Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: Pakatan pantau GST kerana anggap ia usaha peras wang rakyat

Pakatan Rakyat menubuhkan sebuah pasukan khas bagi memantau akta cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kerana, bagi mereka, GST adalah satu tindakan untuk memeras wang rakyat kerana kerajaan sudah kehabisan wang.

Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution dari PKR berkata, pasukan petugas pemantau GST (Anti-GST Task Force) itu dianggotai tiga wakil setiap parti.

"Pakatan Rakyat prihatin terhadap cadangan ini dan menubuhkan sebuah pasukan petugas pemantau GST yang dianggotai tiga wakil setiap parti," katanya dalam satu sidang media di lobi parlimen petang semalam.

Selain beliau, dua lagi wakil dati PKR ialah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong.

Wakil dari PAS ialah Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkifli Ahmad, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar, dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud.

DAP pula diwakili Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong dan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.

Pasukan petugas ini akan mengkaji akta sedia ada yang berkaitan serta cadangan rang undang-undang berkenaan.

Ia juga bertujuan untuk memformulasikan pelan tindakan untuk jangka pendek dan panjang.

Pasukan ini akan menyedia dan melengkapkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dalam isu GST selain menjalankan sesi sumbang saran dengan rakyat serta memberi kefahaman secara menyeluruh terhadap kesan GST.

Menurut Dr Dzulkifli, GST yang akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan ini akan memberikan kesan yang parah kepada rakyat khususnya kepada mereka yang berpendapatan rendah.

untuk berita lanjut, sila klik disini

No comments: