Pengarah Pilihanraya PAS Permatang Pasir Dato' Mahfuz Omar meminta Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) mengambil pengajaran dan mengkaji semula pemilihan hari mengundi pada hari bekerja berikutan kemerosotan peratus keluar mengundi pada pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir semalam.Beliau yang juga Naib Presiden PAS dalam satu sidang media di markas induk malam tadi berkata, kesannya telah mengakibatkan kesukaran mereka yang bekerja untuk pulang membuang undi.
"Saya minta supaya ini menjadi pengajaran kepada SPR untuk melihat pada masa akan datang sebarang bentuk pilihanraya khususnya pilihanraya kecil perlu dibuat pada cuti hujung minggu.Dan ini juga merupakan satu faktor yang menyebabkan kekurangan majoriti yang kita perolehi," katanya pada sidang media selepas SPR mengumumkan kemenangan calon PAS.Jumlah keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008.
Sementara itu, Ustaz Salleh Man dengan kemenangannya itu berjanji akan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat yang telah memilihnya sebagai wakil mereka dan menganggap kemenangannya hasil kerja kuat Pakatan Rakyat berhadapan dengan jentera Umno dan juga jentera kerajaan.
untuk berita lanjut, sila klik disini
HANYA MASUKKAN NAMA DAN EMEL ANDA. ANDA PEROLEHI ILMU MANFAAT, KAMI SEMAKIN BERSEMANGAT -admin Harakah Online
No comments:
Post a Comment