Ruangan Carian Isu Lepas dan Terkini Harakah Online

Harakah Online || Harakah Daily || Harakah Online Malaysia

Dapatkan berita berkaitan isu politik terkini Harakah Online TERUS KE INBOX emel anda TANPA HALANGAN!!:

Disediakan khas oleh Harakah Online Info dan Google FeedBurner

Oh Sukan : Pusat Lepak Peminat Berita Sukan

Harakah Online Preview: Umno risau SPIES didik rakyat tolak politik perkauman


Exco Selangor, Dr. Halimah Ali berpendapat kritikan keras terhadap keputusan Kerajaan Negeri Selangor mengharamkan BTN adalah disebabkan Umno takut ditolak rakyat.

Apatah lagi kerajaan negeri akan memperkenal program sendiri melalui program pembangunan modal insan kerajaan negeri Selangor iaitu SPIES.

SPIES atau penuhnya Spiritual, Physical, Intellectual, Emotional dan Social akan mengajar rakyat menolak politik perkauman sempit yang cuba didoktrin melalui BTN.

"Saya rasa Umno (dan) BN sangat risau kalau rakyatnya cerdik," jelasnya.

"Mereka sangat risau kalau SPIES mengajar rakyat tolak politik perkauman sempit BTN doktrinkan."

Beliau yang juga Adun Selat Klang berkata, program pembangunan modal Insan kelolaan kerajaan Selangor tersebut mampu mendorong rakyat pelbagai kaum menolak permusuhan sesama sendiri.

"SPIES jadikan rakyat cerdik dan bebas berfikir, mereka akan lihat keburukan politik perkauman, mereka akan lihat yang bangsa-bangsa bukan Melayu bukannya ancaman seperti BTN doktrinkan."

Beliau yang juga AJK Dewan Muslimat PAS Pusat turut mendedahkan tiga inti utama doktrin kebencian dalam program-program BTN.

"Dia (BTN) ada tiga perkara yang digambarkan, Pertama, DAP adalah agen Singapura-Yahudi, kedua, PKR (adalah) penderhaka (dan) PAS dikatakan Parti Ajaran Sesat (malah) Datuk Seri Anwar Ibrahim pun digambarkan sebagai agen Yahudi-Amerika."

untuk berita lanjut, sila klik disini

No comments: