GEORGETOWN - "Usah pilih Barisan Nasional (BN) lagi untuk menerajui rakyat negara ini sebab mereka sering menyalahgunakan kuasa yang ada untuk kepentingan parti yang kian karam, " Itulah kata-kata Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Tanjung, Rashidi Salim pada Harakahdaily mengingatkan para pengundi di Dewan Undangan Negeri (Dun) N25 Bukit Selambau, Kedah dan P059 Parlimen Bukit Gantang, Perak.Beliau menegaskan, sebab utama penolakan BN itu adalah kerana sikap kepimpinan mereka yang diterajui Umno dilihat terlalu angkuh serta tidak menghormati keputusan Kerajaan Negeri walaupun diera pemerintahan mereka sendiri.
Contohnya di Pulau Pinang, terdapat sebidang tanah yang diluluskan oleh Kerajaan BN pada tahun 2002 untuk pembinaan Sekolah Agama Rakyat (SAR) disalahgunakan apabila Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) mengizinkan bangunan Umno dibina di situ dua tahun kemudian.Walhal Pengurusan SAR berkenaan pernah memohon kepada kerajaan untuk membina bangunan SAR yang diwakafkan pada tahun 1997 namun tidak dihiraukan.
untuk berita lanjut, sila klik disini
No comments:
Post a Comment