Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview : Muslimat terkena 'ilmu hitam' ketika kempen?

KUANTAN 10 April (Hrkh) - Yang Dipertua PAS Kawasan Inderamahkota, NasrulAmir Abdullah menyifatkan penggunaan ilmu hitam dalam pilihan raya parlimen Bukit Gantang 7 April lalu adalah perbuatan tidak bertamadun.Beliau mendakwa, empat petugas muslimat daripada Inderamahkota terkena ilmu hitam menyebabkan mereka menghadapi masalah kesihatan dan histeria.

Difahamkan anggota muslihat terbabit terlibat dengan kempen dari rumah ke rumah. Bagaimanapun, mereka berjaya dipulihkan dengan bantuan daripada anggota perubatan Assyifa' yang turut berada di situ."Alhamdulillah keadaan mereka kembali pulih dan meneruskan kerja merayu undi pada hari mengundi," ujarnya.

Katanya, sepanjang penglibatannya dalam pilihan raya inilah kali pertama berhadapan dengan kes seumpama ini."Sebelum ini dalam pilihan raya di Kuala Terengganu, Permatang Pauh dan lain-lain tiada kes seumpama ini.

"Pada masa depan kita perlu berhati-hati kerana lawan yang tertekan akan melakukan apa sahaja untuk menang," katanya. - azm/mks._

No comments: