Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: Bloggers perlu etika dalam membuat laporan

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bahawa setiap bloggers perlu mempunyai etika dalam membuat laporan agar setiap laporan yang diutarakan merupakan maklumat yang sahih.Beliau yang mewakili kerajaan negeri sangat mengalu-alukan laporan dibuat bagi membuktikan kebenaran sesuatu fakta yang menyeleweng."Kalau berlaku penyelewengan, tanggungjawab masyarakat bukan sahaja menulis dalam blog saja tetapi membuat laporan kepada pihak yang boleh mengambil tindakan sewajarnya.

"Saya memang galakkan usaha itu tetapi pada saya ada kalanya cerita dalam blog tidak semestinya seratus peratus benar," beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan sebuah laman blog yang mendedahkan penyelewengan exco kerajaan negeri.Penyelewengan ini dikaitkan dengan kematian pembantu exco kerajaan negeri, Teoh Beng Hock baru-baru ini di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Plaza Masalam.

Blog berkenaan mendedahkan dengan mendakwa bahawa berlaku penyelewengan yang melebihi 300 buah projek kecil yang bernilai ratusan ribu ringgit di kawasan exco terbabit.Beliau menambah, ada laman blog diwujudkan bertujuan untuk memberi satu pandangan buruk kepada pihak yang disasarkan dan berharap setiap penulis blog mempunyai etika supaya maklumat yang dikemukan adalah benar.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview: Isu pegang lilin hanya bersifat politik - Nik Aziz

KOTA BHARU - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang menghebohkan isu anggota parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Nizar Jamaluddin memegang lilin pada satu program di Ipoh lebih bersifat politik.Mursyidul Am PAS itu berkata, tindakan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir memintanya mengeluarkan fatwa mengenai perkara itu tidak lebih sebagai kenyataan politik.

"Zambry ni orang politik bukan orang yang kaji Islam, apa kena mengena dengan fatwa agama, fatwa demokrasi pun dia tak pakai, lagi pun keluar fatwa ni tugas mufti," ujarnya ketika diminta mengulas kenyataan Zambry yang memintanya mengeluar fatwa berhubung isu memegang lilin.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kelantan 2009 di Dataran Warisan di sini, petang ini.

Menteri Besar Perak sebelum ini meminta ulama PAS mengeluarkan fatwa berhubung tindakan Nizar memegang lilin ketika hadir pada satu majlis di Perak Jumaat lepas.Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim hari ini menafikan majlis menyalakan lilin yang turut dihadiri beliau dan Nizar majlis berkabung memperingati kematian Teoh Beng Huat.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview: Keluarga Teoh tuntut suruhanjaya siasat punca kematian

KUALA LUMPUR,24 Julai - Keluarga Teoh Beng Hock menuntut suruhanjaya di raja yang ditubuhkan berikutan kes kematian beliau juga menyiasat punca kematiannya.
Adik perempuan Teoh, Lee Lian, 29, selaku jurucakap keluarga itu berkata mereka mahu bertemu dengan Perdana Menteri bagi memaklumkan secara peribadi permintaan mereka supaya siasatan menyeluruh dijalankan terhadap kes kematian abangnya itu.

"Setelah diteliti, suruhanjaya dengan terma-terma khusus itu hanya berkaitan untuk meneliti dan mengkaji soal siasat yang digunakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)."Suruhanjaya itu tidak merangkumi siasatan untuk punca kematian dan pihak yang bertangungjawab," Bernama memetik beliau berkata.Kenyataan keluarga Teoh itu membayangkan rasa tidak puas hati dengan keputusan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menetapkan hanya satu inkues sahaja yang menyiasat punca terbunuhnya Teoh.Teoh terbunuh ketika masih dalam siasatan SPRM yang berusaha mencari bukti-bukti penyalahgunaan wang dalam kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online : status terkini PRK DUN Manek Urai

Disebabkan ada masalah untuk akses harakahdaily, maka sumber luar diambil untuk pemberitahuan status terkini. sumber diambil dari malaysiakini.


kemaskini 8.22pm

Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah melangkah longlai keluar dari bilik gerakan utama parti di Manek Urai.Beliau dalam perjalanan menuju ke tempat penjumlahan undi di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.Menurut sumber parti itu, PAS meraih 5,347 undi, BN pula mendapat 5,283 undi dan majoritinya tinggal 64 daripada 1,352 undi yang diperolehi pada pilihanraya umum lalu.


kemaskini 8.19pm Keputusan rasmi PAS mendapat 4,335 undi, sementara BN pula 4,299 undi.

