15 April 2009
Keadaan mula kecoh selepas Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) dimansuhkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.Ramai yang mula melenting terutamanya usahawan Melayu yang merasakan organisasi yang ada di bawah MECD ini akan terabai jika ia diletakkan di bawah kementerian lain.Pastinya persepsi kegagalan agensi yang sudah tersedia di kementerian lain yang akan menjadi payung baru MARA, TEKUN, LPKP dan sebagainya membayangi perihal pemansuhan MECD ini.
Sebelum ini pun seperti kata beberapa tokoh usahawan, MECD sendiri masih belum cukup kuat dalam pencapaiannya dan ia perlu diperkasakan lagi.Malangnya tak sempat untuk diperkasakan, MECD dihapuskan menyebabkan usahawan hilang 'arah', terkapai tanpa arah tujuannya hingga detik ini.Hingga kini kedudukan MARA, TEKUN, LPKP, UDA dan sebagainya termasuk Bank Rakyat belum tentu pastinya, dan ramai yang menyatakan jika agensi ini diletakkan di bawah kementerian lain, apa pula dasarnya selepas ini.Timbul bibit kebimbangan, tak kira di kalangan orang Umno, PAS, KeADILan mahupun pihak lain akan pemansuhan ini, yang ratanya bimbang dengan nasib usahawan tatkala ekonomi negara pun terumbang ambing,
untuk berita lanjut, sila klik disini
No comments:
Post a Comment