DALAM ucapan ringkas sebelum mengumumkan senarai kabinetnya, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak berkata bahawa era kerajaan mengetahui segalanya atau "the government knows best" telah berlalu.Apakah ungkapan di atas merupakan sebuah lagi gimik politik Najib dalam usaha mencari populariti dan kepercayaan rakyat?Pepatah Inggeris mengatakan "old habits die hard" bermaksud amalan (buruk) lama sukar untuk dihentikan.
Sudah menjadi pengetahuan umum betapa amalan kononnya kerajaan Umno-BN maha mengetahui apa yang terbaik untuk negara dan rakyat sehingga mengenepikan hampir semua cadangan dan pendapat pembangkang yang turut mewakili sebahagian besar rakyat sudah mula berakar umbi sejak di era Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman lagi.Bukan itu sahaja, amalan ini juga memperlihatkan ciri-ciri Perdana Menteri "knows best and knows all" (tahu apa yang paling baik dan tahu segala-galanya).
untuk berita lanjut, sila klik disini
No comments:
Post a Comment