Lima peti undi belum sampai di tempat penjumlahan undi di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang menanti ketibaan peti-peti sebelum membuat pengumuman rasmi.

Majoriti setakat ini 36 undi.

kemaskini 8.13pm Keputusan rasmi PAS mendapat 3,092 undi, sementara BN pula 2,747 undi.

Majoriti setakat ini 345 undi.

Harakah Online Preview: Keselamatan PAS perketat kawalan di waktu kritikal

KUALA KRAI 14 Julai 2009 - PAS mengarahkan anggota keselamatan parti memperketatkan kawalan di sembilan pusat pengundian bagi mengelakkan sebarang kemungkinan luar jangkaan berlaku pada sebelah petang.Pengarah Operasi Keselamatan PAS Dun Manek Urai, Mejar (B) Mohamad Ibrahim berkata, pihaknya telah bersiap sedia dengan mengerahkan petugas keselamatan berada di sekitar tempat pembuangan undi.

"Mulai jam 3 hingga 5 petang adalah waktu yang paling kritikal kerana segala kemungkinan boleh berlaku apabila kita lalai biar pun sesaat."Saya sudah mengarahkan anggota keselamatan berada di sembilan tempat mengundi tersebut yang terdiri daripada petugas tempatan bagi memastikan tiada pengundi tidak dikenali hadir," katanya di sini.

Beliau berkata seramai 300 petugas keselamatan PAS yang terdiri daripada penduduk tempatan sudah berada di lokasi tempat mengundi bagi memantau setiap pergerakan pengundi yang datang sebelah petang.Menurutnya petugas keselamatan tempatan itu dibantu seramai 100 orang lagi petugas keselamatan yang datang dari seluruh Kelantan.
Beliau juga berkata, sehingga jam 2.30 petang keadaan masih lagi terkawal dan tidak ada kejadian serius yang berlaku kecuali beberapa eksiden kecil.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Haji Abdul Fatah Harun berkata, situasi yang berlaku sehingga jam 2 petang nampaknya menyebelahi PAS di kesemua peti undi.Kata beliau, peti undi Manjor yang sebelum ini dikenali kubu kuat Umno memberi reaksi yang positif kepada PAS.

Untuk berita lanjut, sila klik disini




Harakah Online Preview: Khir Toyo, Dun Selangor, Dun Perak dan ntv7

Nampaknya insiden Ketua Pembangkang Dun Selangor, Dato' Seri Dr. Mohd. Khir Toyo diarah keluar dewan oleh Speaker Dun Selangor, Teng Chang Khim dimanipulasikan sebaik mungkin oleh BN bagi menggambarkan betapa tidak demokratiknya kerajaan-kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.


Malah mantan MB Selangor itu diposisikan sebagai 'mangsa' sikap balas dendam Speaker Dun Selangor yang pernah mengalami nasib serupa ketika menjawat Ketua Pembangkang Dun Selangor sewaktu pemerintahan BN.Semuanya berpunca daripada tindakan peguam Khir Toyo yang mengemukakan surat saman kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim di kawasan Dun Selangor.Khir Toyo diperintah keluar dewan selepas enggan menarik balik kenyataannya yang menuduh Speaker sebagai 'bias' (berat sebelah).

Teng yang 'terganggu' dengan tuduhan Khir berulang kali meminta Pengerusi Kumpulan Pemikir Umno Selangor itu menarik balik kenyataannya.Sewaktu sesi perbahasan Bajet Tambahan 2009, Ng Suee Lim mengadu kepada Teng yang beliau telah menerima surat guaman dari Khir di dalam kawasan dewan dan meminta penjelasan sama ada tindakan peguam Khir itu wajar.Teng kemudian menyatakan bahawa Konvensyen Parlimen Komanwel tidak membenarkan tindakan undang-undang seperti menyampaikan notis guaman dibuat di kawasan dewan kerana ia boleh menghakis imuniti yang dinikmati wakil rakyat.

Teng kemudiannya menegur Khir dan memintanya supaya jangan mengulangi perkara itu, sambil memberi amaran bahawa Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan boleh mengambil tindakan terhadapnya.Khir bagaimanapun mempertahankan dirinya dengan mendakwa bahawa 'standing order' mengehadkan 'dewan' kepada 'dewan mesyuarat'.Teng kemudiannya meminta Khir membacakan peruntukan tersebut tetapi Khir gagal berbuat demikian setelah terkial-kial membelek buku 'standing order'.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview: PAS dijangka raih majoriti lebih besar

KUALA KRAI - Impian Umno mahu bertapak semula di Manek Urai semakin sukar dengan kehadiran lebih 1,300 pengundi luar yang pulang mengundi sehingga jam 4 petang ini.Gelombang pasca Mac 2008 nampaknya masih lagi dipertahankan majoriti pengundi di Manek Urai bagi meneruskan kesinambungan perjuangan Allahyarham Haji Ismail Yaacob (Paksu Wil).Menurut sumber sehingga jam 4 petang tadi PAS nampaknya mendahului Umno hampir keseluruhan peti undi. Paling menarik apabila peti undi Manjor yang menjadi kubu tradisi Umno sebelum ini nampaknya tidak mampu lagi dipertahankan.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview: Ramai pengundi muda pulang mengundi

KUALA KRAI, 14 Julai (Hrkh) - Fenomena awal sudah memperlihatkan semangat penyokong PAS dan Pakatan Rakyat jauh mengatasi Umno ketika parti pemerintah itu di pusat itu terkial-kial menarik simpati rakyat di saat-saat akhir.Sepanjang perjalanan dari Kota Bharu ke Manek Urai pagi tadi ditemui banyak kenderaan yang mengibarkan bendera bulan purnama.

Sebaliknya hanya sebuah dua kereta sahaja yang ditemui sanggup memasang bendera dacing. Banyak kenderaan dilihat dipandu golongan muda, kemungkinan anak perantau Manek Urai yang pulang mengundi.Kesesakan lalu lintas ketara sekali di kawasan berhampiran tempat pengundi. Kenderaan terpaksa berbaris panjang bermula di Bukit Ah Kim menghalang ke Sekolah Kebangsaan Sungai Peria.

Ketegangan berlaku di hadapan sekolah berkenaan apabila perayu undi berbaris di tepi jalan. Biar pun dikawal ketat anggota polis mereka tetap tidak berganjak.Berlaku juga kekecohan di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru apabila perayu undi Puteri Umno enggan mematuhi arahan polis. Petugas PAS pula tidak lekang mulut berselawat.

Manakala didapati seorang petugas SPR cuba mempengaruhi pengundi tua cuba berkempen bagi pihak Umno dengan umpan kebendaan. Petugas PAS yang membawa pengundi yang menggunakan stiker SPR dihalang mendekati pintu tempat mengundi.Di Manjor biar pun kawasan itu merupakan kubu Umno sebelum ini langsung tidak kelihatan ghairah. Kehadiran penyokong PAS jauh lebih ramai.

Di peti undi Laloh pos Umno yang terletak berdekatan dengan tempat pembuangan undi kelihatan lengang.Situasi itu sudah cukup memberi gambaran awal terhadap apa yang akan berlaku lewat petang ini. Malam tadi ketika jarum menunjukkan jam 12 malam, berakhir sudah lapan hari tempoh kempen pilihan raya kecil bagi Dun Manek Urai.

ImageBiarpun pada detik itu tidak kedengaran lagi gema kempen kedua-dua parti terbabit, namun kesesakan jalanraya terus kelihatan terutama dijalan-jalan berhampiran dengan bilik gerakan parti masing-masing.Warong di tepi-tepi jalan masih sibuk bersama pelanggan merumus pelbagai andaian dan teka teki tentang pilihan raya. Gerai-gerai jualan terus menjadi tarikan pengunjung persis di bulan Ramadhan.

Namun debaran jantung kedua-dua calon tiada siapa dapat menyelaminya. Pastinya sementara menunggu berakhir proses pilihan raya keresahannya tiada jua dapat merasainya.Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yasin mempertaruhkan isu pembangunan antara lain akan menjadikan Manek Urai sebagai anak emas, di saat-saat akhir.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Terkini dari Manek Urai

MANEK URAI, 14 Julai (Hrkh) - Proses pengundian bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai bermula jam 8 pagi ini.Sembilan pusat pengundian dibuka untuk pilihan raya kecil itu melibatkan 27 saluran dalam proses yang diselia pegawai dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diketuai Pegawai Pengurus Pilihan Raya Adnan Hussin, yang juga Ketua Jajahan Kuala Krai.

Sebahagian besar daripada 12,293 pengundi, kecuali 25 pengundi pos, dijangka keluar awal untuk memilih wakil rakyat baru bagi menggantikan penyandangnya Ismail Yaacob yang meninggal dunia pada 22 Mei lepas akibat serangan jantung.

SPR mensasarkan kira-kira 85 peratus daripada pengundi akan keluar mengundi pada pilihan raya kecil ini.

Pengundian akan ditutup pukul 5 petang dan diikuti dengan pengiraan undi di kesemua sembilan pusat mengundi terbabit.

Penjumlahan undi akan dilakukan di Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai dan keputusannya dijangka dapat diketahui seawal pukul 8 malam ini.

7.30 pagi: Kenderaan mula sibuk dan jalan sekitar Dun mula sesak dengan kenderaan.Bendera PAS dan Pakatan Rakyat kelihatan di merata tempat sehingga ke Pekan Kuala Krai dan Kota Bahru.

8.00 pagi: Pusat pengundian mula dibuka. Semua kawasan pengundian hangat dengan kehadiran para pengundi dan kenderaan.

8.15 pagi: Kelihatan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengiringi calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah meninjau di kawasan Peti Undi Peria.

8.30 pagi: Jalan mula sesak. Kenderaan dan anggota polis dilihat hanya mengiringi pemimpin dan VIP daripada BN dan tidak kelihatan anggota yang bertugas mengawal jalan raya.

9.15 pagi: Rombongan Tuan Guru Nik Aziz, Presiden dan calon PAS kini berada di kawasan Peti Undi Sg Sok.

9.30 pagi: Sehingga jam 9 pagi, SPR mengesahkan sebanyak 1,932 pengundi (15.7 peratus) telah keluar mengundi.

9.45 pagi: Kekecohan berlaku apabila berlaku pertembungan antara penyokong dan peraih undi BN dan PAS di kawasan SK Manek Urai Baru. Namun, keadaan terkawal apabila pihak polis berjaya mententeramkan keadaan.

10.30 pagi: Peratus keluar mengundi setakat ini adalah 4,706 pengundi (38.3 peratus) dan disahkan oleh SPR.

11.00 pagi:Sekumpulan penyokong PAS mengepung sebuah kereta yang dinaik mereka disyaki menyamar sebagai pegawai SPR dengan menggunakan pelekat SPR dan masuk ke pusat pengundian di Manjor.

Pihak polis kemudiannya campurtangan dan mengesahkan mereka bukan 'pegawai SPR' dan mengarahkan mereka beredar dari situ.

11.15 pagi: SPR mengesahkan sehingga jam 11 pagi tadi sebanyak 40 peratus pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka.

11.30 pagi: SPR mengesahkan sudah 55 peratus pengundi menunaikan tanggungjawab mereka.

11.35 pagi: Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat melawat pondok panas PAS di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru.

11.45 pagi: Ketua Polis Kelantan, Dato' Abdul Rahim Hanafi menggesa orang luar tidak menggunakan Jalan Kuala Krai-Gua Musang jika tiada urusan penting bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.

12.00 tgh: Peratus keluar mengundi sehingga pukul 12 tengah hari sudah mencecah 68 peratus.

12.30 tgh: Semua kenderaan terutamanya yang menggunakan jalan raya Kuala Krai-Gua Musang telah dilencongkan ke jalan-jalan kampung bagi mengurangkan kesesakan.

1.30 petang: Jumlah yang telah keluar mengundi adalah sebanyak 75 peratus sehingga jam 1.15 petang tadi. SPR menjangkakan sebanyak 85 peratus pengundi akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini.

Harakah Online Preview: Nik Aziz kagum golongan muda bersemangat pertahan PAS

KUALA KRAI, 14 Julai (Hrkh) - Penyokong PAS di sekitar tempat mengundi di Sekolah Kebangsaan Peria tambah bersemangat dengan kehadiran Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz NIk Mat meninjau kawasan itu.Ketibaannya kira-kira jam 7.50 pagi sebelum tempat pengundian dibuka. Kehadirannya menarik perhatian orang ramai, mereka kemudian bertakbir dan berselawat.

Ketika ditemui media, Tuan Guru Nik Abdul Aziz memberitahu keadaan aman membolehkan pengundi di Dun Manek Urai keluar awal untuk menunaikan tanggungjawab mereka.Ditanya sambutan terhadap PAS beliau berkata, sepanjang pemerhatiannya tidak kelihatan mereka yang memakai baju atau sebarang tanda berlambang dacing berbanding anak muda yang memakai baju bulan."Saya hairan juga kerana mereka tak kelihatan di masjid, malah di jalan-jalan raya pun kurang yang membawa bendera dacing, apakah ini menggambarkan perubahan pemikiran mereka berpihak kepada PAS, saya pun tak tahu.." ujar beliau.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview: Manek Urai: PAS ditentang BN!

Manek Urai, 6 Julai - Pilihan raya kecil Dun Manek Urai menyaksikan calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah, 50 akan ditentang calon daripada Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat, 39.

Status kedua-dua calon itu disahkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Manek Urai, Adnan Hussin sebentar tadi.

Lintas langsung daripada Manek Urai sebelum ini

Seawal jam 7 pagi lebih 10,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat berkumpul di pekarangan Masjid Jauhar untuk memberikan sokongan kepada calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah dalam proses pencalonan yang sedang bermula ketika ini.

7.00 pagi: Penyokong PAS dan Pakatan Rakyat memenuhi pekarangan Masjid Jauhar.

7.35 pagi: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengimami solat Hajat. Turut kelihatan pimpinan PAS yang diketuai Presidennya, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar, Salahuddin Ayob dan Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali.

8.05 pagi: Perarakan calon PAS ke Pusat Penamaan Calon, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1 sejauh 1.5 km bermula. Lebih 10,000 iringi calon PAS. Kelihatan pimpinan PAkatan Rakyat, Azmin Ali, Tan Sri Khalid Ibrahim, Zuraidah Kamaruddin, Tan Siew Giaw dan Tian Chua.

8.45 pagi: Rombongan perarakan calon tiba di pusat penamaan Dewan Petra, Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1.

8.50 pagi: Calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah masuk ke dalam dewan diiringi pencadangnya,bekas Imam Kg Temalir, Idrus Jalal, 69 dan penyokongnya, seorang Guru, Abdul Halim Hamzah,43, dari Kampung Latereh.

8.55 pagi: Calon Umno-BN, Tuan Abdul Aziz Tuan Mat masuk ke dalam dewan. Rombongan penyokong Umno-BN dianggarkan seramai 2,000. Turut kelihatan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tengku Adnan Mansor, Dato' Seri Shafei Apdal, Dato' Mustafa Mohamad dan Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein.

9.45 pagi: Masa pencalonan masih dibuka jika masih ada pencalonan lain.

10.00 pagi: Tempoh mengemukakan borang pencalonan berakhir.Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Adnan Hussin hanya menerima borang daripada Tuan Aziz Tuan Mat, 39, (BN) dan Mohd. Fauzi Abdullah, 50, (PAS).

10.05 pagi: Proses bantahan sedang berlangsung.

FAKTA MANEK URAI|

* PRU ke-7 sejak Mac 2008.

* Calon PAS, Ismail Yaacob menang dengan majoriti 1,352 undi tewaskan calon BN, Mohamed Zulkifli Omar.

* 14 Julai sebagai tarikh pengundian.

* Seramai 12,293 pemilih termasuk 25 pengundi pos layak mengundi kali ini.

* 12,197 adalah pengundi Melayu (99.2 peratus), pengundi Cina (56), India (28) dan lain-lain kaum 12 orang. - mks. _

Harakah Online Preview: Penjelasan isu babi dan bantahan DAP

TIBA-TIBA DAP negeri Kedah mengisytiharkan keluar dari permuafakatan Pakatan Rakyat negeri ini hanya kerana isu perobohan pusat penyembelihan babi oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di Kampung Berjaya, Alor Setar.Keputusan tersebut diumumkan oleh Pengerusi DAP Kedah/Perlis Thomas Su selepas mengadakan mesyuarat tergempar dengan ahli jawatankuasa DAP Kedah ekoran, apa yang disifatkan mereka, kegagalan kerajaan negeri menangani isu tersebut sehingga dilihat seolah-olah kepentingan semua kaum tidak diambil kira.Bagaimanapun pengumuman keputusan tersebut lebih kepada gimik politik kerana semua tahu bahawa isu besar parti seperti soal kerjasama, penggabungan atau perpisahan antara parti adalah ditentukan oleh Pusat, bukan negeri.

Tidak boleh dipersalah

Secara jujur, Thomas dan rakan-rakan tidak boleh dipersalahkan kerana mereka hanya menangani isu tersebut di episod-episod terakhir drama pusat penyembelihan babi ini serta tertekan dengan provokasi Gerakan yang ghairah memperjuangkan isu perkauman.Selepas mendapat penjelasan yang betul nanti dan sedar bahawa isu tersebut sebenarnya tidak mengubah persepsi kaum Cina secara besar-besaran terhadap Pakatan Rakyat, maka mereka akan kembali.Kewujudan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di atas tanah milik kerajaan negeri sebenarnya sudah lebih dari 30 tahun.

Hanya kira-kira 100 meter dari pusat tersebut, letaknya pasar awam yang secara umumnya didatangi oleh majoriti orang Melayu/Islam setiap hari. Berhampiran pusat penyembelihan tersebut juga terletak sebuah kampung Melayu, Telok Yan, yang mengandungi kira-kira 200 buah rumah.Keadaan pusat penyembilan tersebut amatlah dhaif, kotor, tidak terurus serta sistem pembuangan yang tidak sempurna. Ia wujud bagi membekalkan keperluan daging untuk kawasan utara Kedah. Keperluan sebenar hanya antara 50 sehingga 80 ekor, tetapi dilaporkan secara harian 120 ekor disembelih. Tidak dipastikan ke mana lebihan tersebut dibawa.

Bau sangat busuk

Oleh kerana pusat tersebut tidak diselia dengan sempurna, di samping mencemarkan persekitaran, ia juga mengeluarkan bau yang sangat busuk. Jika hari hujan, orang ramai yang lalu lalang terpaksa menutup hidung walau dari jarak yang jauh. Ia merimaskan orang ramai termasuk, kesemua peniaga Cina yang berniaga di deretan kedai berhampiran.

Sisa-sisa babi juga dibuang sewenang-wenangnya ke dalam tong sampah milik MBAS.

Pada tahun 1995, MBAS (ketika itu masih Majlis Perbandaran) telah membatalkan lesen perniagaan pusat penyembelihan tersebut serta memberi notis untuk keluar dari tapak tersebut. Bermakna sejak 14 tahun yang lalu, pusat tersebut beroperasi secara haram.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview: Kampung Buah Pala: PAS Pulau Pinang ingin bantu

GELUGOR - PAS Pulau Pinang menawar diri untuk menjadi orang tengah isu membabitkan masyarakat Kampung Buah Pala, Gelugor dengan Kerajaan Negeri demi memelihara perpaduan selari dengan dasar Kerajaan Pakatan Rakyat yang mengutamakan semangat kekeluargaan.Petang semalam, rombongan PAS diketuai Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Dr Mujahid Yusuf Rawa bersama Ketua Penerangan PAS Negeri, Zolkiply Ishak; Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohamed Yusuff Mohamed Noor dan Cikgu Asnah Hashim; bekas Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Negeri, Zolkiply Mohd Lazim; Timbalan YDP Bukit Glugor, Haji Ali Yusuf; Timbalan YDP Balik Pulau, Jamaludin Said; Setiausaha PAS Jelutong Nasir Ismail dan ramai lagi kepimpinan PAS peringkat kawasan dan cawangan sebelah pulau melawat ke kawasan tersebut.

Semasa dalam sidang media bersama Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi dan pimpinan Hindraf, Dr Mujahid menegaskan, kesediaan PAS bersesuaian dengan rakan dalam Pakatan Rakyat yang akan memastikan rakyat dibela bukannya ditindas."PAS sebuah parti yang mementingkan keadilan maka sesiapa yang tertindas kita akan bebaskan tidak kira ia Melayu, India mahupun Cina. Sebagai salah satu parti dalam Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, PAS cuba cari jalan penyelesaian dengan menjadi orang tengah untuk memastikan semua pihak mendapat kejayaan, " ujarnya.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview: 'Tidak halang, cuma dipindahkan untuk keselesaan'- Mahfuz

KUALA LUMPUR - Kerajaan PAS Kedah tidak pernah sekali-kali melarang orang bukan Islam memakan, menternak atau menyembelih babi sebagaimana yang digambarkan oleh sesetengah pihak namun mengambil kira keselesaan, faktor kesihatan dan persekitaran sebagai keutamaan dalam melaksanakan sesuatu tindakan.Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar berkata, tindakan kerajaan Kedah menutup pusat penyembelihan babi yang terletak di Kampung Berjaya, di Alor Star adalah mengambil kira aduan dan sensitiviti orang ramai yang tidak selesa kerana ianya berada di tengah-tengah kawasan perumahan atau kampung orang Melayu dan bersebelahan dengan pasar.

Sungguhpun begitu, sebelum merobohkan kata Mahfuz kerajaan negeri telah memberi tempoh yang munasabah untuk mereka yang terbabit berpindah namun tidak diendahkan.Setakat ini, Kedah mempunyai dua pusat penyembelihan babi yang masih beroeprasi iatu di Tunjang dan Simpang Empat."Kini, sekali lagi kerajaan negeri mengambil langkah proaktif menyedia tapak baru yang lebih baik untuk pusat penyembelihan babi yang dirobohkan.

"Menteri Besar Kedah sentiasa komited dan akan mengumumkan kawasan baru itu dalam tempoh masa yang terdekat ini dan kita anggap isu ini sudah hampir selesai," katanya kini berada di Manek Urai ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.Ini menunjukkan, PAS berjaya menyelesaikan masalah berbangkit yang 'ditinggalkan' kerajaan Barisan Nasional (BN) semenjak 30 tahun lalu di mana segala bantahan dan aduan orang awam tidak dipedulikan lantaran Umno menjadi boneka MCA dan Gerakan berhubung isu itu."Orang bukan Islam juga tidak mempunyai masalah tentang penutupan itu yang mengambil kira faktor persekitaran, pencemaran dan kesihatan. Cuma yang mereka pentingkan ialah bekalan daging babi itu sentiasa cukup," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Preview: Penyokong Umno tidak ghairah lagi di Manek Urai

6 Julai 2009

KUALA KRAI - Mohd Fauzi Abdullah, 50 atau lebih dikenali sebagai Abe Uji sah ditentang Tuan Aziz Tuan Mat pada pilihan raya kecil Dun Manek Urai. Pengumuman mengenai perkara itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihan raya, Haji Adnan Hussin kira-kira jam 12 tengahari.Ribuan penyokong kedua-dua pihak memenuhi di luar pagar Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra. Biar pun berdiri di bawah pancaran terik matahari penyokong PAs tetap tidak berganjak.Sebaliknya penyokong Umno sudah mencari tempat-tempat teduh di kawasan berdekatan.

Jumlah penyokong PAS jauh lebih besar berbanding penyokong Umno. Biar pun mereka terpaksa berjalan kaki sehingga 1.5 km, namun ia tidak menghalang keghairahan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat.Keadaan itu sudah memberi gambaran awal Umno seakan berdepan dengan keadaan sukar kerana kehadiran mereka yang mengiringi calon BN jauh ketinggalan berbanding calon PAS.Situasi sama pernah berlaku di Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Permatang Pauh yang memperlihatkan Umno dan BN seperti kehilangan arah.

Sebaik sahaja selesai solat hajat di Masjid Jauhar mereka berarak ke tempat penamaan calon. Penyokong PAS bersesak sesak berlarak mengiringi Abe Uji dan pemimpin utama Pakatan Rakyat.Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden, Dato'Seri Tuan guru Abdul Hadi Awang, dan Abe Uji menaiki kenderaan kemudian diikuti penyokong berjalan kaki sejauh mata memandang.Kawalan ketat anggota keselamatan yang hanya mmebenarkan mereka yang mempunyai pas sahaja dibenarkan masuk ke kawasan sekolah. Polis juga menggunakan helikopter bagi mengawal keadaan.

untuk berita lanjut, sila klik disini

Harakah Online Video : Debat PAS-Umno, Nik Aziz mahu Najib

Sumber: tvpas

Video berkenaan keputusan Nik Aziz hanya mahukan Najib untuk berdebat