IPOH - Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) terkejut dan kecewa dengan kenyataan Dato' Dr Zambry Abdul Kadir di dalam media cetak mengatakan kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang baru-baru ini tidak mendapat sokongan sebahagian besar orang Melayu sebagai menafikan mahkamah rakyat bagi memilih pemimpin yang bersih dan adil.Demikian dinyatakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Ipoh Timur, Salmah Salleh dalam kenyataan medianya hari ini sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Kudeta BN Perak, Zambry Abdul Kadir.Menurutnya, DPPK IT juga kecewa dengan dakwaan pemimpin pemimpin Umno/BN yang mendakwa parti itu mendapat sokongan besar dari orang Melayu, dalam masa yang sama menyifatkan kemenangan calon PAS, Dato' Mohammad Nizar Jamaluddin yang menewaskan calon BN, Ismail Safian di Parlimen Bukit Gantang adalah kerana PAS mendapat sokongan dari orang Cina yang telah terpedaya dan terpengaruh dengan dakyah PAS dan DAP.
Untuk berita lanjut, sila klik disini
No comments:
Post a Comment