juga melaporkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan 11 Adun Umno ini disamping seorang wakil Adun di Kemaman lepas pilihan raya kecil Manek Urai lalu.

Semalam, semasa sidang rehat Dun Terengganu, Harun Taib menafikan laporan itu dan berkata dia tidak tahu menahu mengenainya.Datuk Rosol Wahid, Adun Ajil yang dilaporkan TMI juga menafikan mahu meninggalkan Umno dan menyertai PKR. Namun, beliau mengakui ada masalah yang belum selesai dalam Umno.

Pemimpin PAS Terengganu yang dihubungi Harakahdaily ini mengesahkan memang ada ura-ura Adun Umno ini mahu menyertai PKR "tetapi ia belum berlaku kerana mereka tidak berani."Beliau juga yakin, laporan yang mengatakan Harun Taib adalah penghalang pembentukan kerajaan baru ini berdasarkan persepsi Adun Umno berkenaan semata-mata kerana hubungan baik antara Harun dengan Ahmad Said.Beliau yakin, apa-apapun, PAS Terengganu akan membuat keputusan bersama dan bukannya berdasarkan pandangan Harun seorang.Dalam Dewan Undangan Terengganu ada 32 ahli. Lapan darinya adalah PAS manakala 23 adalah Adun Umno dan satu MCA.12 dari Adun Umno dikatakan tidak bersetuju dengan Ahmad Said ekoran cara perlantikan beliau selepas pilihan raya umum 2008 lalu.


UNTUK BERITA LANJUT, SILA KLIK DISINI

KETAHUI PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB MENYEBAR VIRUS KEJAM SELSEMA BABI(H1N1) DENGAN KLIK BANNER DIBAWAH

No comments: