KUALA LUMPUR 15 April 2009 - Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaafar menegaskan kenyataannya sebelum ini bukan berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak serta tidak bertujuan menghasut rakyat agar melakukan demonstrasi sebagaimana berlaku di Pattaya, Thailand.Kamaruddin berkata demikian sebagai respons kenyataan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishammuddin Hussein serta Menteri Besar Perak, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir yang menyifatkan kenyataannya sebagai amat tidak bertanggungjawab, berbahaya serta sengaja mahu mencetuskan ketegangan dan keadaan huru-hara dalam masyarakat.
Kamaruddin menegaskan, merujuk balik kenyataannya itu, beliau menyatakan Najib perlu mengambil pengajaran daripada pengalaman peristiwa yang berlaku pada sidang Asean yang dihadirinya di Pattaya."Dalam kenyataan saya yang lalu, saya menegaskan jika rakyat tidak berpuas hati dengan cara kerajaan digulingkan, rakyat akan berhimpun dan bertindak. Jadi, saya mengatakan dengan pengajaran tersebut adalah lebih baik Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan serta diadakan pilihan raya.
untuk berita lanjut, sila klik disini
No comments:
Post a Comment