Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: 3 penyebab Umno terus ditolak di Pmtg. Pasir

Sudah LEBIH DARIPADA 1000 ORANG (tidak termasuk pembaca harakah online yang download)MENDAPATKAN LAPORAN PERCUMA YANG WAJIB DIKETAHUI PADA MASA KINI...ANDA BILA LAGI?

JANGAN TUNGGU SUDAH TERKENA, BARU TERFIKIR NAK DAPATKAN LAPORAN INI KERANA LAPORAN INI JUGA MEMBERIKAN PANDUAN SEBENAR UNTUK MELINDUNGI DIRI DARI TERKENA SELSEMA BABI.KAMI BERI JAMINAN 100% MAKLUMAT ANDA TIDAK DISALAHGUNAKAN OLEH PEMILIK LAPORAN KHAS INI KERANA KAMI LEBIH MENGENALI MEREKA. YAKIN DAN DOWNLOAD...



Bersandarkan rekod kekalahan tipis 65 undi pada pilihanraya Manek Urai, Umno meletakkan keyakinan mereka mampu menang di PRK Permatang Pasir.Mereka juga berpendapat, penyumbang kepada kekalahan tipis di Manek Urai adalah faktor kredibiliti dan emej calon yang dilihat sedikit 'bersih' berbanding calon mereka pada PRK sebelum ini. Namun di N11, terbukti sandaran keyakinan Umno BN itu tetap silap.

Pengarah Strategik PKR Tian Chua berpendapat kekalahan Barisan Nasional di N11 itu berpunca oleh stretegi kempen Umno sendiri yang terlalu menekankan politik perkauman yang sempit."Umno mendominasi kempen di Permatang Pasir dengan agenda-agenda Melayu serta perkauman yang sempit, sedangkan mereka tidak sedar bahawa (calon) lawan mereka juga adalah melayu dan seorang yang berpegangan agama Islam yang benar."Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu berkata teknik berkempen secara 'cauvenisme' (perkauman melampau) Umno dengan berpandukan demografi 70 peratus undi Melayu dan 25 peratus undi Cina bukanlah suatu langkah yang strategik."Umno tidak boleh begitu cauvenis walaupun pengundi Melayu 70 peratus, sedangkan pengundi Cina hanya 25 peratus. Rakyat sudah bijak menilai kejujuran parti serta calon. Baik Melayu atau Cina, mustahil rakyat akan pilih parti yang tidak jujur (atau) calon yang tiada kredibiliti," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

"Satu Malaysia (tajaan) Umno sebenarnya tidak ikhlas. Hari ini, dia kata Malaysia untuk semua bangsa. Bila datang pilihanraya (kecil), dia (Umno) kata Malaysia ini Melayu punya. Tidak ikhlas lebih buruk dari tidak jujur,' tambahnya lagi.Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Dato' Abdul Halim Abdul Rahman yang dihubungi kemudian, berpendapat bahawa calon dan parti bukanlah faktor utama Umno ditolak di N11 Permatang Pasir.Sebaliknya rakyat kian yakin terhadap kemampuan Pakatan Rakyat, berbanding Umno walaupun media arus perdana melaporkan berita secara tidak adil."Rakyat sebenarnya bijak dan rasional. Rakyat yakin Pakatan mampu dan kukuh, walaupun tv3, Utusan dan Berita Harian melaporkan Pakatan Rakyat sebagai 'pakatan yang rapuh'.""Rakyat muak dengan propaganda televisyen dan surat khabar yang Umno mainkan. Umno masih digambarkan bersih dan amanah (dalam media), sedangkan rakyat melihat pemimpin-pemimpin Umno terlibat dalam rasuah dan skandal pecah amanah," ujar Ahli Parimen Pengkalan Chepa itu.

Bagaimana pun, beliau tidak menafikan faktor kredibiliti calon serta parti sebagai punca Umno kalah di Permatang Pasir."Sejak dari awal lagi calon Umno (Rohazat Othman) dilaporkan banyak masalah peribadi dan pekerjaannya. Jika calon bermasalah, bermakna undi (sokongan) juga pasti ada masalah. Saya setuju, calon itu penilaian yang penting.""Umno sedang ketinggalan zaman, suatu parti purba. Umno masih berkempen tanah Malaysia ini milik orang Melayu, sedangkan banyak kes pengkhianatan Melayu seperti isu tanah, kedudukan Islam serta isu bahasa (PPSMi) dilakukan (oleh) pemimpin-pemimpin Umno sendiri,' tambahnya.Tegasnya lagi, Umno akhirnya tetap ditolak rakyat Permatang Pasir sekali pun calon mereka dikenali bermoral dan amanah, kerana Umno sendiri dikenali khalayak sebagai parti yang khianat Melayu dan tiada sahsiah.Bagi Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga bekas Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP) Dr. Dzulkifli Ahmad, andaian bahawa Umno mampu membenamkan calon PAS Ustaz Salleh Man jika calon mereka tidak dibelit pelbagai masalah peribadi dan moral, sebagai suatu andaian menyedapkan hati pemimpin-pemimpin mereka.


UNTUK BERITA LANJUT, SILA KLIK DISINI

No comments: