KUALA LUMPUR - Bukan mencemuh apatah lagi menghina bukan Islam yang mengungkap ayat-ayat Quran malah wajarnya bersyukur dan memberi galakan untuk mereka mendekati dan memahami Islam.Demikian kata pendakwah bebas Dr. Azhar Yaakob, sambil mengulas bahawa sudah pasti orang bukan Islam turut memahami serta menjaga sensitiviti umat Islam dengan mengkaji serta berlatih terlebih dahulu sebelum mengungkap ayat-ayat Quran termasuk mengetahui maksudnya supaya ianya tidak tersasar.
"Lainlah kalau mereka menghina, mempermainkan ayat Quran ataupun salah tafsir...itu kita tentang. Kalau nak ikut salah sebutan, ramai termasuk orang Islam sendiri banyak silap. Itu proses belajar, yang penting mereka ungkap untuk menceritakan bahawa ayat Quran suruh manusia berlaku adil."Pada saya mereka tidak salah, malah kita kena beri galakan dan tunjuk ajar pada mereka untuk mengenali Islam dengan lebih baik lagi, bukan mencemuh atau melarang membaca ayat-ayat Quran yang menjadi pentunjuk untuk umat manusia," kata Azhar lagi.Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab kuliah agama yang diadakan di pejabat Harakah tengah hari tadi yang merupakan rutin setiap hari Khamis untuk kakitangan dan warga kerja Harakah.
untuk berita lanjut, sila klik disini
No comments:
Post a Comment