Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: Penjelasan isu babi dan bantahan DAP

TIBA-TIBA DAP negeri Kedah mengisytiharkan keluar dari permuafakatan Pakatan Rakyat negeri ini hanya kerana isu perobohan pusat penyembelihan babi oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di Kampung Berjaya, Alor Setar.Keputusan tersebut diumumkan oleh Pengerusi DAP Kedah/Perlis Thomas Su selepas mengadakan mesyuarat tergempar dengan ahli jawatankuasa DAP Kedah ekoran, apa yang disifatkan mereka, kegagalan kerajaan negeri menangani isu tersebut sehingga dilihat seolah-olah kepentingan semua kaum tidak diambil kira.Bagaimanapun pengumuman keputusan tersebut lebih kepada gimik politik kerana semua tahu bahawa isu besar parti seperti soal kerjasama, penggabungan atau perpisahan antara parti adalah ditentukan oleh Pusat, bukan negeri.

Tidak boleh dipersalah

Secara jujur, Thomas dan rakan-rakan tidak boleh dipersalahkan kerana mereka hanya menangani isu tersebut di episod-episod terakhir drama pusat penyembelihan babi ini serta tertekan dengan provokasi Gerakan yang ghairah memperjuangkan isu perkauman.Selepas mendapat penjelasan yang betul nanti dan sedar bahawa isu tersebut sebenarnya tidak mengubah persepsi kaum Cina secara besar-besaran terhadap Pakatan Rakyat, maka mereka akan kembali.Kewujudan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di atas tanah milik kerajaan negeri sebenarnya sudah lebih dari 30 tahun.

Hanya kira-kira 100 meter dari pusat tersebut, letaknya pasar awam yang secara umumnya didatangi oleh majoriti orang Melayu/Islam setiap hari. Berhampiran pusat penyembelihan tersebut juga terletak sebuah kampung Melayu, Telok Yan, yang mengandungi kira-kira 200 buah rumah.Keadaan pusat penyembilan tersebut amatlah dhaif, kotor, tidak terurus serta sistem pembuangan yang tidak sempurna. Ia wujud bagi membekalkan keperluan daging untuk kawasan utara Kedah. Keperluan sebenar hanya antara 50 sehingga 80 ekor, tetapi dilaporkan secara harian 120 ekor disembelih. Tidak dipastikan ke mana lebihan tersebut dibawa.

Bau sangat busuk

Oleh kerana pusat tersebut tidak diselia dengan sempurna, di samping mencemarkan persekitaran, ia juga mengeluarkan bau yang sangat busuk. Jika hari hujan, orang ramai yang lalu lalang terpaksa menutup hidung walau dari jarak yang jauh. Ia merimaskan orang ramai termasuk, kesemua peniaga Cina yang berniaga di deretan kedai berhampiran.

Sisa-sisa babi juga dibuang sewenang-wenangnya ke dalam tong sampah milik MBAS.

Pada tahun 1995, MBAS (ketika itu masih Majlis Perbandaran) telah membatalkan lesen perniagaan pusat penyembelihan tersebut serta memberi notis untuk keluar dari tapak tersebut. Bermakna sejak 14 tahun yang lalu, pusat tersebut beroperasi secara haram.

untuk berita lanjut, sila klik disini

No comments: