SUNGAI PETANI - Berita yang dipaparkan oleh media arus perdana dalam musim pilihanraya kecil ini dianggap seperti "Pi Mai Pi Mai Tu" kata Ketua Pemuda DAP, Loke Siew Fook."Ini kerana ianya adalah sebuah drama politik. Pengarahnya adalah Umno, pelakonnya Umno. Ini kerana tiap-tiap malam hanya pemimpin Umno dan MIC sahaja yang keluar di kaca televisyen."Ini nampak macam pilihanraya kecil ini hanya satu orang saja yang lawan, macam 14 orang calon lain sudah mati," katanya.Justeru beliau menyarankan agar setiap calon yang bertanding di dalam pilihanraya diberikan hak kepada semua calon yang bertanding untuk menyuarakan hak masing-masing.
"Bukan kepada calon KeADILan saja tapi juga kepada calon bebas. Mengapa hanya satu calon sahaja yang keluar tv sampai 3-4 kali sehari. Berilah peluang sama rata kepada semua calon untuk menyuarakan pandangan mereka. Samada rakyat mahu pilih atau tidak itu bukan soalnya," ujarnya lagi.
untuk berita lanjut, sila klik disini
No comments:
Post a Comment