Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: Merdeka: Apakah percikan bunga api boleh kembalikan keyakinan rakyat?

Bukan kibaran bendera, nyanyian lagu, percikan bunga api, perarakan, ciptaan logo dan slogan yang utama tetapi bebas dan merdeka dari sebarang penindasan yang mencengkam minda, hak-hak dan keadilan sama rata menjadi harapan rakyat sejak 52 tahun yang lalu.Dengan belenggu kemiskinan, jurang antara kaya dan miskin semakin melebar, gaji sedikit harga barang meningkat, jenayah bercambah, gejala keruntuhan akhlak makin menjadi dan kualiti kesihatan yang bertambah buruk lantaran penularan wabak terbaru, menjadikan rakyat makin resah gelisah mendiami negara tercinta ini.

Bukan itu sahaja, gelodak runsing rakyat, makin terpampang tatkala api perkauman mula dinyalakan, mula mengusik batas agama,hak-hak kebebasan bersuara dinafikan, cakaran politik di sana sini, agensi-agensi penguatkuasaan yang sudah hilang intergriti dan aneka keserabutan menjadikan 'Merdeka' tidak mempunyai erti, sama seperti tahun-tahun sebelumnya.Bagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, kemerdekaan perlu kepada satu anjakan baru yang lebih meyakinkan rakyat dan mendemokrasikan negara dalam erti kata sebenarnya.

"Saya akui ada peningkatan kemudahan asas dan pembangunan fizikal memang wujud namun itu tidak cukup."Yang menjadi virus kepada negara ialah intergriti,di mana rakyat semacam hilang kepercayaan kepada pemimpin dan kerajaan. Ini perubahan yang perlu dilakukan," jelasnya kepada Harakahdaily pagi ini.

Katanya keadaan yang tidak kondusif seperti agensi penguatkuasaan umpama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis yang semakin diragui menunjukkan bahawa 'perjuangan kewibawaan' ini masih belum selesai."Intergriti mesti dibaik pulih, keamanan sahaja tidak cukup untuk memacu pembangunan ekonomi, sosio politik. Mesti ada perpaduan dan iltizam."Akta-akta draconian seperti ISA mesti dimansuhkan dan penegasan terhadap penyelewengan yang terpilih seperti melibat kepimpinan negara perlu didedahkan dan dikenakan tindakan," katanya yang juga Chief Komandan Himpunan Mansuhkan ISA

Awal bulan ini, lebih 100,000 rakyat berhimpun secara aman membantah dan menggesa kerajaan memansuhkan ISA yang zalim dan menganiaya rakyat tanpa bicara.Sebelum itu 7 Mac lalu, rakyat turut 'bangkit' menentang dasar kerajaan melalui PPSMI yang meminggir bahasa kebangsaan dan menyebabkan pelajar semakin tercicir, dan ibu kota menjadi saksi ratusan ribu rakyat menunjukkan solidariti.Dalam kedua-dua isu itu atau apa yang didakwa sesetengah pihak bahawa pembangkang mencetuskan suasana tidak senang itu, Salahuddin menjelaskan kedudukan sebenar peranan semak dan imbang (Check and balance) yang dilakukan oleh pihak mereka."Peranan pembangkang bukan bersifat pengacau atau pencetus huru hara negara tetapi lebih bersifat "memulakan suatu langkah hari ini, bagi membekalkan perkara yang lebih baik kepada generasi akan datang,"katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.Lain pula pandangan Pengarah Strategik KeADILan, Tian Chua yang melihat penindasan dan penjajahan bentuk baru sedang berlaku dalam negara ini.

"Kalau dulu penindasan datangnya daripada penjajah dan kini penjajah masih wujud dengan mekanisme yang sama cuma 'tukar kulit' sahaja."Merdeka tulen ialah apa yang dimimpikan dan apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang zaman dahulu iaitu bebas daripada penindasasn, boleh menjadi pemilik harta kekayan negara," jelasnya.Kini negara katanya, mengalami kemerosoton dari segi hak asasi kepada rakyat dan pelbagai institusi yang 'check and balance' sudah hilang peranannya.

UNTUK BERITA LANJUT, SILA KLIK DISINI

No comments: